FESTIVAL BROOKLYN DAY OUT DI SKYAVENUE RESORTS WORLD GENTING MERIAH!

12:12 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments

FESTIVAL BROOKLYN DAY OUT DI SKYAVENUE RESORTS WORLD GENTING MERIAH!

Brooklyn merupakan salah satu daripada 5 kota yang berada di dalam kawasan New York City, Amerika Syarikat terletak di hujung barat Long Island. Bila berbicara tentang Brooklyn, pastinya anda akan teringat akan Jambatan Brooklyn yang telah dibina pada tahun 1883 menghubungkannya ke Manhattan. Namun Brooklyn bukan sahaja terkenal dengan jambatan ikonik itu. Jika anda ke Williamsburg, Brooklyn mampu menawarkan pengalaman menarik kepada anda.

Williamsburg adalah kejiranan di Brooklyn cukup terkenal dengan pelbagai pilihan butik, kafe dan restoran terutamanya kepada golongan muda. Bukan itu sahaja, anda boleh menikmati seni jalanan yang memukau, muzik indie, kelab malam dan bar yang menghidupkan suasana kehidupan malam disini.

Diinspirasikan daripada kehangatan kota Brooklyn ini, Resorts World Genting menerusi pusat membeli belah terkemuka SkyAvenue telah berkerjasama dengan restoran pizza kelahiran Brooklyn, Motorino Pizza menganjurkan festival makanan dan muzik yang diberi nama BROOKLYN DAY OUT. Festival julung kali ini telah diadakan pada 30 September 2017 (Sabtu) di Aras 2 SkyAvenue dari jam 12 tengahari sehingga 10 malam. Saya cukup teruja apabila mendapat jemputan untuk sama-sama merasai kemeriahan festival ini. Masakan tidak! Pelbagai aktiviti menarik telah disusun kepada semua pengunjung selain meraikan pembukaan rasmi Motorino Pizza di Genting Highlands.





FESTIVAL BROOKLYN DAY OUT DI SKYAVENUE RESORTS WORLD GENTING MERIAH!













Ada pelbagai kiosk telah dibuka kepada pengunjung seperti kiosk dari Motorino Pizza, photobooth, kurikatur, bertih jagung dan lain-lain. Festival Brooklyn Day Out ini telah diserikan dengan persembahan hebat dari barisan artis tempatan seperti Radio 3000, Aina Abdul, Zamaera, Kyoto Protocol dan ramai lagi. Malah wakil daripada stesen radio Hitz.FM turut hadir memeriahkan majlis ini.




  
   
FESTIVAL BROOKLYN DAY OUT DI SKYAVENUE RESORTS WORLD GENTING MERIAH!






FESTIVAL BROOKLYN DAY OUT DI SKYAVENUE RESORTS WORLD GENTING MERIAH!









Festival ini dianjurkan dengan menerapkan 5 elemen utama iaitu OLFACTORY, AUDITORY, TACTILE, GUSTATORY dan VISUAL. Ternyata elemen-elemen ini berjaya memberi impak kepada mood saya sepanjang festival ini berjalan. Seolah-olah saya merasai getaran dan suasana berada di Brooklyn. Festival BROOKLYN DAY OUT telah diacarakan oleh Miss Chelsea Chill, bekas Miss Malaysia Queen Of The World serta telah mendapat kerjasama dengan TimeOutKL, Esquire dan Elle Magazine.











FESTIVAL BROOKLYN DAY OUT DI SKYAVENUE RESORTS WORLD GENTING MERIAH!






FESTIVAL BROOKLYN DAY OUT DI SKYAVENUE RESORTS WORLD GENTING MERIAH!
ME AND ADORABLE CHELSEA CHILL

I WILL BE BACK!

Terima kasih kepada Resorts World Genting dan Motorino Pizza atas undangan dan penganjuran festival ini. Bagi anda yang ingin mengetahui tentang aktiviti menarik yang terdapat di Resorts World Genting, layari www.rwgenting.com !

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #RWGENTING #BROOKLYNDAYOUT

0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.