SEMANGAT NASIONALISME MEMBARA DALAM FILEM MALAY REGIMENT – MENGUPAS ERTI PERJUANGAN

SEMANGAT NASIONALISME MEMBARA DALAM FILEM MALAY REGIMENT – MENGUPAS ERTI PERJUANGAN

SEMANGAT NASIONALISME MEMBARA DALAM FILEM MALAY REGIMENT – MENGUPAS ERTI PERJUANGAN. Filem adalah antara wadah terbaik bagi menyalurkan mesej kepada umum. Visual dan audio yang baik mampu memberi kesan mendalam kepada emosi penonton. Saya sendiri adalah antara penggemar filem terutama naskhah yang mampu memberi impak kepada daya pemikiran dan naluri dalaman. Antara filem yang masih meletak di benak saya adalah filem Sepet arahan arwah Yasmin Ahmad. Namun di Malaysia khususnya, kita seringkali disogokkan dengan filem kisah cinta antara dua jiwa yang akhirnya kecundang dek orang ke tiga. Tak pun kisah pergolakan cinta akibat penentangan oleh keluarga kerana berlainan darjat. Ah! Bosan!

Saya perasan di Malaysia jarang sekali penerbit filem ingin membuat filem berunsur kenegaraan. Barangkali permintaan yang kurang terhadap filem sebegini memungkinkan ia sukar dihasilkan. Namun jika ia dibuat dengan baik dan teliti, saya percaya ia juga mampu dijulang dan menjadi box-office. Sya berkesempatan menyaksikan Tayangan Perdana Filem Malay Regiment terbitan World Evolution Brain baru-baru ini. Filem yang dihasilkan ini amat tepat memandangkan negara kita sendiri sedang meraikan bulan kemerdekaan.

Filem Malay Regiment ini sebenarnya diangkat berdasarkan kisah benar anggota perajurit kita dalam mempertahankan negara dari ancaman komunis pada era 70-an. Sepanjang Insurgensi/pemberontakan ini, ramai anggota tentera yang terkorban dan tercedera malah ada yang mengalami kecacatan kekal sehingga ke hari ini. Oleh sebab itu lah filem Malay Regiment ini diterbitkan atas dasar penghargaan kepada wira-wira negara ini yang bertanggungjawab menjadikan Malaysia terus harmoni. Filem ini juga menyupas tentang wasiat yang ketiga dalam 7 Wasiat Raja-Raja Melayu. Sesuautu yang menarik kerana saya pasti ramai yang tidak tahu akan isi kandungan wasiat ini. Filem ini menyajikan kepada anda tentang semangat perjuangan askar-askar Melayu ketika itu yang tidak gentar mempertahankan kedaulatan Malaysia. Hidup dan Mati belakang cerita. Itulah semangat yang cuba disalurkan kepada genarasi masa kini agar cintakan Tanahair.

SEMANGAT NASIONALISME MEMBARA DALAM FILEM MALAY REGIMENT – MENGUPAS ERTI PERJUANGAN

SEMANGAT NASIONALISME MEMBARA DALAM FILEM MALAY REGIMENT – MENGUPAS ERTI PERJUANGAN

SEMANGAT NASIONALISME MEMBARA DALAM FILEM MALAY REGIMENT – MENGUPAS ERTI PERJUANGAN

SEMANGAT NASIONALISME MEMBARA DALAM FILEM MALAY REGIMENT – MENGUPAS ERTI PERJUANGAN

SEMANGAT NASIONALISME MEMBARA DALAM FILEM MALAY REGIMENT – MENGUPAS ERTI PERJUANGAN

Secara peribadi, saya tersentuh setelah menyaksikan filem ini. Ia memberi saya satu semangat baru tentang kewajipan menjaga kedaulatan tanahair. Kewajipan ini bukan hanya terletak di bahu perajurit, malah setiap rakyat di Malaysia memainkan peranan. Walaupun pada awalnya saya menjangkakan filem ini buat saya terlelap, namun ternyata jangkaan saya meleset. Dari satu plot ke satu plot file mini terus membawa saya untuk mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya. Kredit harus diberikan kepada seluruh tenaga produksi kerana menghasilkan naskhah yang saya kira agak baik dari segi jalan ceritanya. Cuma satu sahaja kelemahan yang saya kira boleh diperbaiki iaitu kesan khas filem ini. Namun jangan risau kerana ia tidak mencacatkan keseluruhan file mini cuma pada hemat saya kesan khas yang baik mampu memberi lebih Wow kepada filem ini.

