RAWATAN OXYGEN INFUSION FACIAL DI SKIN MASTER KL

3:45 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments

skin master kl oxygen infusion facial treatment

Saya selalu menekankan akan pentingnya penjagaan wajah. Ini kerana wajah kita memberi pesona kepada diri. Senang kata wajah adalah bahagian pertama yang akan dinilai oleh sesiapa yang melihat kita. Ia memberi first impression. Jadi wajah kita adalah aset yang amat berharga pada tubuh badan. Seharusnya ia dipelihara dan dimanjakan dengan rawatan dan rutin penjagaan secara konsisten.

Penjagaan wajah tidak hanya tertumpu kepada wanita sahaja. Sang jejaka juga perlu ambil tahu kerana di zaman serba moden, saya dapati sudah ramai lelaki diluar sana yang lebih berani dan yakin dalam bermain dengan stail. Jadi saya percaya kesedaran tentang penjagaan adalah sesuatu yang positif. Tambahan pula pada usia 35 tahun, saya perlu menjalani penjagaan wajah lebih rapi bagi memastikan saya tidak tua sebelum usia.

Saya berkesempatan berkunjung ke salah satu klinik estetik terkemuka, SKIN MASTER KL yang terletak di Q Sentral Kuala Lumpur bagi melakukakan rutin penjagaan wajah saya. Terima kasih kepada Dr. Nasha dan Dr. Ravin serta staff Skin Master KL atas layanan mesra.

Kulit wajah saya seringkali tampak kusam dan tidak bermaya. Ditambah pula dengan masalah muka berminyak di zon T sehingga dahi saya kerap berkilat. Saya memerlukan rawatan yang boleh mengembalikan kelembapan dan sinar pada wajah. Selepas menerima nasihat daripada Dr. Nasha, saya memilih untuk melakukan rawatan OXYGEN INFUSION FACIAL.

KELUAR LIF DI ARAS 13 TERUS NAMPAK SKIN MASTER KL





skin master kl oxygen infusion facial treatment
SELAMAT DATANG!

skin master kl oxygen infusion facial treatment
RUANG MENUNGGU YANG SELESA

skin master kl oxygen infusion facial treatment
ANTARA PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH SKIN MASTER KL

skin master kl oxygen infusion facial treatment
SEBELUM RAWATAN KITA SELFIE DULU!





RAWATAN PRP PUN ADA DISINI

Proses rawatan ini tidak mengambil masa yang lama. Tidak sampai 1 jam pun. Malah anda boleh lakukan rawatan ini masa waktu lunch break. Proses dimulakan dengan langkah asas iaitu cuci, skrub dan stim bagi membuka liang roma.

Proses seterusnya adalah Microdermabrasion iaitu pengelupasan secara manual menggunakan kaedah vakum. Proses ini membantu dalam memperbaiki tekstur kulit seperti liang pori besar, kulit kasar, kulit gatal, pigmentasi pada wajah akibat sinaran matahari. Malah proses ini juga boleh menyedut sel kulit mati, whiteheads dan blackheads tanpa rasa sakit.

Proses seterusnya adalah proses utama pada rawatan ini iaitu Oxygen Infusion. Proses ini membantu mencerah, menyahtoksin, memberi nafas baru kepada kulit wajah kita. Oksigen akan ditembak kedalam liang pori kulit untuk memberi oksigen pada bahagian bawah kulit muka. Barulah wajah kita lebih segar! Juga sesuai untuk mencantikkan bibir serta mengurangkan lingkaran hitam pada mata.

Seterusnya adalah proses Peptide Serum dan Herbal Serum dimana seperti yang kita sedia maklum bahawa penggunaan serum membantu merawat serta memberi nutrisi kepada wajah kita. Proses seterusnya adalah dengan memakai topeng oksigen bagi merehatkan muka setelah menjalani langkah-langkah rawatan tadi.

skin master kl oxygen infusion facial treatment
LANGKAH MEREHATKAN WAJAH

MESIN YANG DIGUNAKAN  UNTUK RAWATAN OXYGEN INFUSION FACIAL

Akhir sekali adalah penyapuan krim pelindung matahari. Ini adalah langkah penting yang harus dilakukan sebelum keluar dari rumah kerana krim ini akan melindungi wajah kita dari sinaran UV yang boleh merosakkan wajah dan menyebabkan pigmentasi pada kulit anda. Saya sendiri mengamalkan pemakaian krim pelindung matahari kerana pada usia 35 tahun, penjagaan rapi diperlukan kerana bimbang akan pigmentasi (jeragat). Ini kerana pada usia saya, penghasilan kolagen sudah mula menurun jadi kulit wajah akan sukar untuk dirawat jika tidak dilindungi.

(Maaf kerana tiada gambar langkah-langkah awal kerana saya sibuk membuat IG Story sampai lupa nak ambil gambar).

Hasil rawatan Oxygen Infusion Facial ini mengagumkan! Ternyata wajah saya tampak lebih segar dan lembap. Malah saya boleh nampak instant result pada wajah saya lebih glowing dan bertenaga. Kepada anda yang inginkan kulit wajah lebih segar dan lembap serta lebih sihat, rawatan Oxygen Infusion Facial adalah jawapannya. Bagi anda yang bakal menghadiri majlis atau acara, ini adalah rawatan yang ideal bagi menaikkan seri pada keseluruhan penampilan anda.

skin master kl oxygen infusion facial treatment
WAJAH SEBELUM RAWATAN

skin master kl oxygen infusion facial treatment
WAJAH SELESAI RAWATAN

skin master kl oxygen infusion facial treatment
WAJAH SELEPAS SEHARI MENJALANI RAWATAN

Harga asal rawatan Oxygen Infusion Facial untuk sekali sesi adalah RM350 tapi saya ada berita gembira kepada anda. Anda boleh mendapatkan harga istimewa iaitu RM199 sahaja dengan hanya LIKE/ FOLLOW mereka di Facebook/Instagram. Kemudian terus terjah mereka dan tunjukkan bahawa anda sudah LIKE/FOLLOW Skin Master KL. Mudah bukan? Jadi apa yang anda tunggu lagi? Ayuh ke SKIN MASTER KL untuk mendapatkan kuilt wajah yang lebih jelita, menawan dan pastinya sihat! Skin Master KL juga ada menyediakan rawatan kulit punggung. Tak percaya? Telefon atau ikuti mereka di media sosial untuk mendapatkan kepastian.

LOKASI SKIN MASTER KL
13-03, LEVEL 13, Q SENTRAL, 
JALAN STESEN 2, 
50470 KUALA LUMPUR 
(BERDEKATAN DENGAN BANGUNAN KL SENTRAL)

TELEFON
03-27201380

WAKTU OPERASI
10 PAGI - 5 PETANG
(SETIAP HARI)

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SKINMASTERKL #OXYGENINFUSIONFACIAL #KECANTIKAN

0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.