FILEM CHASING THE DRAGON LAKONAN ANDY LAU DAN DONNIE YEN SARAT DENGAN MESEJ

12:53 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 2 Comments

CHASING THE DRAGON MOVIE

Sudah lama saya tidak menonton filem atau drama lakonan pelakon dan penyanyi Andy Lau. Bagi anda yang membesar pada tahun 1980an -1990an sudah pasti kenal akan figura ini. Malah ketika itu fenomena drama/filem dari Hong Kong memang hebat sehingga setiap siaran TV berlumba-lumba menayangkan pelbagai genre untuk tatapan penonton. Andy Lau sememangnya satu nama besar dalam industri hiburan di Asia. Saya pernah terbaca satu artikel dimana beliau pernah memuatkan sebuah lagu berbahasa Malaysia kerana ingin menghargai jasa peminat yang berbangsa Melayu. Tajuk lagu Adakalanya Menghiris Hati.

Dilahirkan pada tahun 1961, kini pada usia 56 tahun boleh saya katakan pesona bintang Andy Lau masih tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Terkini beliau baru sahaja hadir dengan filem terbaru berjudul CHASING THE DRAGON bergandingan dengan pelakon hebat Donnie Yen yang pernah memukau dalam filem IP Man. Saya berkesempatan menyaksikan tayangan perdana filem CHASING THE DRAGON yang telah berlangsung baru-baru ini. Terima kasih kepada portal hiburan BUZZING MALAYSIA atas jemputan.

CHASING THE DRAGON MOVIE






Berbalik kepada filem CHASING THE DRAGON. Filem ini bergenre jenayah aksi di arahkan oleh Jason Kwan dan Wong Jin. Saya diberitahu bahawa tajuk asal filem ini adalah KING OF DRUG DEALER dan ia adalah remake kepada filem yang pernah diterbitkan pada 1991 iaitu TO BE NUMBER ONE. Bagi anda yang tidak tahu, filem CHASING THE DRAGON adalah kolaborasi pertama kali di antara Andy Lau dan Donnie Yen. Sudah pastinya ia suatu naskhah yang ditunggu oleh penggemar filem berbahasa Kantonis.

Filem ini mengisahkan Ho (Donnie Yen) yang masuk ke Hong Kong dari Tanah Besar China pada tahun 60-an untuk mencari rezeki. Pada masa itu, Pasukan Polis Hong Kong bekerjasama dengan para penjenayah di bawah penjajahan British. Pada era itu juga amalan rasuah dikalangan penjawat kerajaan berleluasa bersama industri dadah dan pelacuran.









Ketua Detektif Lee Rock (Andy Lau) menghargai kemahiran dan keberanian hebat Ho sehingga membantunya melarikan diri dari seksaan Polis Inggeris. Ho bersyukur kepada Rock untuk bantuannya. Semasa salah satu pergaduhan geng, untuk menyelamatkan Rock, dia juga mengorbankan kaki kanannya, sehingga menjadi lumpuh. Sejak itu kedua-dua mereka menjadi akrab dan Rock membantu Ho untuk menjadi pemimpin nombor satu dalam kumpulan pengedaran dadah. Rock dan Ho menjadi sangat berkuasa dan secara berasingan menakluk Hong Kong. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama mereka bergelut dengan rahsia untuk memastikan keseimbangan kuasa di antara mereka. Sehingga tahun 1974, penubuhan ICAC (INDEPENDENT COMMISSION AGAINST CORRUPTION) telah memaksa Rock untuk bersara awal. Walau bagaimanapun, Ho tidak mahu berhenti, dan bertekad untuk menjadi diktator tunggal kerajaan dadah.











Secara peribadi, filem ini bukan sahaja memaparkan tentang senario yang masih berlaku dalam dunia malah ia menerapkan nilai-nilai murni dalam diri. Filem ini mengajar tentang nilai dan erti persahabatan, cinta dan budi baik pastinya dibalas baik. Filem ini menekankan bahawa najis dadah, pelacuran dan amalam rasuah adalah perosak generasi dan negara. Kredit harus diberikan kepada kesan khas dan set penggambaraan filem ini yang berjaya membawa era 1960-1970an ke dalam jiwa saya. Namun bagi saya ada beberapa adegan tertentu yang agak meleret sehingga menggangu tumpuan penceritaan. Bagi sudut gerak aksi tidak perlu dipertikaikan. Donnie Yen, Andy Lau dan seluruh pelakon berjaya memberikan hasil terbaik bagi setiap babak. Saya terasa seperti pergaduhan itu nyata!



Apakah kesudahan filem ini? Saksikan filem CHASING THE DRAGON di pawagam berdekatan anda. Saya beri 4 dari 5 bintang! Filem ini diedarkan oleh LOTUS FIVE STAR dan dipasarkan di Malaysia oleh RAM ENTERTAINMENT.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #CHASINGTHEDRAGON #MYBUZZING #WAYANGBERSAMAMYBUZZ #LOTUSFIVESTAR

2 comments:

  1. OMG! Movie terbaru Andy Lau! last tgk dia berlakon masa from Macau to Vegas tu je...lepas tu xtau ade lagi ke tak yg baru...nnt nak tgk!!

    ReplyDelete

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.