SEMANGAT NASIONALISME MEMBARA DALAM FILEM MALAY REGIMENT – MENGUPAS ERTI PERJUANGAN

SEMANGAT NASIONALISME MEMBARA DALAM FILEM MALAY REGIMENT – MENGUPAS ERTI PERJUANGAN

SEMANGAT NASIONALISME MEMBARA DALAM FILEM MALAY REGIMENT – MENGUPAS ERTI PERJUANGAN

SEMANGAT NASIONALISME MEMBARA DALAM FILEM MALAY REGIMENT – MENGUPAS ERTI PERJUANGAN

SEMANGAT NASIONALISME MEMBARA DALAM FILEM MALAY REGIMENT – MENGUPAS ERTI PERJUANGAN













 




Kepada anda semua, jangan lupa menyaksikan filem Malay Regiment yang sudah pun berada di pawagam sejak 31 Ogos 2017. Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Dato’ Ahmad Tarmimi Serigar, Yuswaisar, Normah Damanhuri, Nad Zainal, Kamal Adli, Jesse Lim dan ramai lagi mampu membuat semangat patriotisme anda berkobar-kobar. Mengambil beberapa kawasan seperti di Port Dickson Negeri Sembilan, Kluang Johor, Tapah Perak, Kuala Kangsar Perak sebagai lokasi penggambaran, filem arahan Dato’ Jurey Latiff Rosli sedia berkhidmat untuk negara! Selamat Hari Kebangsaan yang ke- 60 dan Selamat Hari Malaysia!



SEMANGAT NASIONALISME MEMBARA DALAM FILEM MALAY REGIMENT – MENGUPAS ERTI PERJUANGAN









SINOPSIS

Mengisahkan 3 orang cucu kepada bekas tentera yang terkorban semasa bertempur dengan anasir komunis pada era 70an di Gubir, Kedah. Mereka ingin mengetahui kisah datuk-datuk mereka semasa berkhidmat sebagai anggota tentera. Mereka dipertemukan dengan seorang pesara tentera berpangkat Mejar Jeneral yang sedang menulis sebuah manuskrip tentang pengalaman beliau di dalam pasukan tentera darat ketika zaman INSURGENSI. Suka duka pahit maung serta semangat yang tinggi dipaparkan oleh 3 wira tidak didendang iaitu Kapten Zainal, Lt Hamid dan Lt. Muda Razakdan ketika berjuang dalam pertempuran dengan anasir komunis adalah asas manuskrip beliau. Manuskrip ini mengangkat 7 wasiat Raja-Raja Melayu yang diterapkan dalam jiwa anggota tentera Regimen Askar Melayu. Ia juga menceritakan bagaiman satu keluarga Cina diselamatkan ketika dibelasah komunis. Komunis kemudiannya membunuh keluarga Cina tersebut meninggalkan anak perempuannya yatim piatu lalu diambil menjadi anak angkat kepada keluarga tentera. 3 pertempuran antara anggota tentera dengan komunis dalam satu gerakan besar-besaran dalam Operasi Gubir 2 mengembur ke kubu-kubu komunis dilakukan apabila komunis menembak jatuh helicopter TUDM yang membawa 11 anggota keselamatan.

Perancangan komunis melalui maklumat daripada talibaruttelah menyebabkan beberapa anggota tentera terbunuh begitu juga di pihak komunis ramai yang terkorban apabila serangan berterusan dilakukan pihak tentera. Komunis membunuh orang kampong yang tidak menyokong mereka tanpa mengira bangsa. Setelah diserang teruk pihak komunis bertelagah sesama sendiri apabila salah seorang komrad mempersoalkan tentang apakah yang diperjuangkan komunis sebenarnya. Komrad tersebut berpendapat perjuangan untuk bangsa Cina bukan dengan bertempur dan mati tetapi adalah dengan menguasai ilmu dan ekonomi. Komrad tersebut merasakan doktrin komunis adalah sia-sia lalu mengambil keputusan untuk lari sambil menyorokkan senjata-senjata komunis.

