GEDUNG DALAM TALIAN SHOPEE MALL MENAWARKAN LEBIH 300 JENAMA DENGAN JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN

2:23 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments


Trend membeli belah kini telah mulai berubah seiring dengan peredaran masa. Jika dulu tumpuan berbelanja hany tertumpu kepada pasaraya dan gedung membeli belah secara fizikal, kini pengguna banyak memilih pembelian secara dalam talian kerana ia lebih mudah dan menjimatkan. Melalui pelbagai platform membeli belah secara online, urusan harian dapat dipermudahkan kerana semuanya diselia di hujung jari. Salah satu portal membeli belah yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah Shopee dan kini Shoppe Malaysia telah mengorak satu langkah ke depan dengan melancarkan pula Shopee Mall.

Shopee Mall adalah sebuah portal khas yang menawarkan lebih 100 ribu produk dijual secara ekslusif oleh jenama dan pengedar terkemuka. Ia menawarkan juga akses langsung kepada lebih 300 jenama dan peruncit besar bagi anda menikmati pengalaman premium membeli belah secara online. Bukan itu sahaja, malah pengguna boleh menikmati pelbagai manfaat seperti jaminan 100% produk tulen dimana jika produk yang diterima adalah tiruan, pulangan wang 2 kali ganda akan diberikan. Selain itu, polisi pemulangan dalam masa 15 hari dan penghantaran percuma menjadikan Shopee Mall antara saluran terbaik untuk anda berbelanja. Penghantaran percuma dengan pembelian RM30 membolehkan anda berjimat sambil berbelanja. Pelbagai produk yang ditawarkan menerusi Shopee Mall adalah tertakluk dibawah program Jaminan Harga Terendah Shopee.

ENCIK IAN HO, PENGARAH URUSAN SERANTAU SHOPEE MELANCARKAN SHOPEE MALL






Sejajar dengan peningkatan bilangan jenama dan syarikat yang menyambut baik inisiatif ekonomi digital, sudah semestinya Shopee Mall adalah medium terbaik kepada penjual dari pelbagai jenama untuk meluaskan pasaran mereka kerana dianggarkan lebih 4 juta muat turun aplikasi Shopee telah direkodkan setakat ini. Disamping itu, polisi komisen sifar yang ditawarkan kepada usahawan menjamin harga terendah bagi semua produk yang dijual di Shopee Mall. Jaminan ini bukan omong kosong kerana pihak Shopee menjelaskan jika ada pengguna terjumpa sesuatu produk dijual pada harga lebih murah di platform e-dagang yang lain, anda boleh mendapatkan ganti rugi sehingga 120% daripada perbezaan harga produk yang telah dibeli di portal Shopee.

 


 








Menerusi Shopee Mall anda boleh mendapatkan pelbagai produk dari jenama terkemuka seperti Nestle, PETRONAS, Watsons, Sengheng, Digi, Coca-Cola, Huawei, L'Oreal, Xixili dan banyak lagi. Kini anda boleh menikmati pembelian secara ekslusif hanya di hujung jari menerusi Shopee Mall. Shopee Mall optimis untuk menjadikan Shopee Mall pusat sehenti terbaik pembelian dalam talian. Anda boleh melihat senarai produk yang berada dalam Shopee Mall dengan mencari label MALL berwarna merah semasa meninjau produk melalui aplikasi atau laman sesawang Shopee.



Kini, tiada alasan lagi untuk tidak berbelanja. Dengan Shopee Mall, anda bukan sahaja mendapat jaminan produk berkualiti, malah anda boleh menjimatkan wang dan masa kerana tidak perlu khuatir tentang isu parkir sebagai contoh. Kualiti masa bersama keluarga dan teman dapat dimanfaat juga. Layari www.shopee.com.my/mall atau muat turun aplikasi Shopee secara percuma di telefon pintar anda.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SHOPEEMALL #SHOPEEMY

0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.