RESTORAN RASA UTARA MENYAJIKAN SELERA MALAYSIA

10:10 am SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments


Malaysia cukup terkenal dengan kepelbagaian pilihan makanan. Ia secara tidak langsung menjadikan Malaysia dikenali sebagai food paradise di mata dunia. Namakan sahaja jenis makanan apa yang anda inginkan semua tersedia di sini. Banyak pilihan restoran dan kafe di negara kita bagi memenuhi selera penggemar makanan. Antara restoran yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia adalah Restoran Rasa Utara. Kenapa saya katakan sedemikian? Teruskan membaca bingkisan ini.

Saya sebenarnya telah lama mengetahui kewujudan restoran ini cuma saya tidak mengetahui bahawa ia telah pun wujud sejak November 1984 (ketika itu saya baru berusia 2 tahun). Restoran Rasa Utara ini ditubuhkan atas dasar aspirasi mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir dimana ketika itu beliau mendapati bahawa makanan Utara mempunyai keunikan dan keenakan tersendiri. Rugi sekiranya ia tidak diketengahkan kepada umum. Kini, setelah 33 tahun bertapak, Restoran Rasa Utara telah mengalami banyak pembaharuan dari segi pilihan menu sesuai dengan peredaran masa.





Kunjungan saya ke salah satu cawangan Restoran Rasa Utara yang terletak di Berjaya Times Square baru-baru ini ternyata berbaloi. Saya bukan sahaja dapat menikmati seleksi juadah dari Utara Malaysia, malah saya berpeluang merasai beberapa menu yang cukup istimewa. Antara yang mencuri tumpuan saya adalah Burger Ayam Rendang dan Burger Ayam Telur Berkeju. Dua menu barat ini telah diolah mengikut selera tempatan. Ternyata eksprerimen ini menjadi! Kombinasi resepi masakan Melayu dan Barat yang tepat. Burger Ayam Rendang menggunakan isi ayam panggang tanpa tulang disalut bersama sos rendang Utara memukau rasa. Bagi Burger Ayam Telur Berkeju pula, ayam goreng tanpa tulang disatukan bersama telur mata kerbau, kepingan keju dan sayuran ternyata menjadikan rasanya sempurna. Melengkapkan hidangan ini adalah sos BBQ bersama bun bijan dibakar.

BURGER AYAM RENDANG

BURGER AYAM TELUR BERKEJU

Selain itu, menu yang saya suka di sini adalah Sate Ayam. Isi ayamnya dimasak sempurna bersama rempah istimewa dengan isi ayamnya yang agak besar. Tidak lengkap hidangan sate ayam anda tanpa kuah kacang. Ternyata kuah kacang di sini membangkit selera saya tatkala menikmati juadah sate di sini.





SATE AYAM

Selain itu, ada pelbagai juadah pilihan yang boleh anda dapati di Restoran Rasa Utara ini. Antaranya adalah Ikan Menari (dihidangkan bersama Sambal Nuklear dan Sambal Kicap Hitam), Ayam Nyonya Pindang, Set Ayam Cili Lagenda, Set Nasi Rasa Utara, Nasi Goreng Rasa Utara, Mi Soto, Laksa Kedah, Karipap Ubi , Samosa Ayam.

IKAN MENARI

NASI GORENG RASA UTARA

AYAM NYONYA PINANG

LAKSA KEDAH

MI SOTO

SET NASI RASA UTARA

SET AYAM CILI LAGENDA

KARIPAP DAN SAMOSA AYAM


Selesai menjamu selera tidak lengkap santapan anda tanpa pencuci mulut bukan? Saya sarankan anda mencuba Sago Gula Melaka dan Puding Mangga. Rasa manisnya cukup rasa, cukup lemak. Jangan lupa menghilangkan haus tekak anda dengan menikmati Sirap Selasih Laici.

SAGO GULA MELAKA

PUDING MANGGA

SIRAP SELASIH LAICI

TEH AIS CINCAU

Restoran Rasa Utara bukan sahaja menyediakan juadah masakan Utara, malah lebih dari itu. Masakan Selera Malaysia. Pastinya setiap kunyahan anda disini mampu meninggalkan memori indah bersama rakan-rakan dan keluarga tersayang. Saya secara peribadi jatuh cinta dengan restoran ini. Juadah yang enak, ruang kedai yang selesa serta perkhidmatan yang mesra. Jangan lupa untuk singgah ke Restoran Rasa Utara hari ini untuk menikmati sarapan pagi hingga ke malam malam anda! Layari laman rasmi Facebook di www.facebook.com/rasautara dan Instagram di www.instagram.com/rasautara untuk mendapatkan informasi lanjut.








BERJAYA TIMES SQUARE
LOT G-12 & G-13, GROUND FLOOR,
NO.1, JALAN IMBI, 
55100 KUALA LUMPUR
TEL: 03-21100884
WAKTU OPERASI: 7.30 PAGI - 11 MALAM

IOI CITY MALL
LOT LG-46, IOI CITY MALL,
LEBUH IRC, IOI RESORT CITY,
62502 PUTRAJAYA
TEL: 03-83280733
WAKTU OPERASI: 10 PAGI - 10 MALAM

MID VALLEY MEGAMALL
LG 049-050, LINGKARAN SYED PUTRA,
59200 KUALA LUMPUR
TEL: 03-22013258/03-22820749
WAKTU OPERASI: 10 PAGI - 10 MALAM








#REEFISM #REEFISMTERRITORY #RASAUTARA #MALAYSIANCUISINE 

0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.