3 JAM TIDAK PUAS MENONTON KONSERT TERUNGGUL AFGAN DAN UNGU

HIBURAN, KONSERT TERUNGGUL AFGAN & UNGU

Afgansyah Reza atau Afgan dan kumpulan Ungu. Dua nama besar dalam industri muzik nusantara. Dua ikon ini berjaya membuktikan aura bintang yang dimiliki tidak pernah pudar sampai ke hari ini. Buktinya laungan dan jeritan lebih 5 ribu orang penonton di Stadium Malawati, Shah Alam baru-baru ini bagaikan gelombang tsunami. Konsert Terunggul Afgan dan Ungu yang diadakan pada 6 Oktober 2017 berlangsung hampir 3 jam dan dimulakan dengan persembahan dari kumpulan Ungu membawakan lagu Hatiku Hampa. Ternyata kemampuan vokalis utama Ungu, Pasha tidak perlu dipersoalkan. Kelainan susunan muzik serta persembahan vokal yang memukau, berjaya mengubat kerinduan peminat terhadap kumpulan yang telah lama bertahan hampir 20 tahun dalam industri hiburan Indonesia.

HIBURAN, KONSERT TERUNGGUL AFGAN & UNGU


TENGKU PUAN PAHANG TURUT HADIR










Ungu menyampaian seleksi lagu hits seperti Percaya Padaku, Untukmu Selamanya, Aku Tahu, Andai Ku Tahu, Bila Tiba, Kekasih Gelapku dan Tercipta Untukku, duet bersama peserta AF Megastar, Idayu. Gandingan Pasha dan Idayu cukup menyegarkan halwa telinga dan penonton terasa dibuai dengan kemerduan gandingan magis tersebut. Vokal Idayu berjaya membuatkan seisi stadium histeria. Secara peribadi saya berpendapat Idayu sudah layak beraksi di pentas berskala besar seperti konsert ini.



HIBURAN, KONSERT TERUNGGUL AFGAN & UNGU

Momentum konsert diteruskan dengan persembahan pembukaan Afgan melalui lagu hits beliau, Pesan Cinta. Persembahan Afgan yang diiringi The Gandarianz membuat penonton mula berdiri dan menari mengikut rentak lagu. Tampil dengan kelainan untuk persembahan kali ini, Afgan lebih banyak menyanyikan lagu baru dari album beliau, Sides. Penyanyi yang bakal menyambut ulang tahun ke 10 dalam industri hiburan pada tahun hadapan menyampaikan lagu hits seperti Katakan Tidak, Bukan Cinta Biasa, Terima Kasih Cinta, Jodoh Pasti Bertemu, Percayalah, Knock Me Out, X, Dia Dia Dia, Jalan Terus dan Panah Asmara.


HIBURAN, KONSERT TERUNGGUL AFGAN & UNGU







Kejutan manis buat penonton pastinya apabila Afgan dan Pasha berduet menyampaikan lagu Cinta Yang Lain, dendangan kumpulan Ungu. Lebih 20 buah lagu yang dipersembahkan pada konsert ini menyaksikan rata-rata peminat menyanyi hampir kesemua lagu yang dipersembahkan dan seterusnya membuktikan konsert ini berjaya mengumpul peminat setia Afgan dan Ungu dari seluruh Malaysia.

Turut sama diadakan kuiz buat penonton di stadium yang menyaksikan mereka berpeluang memenangi pas Meet & Greet selepas konsert. Fiza Saad selaku pengacara pada malam itu berjaya mengemudi konsert ini dengan baik. Tahniah!



HIBURAN, KONSERT TERUNGGUL AFGAN & UNGU





Popcorn Studio selaku penganjur utama Konsert Terunggul Afgan dan Ungu turut mendapat kerjasama dari Erik’s Talent, Durian King, C03 Social Office, Redbox dan Greenbox Karaoke serta Astro selaku media rasmi, Suria FM, Digi dan Maybank. Manakala penginapan ditaja sepenuhnya oleh Acapella Suite Hotel Shah Alam.

KREDIT FOTO OLEH: PIHAK POPCORN STUDIO

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KONSERTTERUNGGUL #AFGANUNGU #POPCORNSTUDIO

2 Comments

  1. Afgan dan Kumpulan Ungu mmg sangat popular di Nusantara. Sebab tu konsert dorg selalu sold out kat Malaysia dan Indonesia. Done follow blog Mr Shariffuddin. :D

    ReplyDelete