PELANCARAN MAZE OF EVENT PLANNER (MOEP) GLAM DAN MERIAH!

9:57 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments

MOEP EVENT PLANNER

Baru-baru ini, saya berkesempatan menghadiri pelancaran sebuah syarikat pengurusan acara yang dikenali sebagai Maze of Event Planner atau MOEP. Acara gilang gemilang ini telah berlangsung di Grand Ballroom Mandarin Oriental Kuala Lumpur dengan dihadiri lebih daripada 400 tetamu. Acara ini telah dikemudi dengan jayanya oleh dua selebriti terkemuka dari Hong Kong iaitu DJ Bob Lam dan Sarika Choy.

MAZE OF EVENT PLANNER (MOEP)

EVENT PLANNER, SIZZLING SUZAI
SAYA BERSAMA CIK SUZAI, BLOGGER FESYEN TERKENAL






Bertemakan Haute Couture Reimagined, para hadirin dipertontonkan dengan koleksi busana pengantin oleh pereka yang cukup terkenal menerusi rancangan realiti TV saluran TLC Say Yes To The Dress, Pnina Tornai iaitu 2018 LOVE Collection. Turut ditampilkan adalah koleksi 2018 Haute Couture oleh Rita Vinieris, seorang pereka fesyen yang pernah bekerjasama dengan selebriti Hollywood Kelly Osborne dan atlit sukan Aly Raisman.









EVENT PLANNER MOEP




Bukan itu sahaja, majlis turut diserikan dengan tontonan busana S/S18 Collection of M by MOEP serta Fox X MOEP, satu kolaborasi bersama Fox Custom Tailor yang telah 40 tahun bertapak dalam industri fesyen khususnya pembuatan sut lelaki.




 EVENT PLANNER MOEP

Maze of Event Planner (MOEP) turut mengadakan sesi lelongan sebuah busana pengantin istimewa yang dianggarkan bernilai RM30 ribu bagi tujuan amal. Ia telah berjaya dibida dengan harga RM 68,888.00 oleh Puan Thean Siew Ling dan wang ini disumbangkan kepada Dignity For Children Foundation, sebuah pertubuhan yang memfokuskan kepada pembangunan kanak-kanak yang kurang bernasib baik agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.

GAUN YANG BERJAYA DIBIDA PADA HARGA RM68,888.00


MISS SARIKA CHOY STUNNING MEMPERAGA GAUN MEWAH INI





Sebagai informasi, MOEP atau Maze Of Event Planner adalah sebuah syarikat yang khusus dalam pengurusan acara tidak kira samada acara korporat mahupun majlis perkahwinan idaman. Sebagai sebuah syarikat pengurusan acara baru, MOEP cukup bertuah kerana dapat bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Pnina Tornai dan Rita Vinieris yang mana gaun hasil ciptaannya pernah mewarnai acara anugerah Grammy dan Golden Globe.

Antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan:
  • Perancang dan Penata Acara
  • Penyewaan Ruang Acara
  • MOEP Lux Card
  • Home Fragrance Collection - Rose Blossom & Ma Chandelle
  • Bespoke Attire- M by MOEP & Fox x MOEP
  • Designer Bridal Wear & Haute Couture - Pnina Tornai & Rita Vinieris

Jika anda mencari juruacara untuk majlis anda, Maze of Event Planner adalah pilihannya. Pihak MOEP mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda tidak kira majlis besar atau kecil, yang penting ia mampu melakar memori indah dalam hidup anda.






LOKASI MAZE OF EVENT PLANNER (MOEP)
G-11, SOHO KL, 
JALAN SOLARIS 3, 
SOLARIS MONT KIARA, 
50480 KUALA LUMPUR.

TELEFON
03-64129603 

LAMAN RASMI MOEP

LAMAN INSTAGRAM RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MOEP #MAZEOFEVENTPLANNER

0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.