Kisah perjuangan ini telah menarik minat cucu kepada Kapten Zainal, Lt Hamid dan Lt. Muda Razak untuk mengetahui lebih lanjut apa sebenarnya yang berlaku semasa datuk mereka berkhidmat sebagai tentera. Pertemuan dengan Mejar Jeneral bersara Abu Bakar telah merungkai segala persoalan dan kisah disebalik pertempuran yang berlaku ketika datuk mereka berjuang. Kisah datuk-datuk mereka telah menginsafkan mereka semua sehingga membuatkan mereka berbangga menjadi sebahagian daripada waris pejuang yang mempertahankan tanahair dari ancaman komunis.

SEMANGAT NASIONALISME MEMBARA DALAM FILEM MALAY REGIMENT – MENGUPAS ERTI PERJUANGAN

PELAKON-PELAKON :

Dato’ Ahmad Tamimi Siregar (Kol Abu Bakar)
Yuswaisar (Kapt Zainal Rashid)
Zack Zamree (Lt Hamid)
Mazlan Mokhtar (Lt Muda Razak)
Normah Damanhuri (Sabariah)
Nad Zainal (Isteri Kapt Zainal Rashid)
Kamal Adli (Kamal)
Falisha Crossley (Falisha)
Noni AF (Noni)
Lawrence Poh (Boon Seng)
Vanessa Lim (Siew Meng)
Kean Chin - Tan Chee Meng (Remaja)
Jessie Lim - Tan Chee Meng (Dewasa)



TENAGA PRODUKSI:


Skrip
YUSOF KELANA

Penasihat Teknikal Pertempuran
KOL DR. MOHD RADZI ABDUL HAMID

Solekan
ERFA MARLINA EFFENDY

Busana
SITI HAJAR

Jurugegas
MOHD SHAHAR

Penolong Pengurus Produksi
NOOR LIYANA ABD LATIFF

Pembantu Am
MUHAMMAD SOLEHUDDIN

Loader
AMIRUL KHAIRUDIN

Di Sebalik Tabir
ASHRAF JUREY
AMIRUL KHAIRUDIN

Grip
JOHAR B JAMALLUDIN

Jurulampu
SURESH A/L KRISHNAN

Juruaudio
ZAM SHAH RIZAL

Asst Camera
JEFRY BIN JAMALUDIN
CHARLES

Pengarah Fotografi
YUSNI YUSOF

Jurukamera 2
BOB FITRI

Kesinambungan
SHAMIRA HARIS

Pereka Grafik
SAINI KASIM

Pengarah Seni
T.FENDY T.MAHMOOD

Propmaster
AIZAD ROSLI

Propman
PAK KADIR
ZAMRI
HERI

Penolong Pengarah
ASHRAF JUREY
BAKHTIAR BOLAK
YUS WAISAR
HAZREEN HAKIM

Penyunting
SAINI DR. HJ MOHD KASIM (Acai)

Publisiti & Promosi Media Sosial
SITI NADZIRAH SHAFEE
ABDUL RAHIM RAUF
HARIZ SYAZWAN SHAM
SYED HAKIM SYED OTHMAN
YEOH BOON SWIN
SITI SARAH KAMARULDZAMAN
HUSNA BASRI

Pengurus Pentadbiran dan Kewangan
ROZIE DEROS

Penerbit Penyelaras
TAHA WAHID

P.A. Pengarah
STELYVIANA VIE

Penerbit
DATO’ JUREY LATIFF ROSLI
AMIERAH DATO’ JUREY LATIFF

Pengarah
DATO’ JUREY LATIFF ROSLI


#MALAYREGIMENTMOVIE #FILEM 




0 Comments