TAYANGAN PERDANA FILEM JUSTICE LEAGUE DI RESORTS WORLD GENTING



Akhirnya filem blokbuster terbesar tahun 2017 telah mendarat di seluruh pawagam sejak 16 November 2017. Filem Justice League yang mengangkat kehebatan enam watak adiwira terbitan DC Comics telah diarahkan oleh Zack Snyder. Pembikinan filem Justice League yang menelan belanja USD 300 Juta ini telah berjaya menghimpunkan Ben Affleck (Batman), Henry Cavill (Superman), Gal Gadot (Wonder Woman), Ezra Miller (The Flash), Jason Momoa (Aquaman), Ray Fisher (Cyborg) serta ramai nama besar. Ia adalah salah satu filem paling mahal yang pernah dihasilkan dalam industri perfileman Hollywood.

Saya percaya ramai yang sudah pergi menonton filem ini bukan? Saya dapat lihat kemeriahan sambutan yang diberikan oleh pawagam yang menayangkan filem tersebut. Betapa hebatnya penangan filem Justice League sehingga seluruh negara 'demam' kerananya. Saya kira tidak perlulah saya membuat ulasan tentang filem ini kerana saya bukanlah seorang pembikin filem mahupun pengkritik bertauliah. Malah pada pendapat saya setiap individu mempunyai selera berbeza mengenai sesebuah filem. Jika anda peminat filem fiksyen seperti ini barangkali anda akan menyukainya. Secara peribadi, saya terhibur dengan filem ini kerana saya tidak terlelap dari awal hingga habis tayangan. Cuma satu yang saya SALUTE tentang filem ini adalah terdapat 2 extra credit yang katanya sebagai hint kepada sambungan filem ini, Justice League 2. Kenapa saya salute? Sebab anda semua akan tengok setiap kredit nama seluruh produksi yang terbabit dalam menjayakan filem Justice League ini. Mereka ini lah yang menjadi tulang belakang kepada penghasilan filem. Jadi kita kenalah memberi penghormatan juga kepada tenaga produksi. Tak begitu?




Demam filem yang berdurasi 2 jam ini melarat sehingga ke Genting Highlands. Pihak Resorts World Genting juga tidak mahu melepaskan peluang memberi gelombang tsunami kepada filem Justice League. Pada 16 November 2017 saya bersama teman blogger lain telah dijemput untuk menghadiri tayangan perdana filem Justice League bertempat di PictureHouse Cinema SkyAvenue. Sebelum tayangan bermula, kami telah diraikan oleh pihak Motorino Pizza dan DC SuperHeroes Cafe yang terletak di Aras 3 SkyAvenue. Kami menerima sedikit tanda penghargaan dari berupa barangan ekslusif dari DC Superheroes. Terima kasih! Berganda semangat untuk menonton filem Justice League.

PERMANDANGAN DARI BILIK HOTEL

BILIK SAYA UNTUK MALAM TAYANGAN FILEM JUSTICE LEAGUE

MERAIKAN HARI LAHIR TEMAN-TEMAN BULAN NOV

GENG SEMBANG RANCAK

S FOR SWEET?

DEMAM SUPERHEROES!

HI YANG TENGAH TU!

INILAH PAWAGAM DI SKYAVENUE

SEMENTARA MENUNGGU WAKTU TAYANGAN

SELEPAS TAYANGAN SELESAI

#OOTD





Untuk pengetahuan anda, dari 10 November sehingga 26 November 2017 telah diadakan aktiviti menarik di ruang SkyAvenue sempena filem Justice League. Terdapat permainan interaktif, reruai gambar dimana pengunjung boleh mengubah gambar menjadi adiwira serta pelbagai produk dari filem ini. Malah acara kemuncak sempena promosi filem ini adalah bergambar mesra bersama cosplay watak utama dalam filem Justice League.


Bukan itu sahaja! Sempena tayangan filem Justice League ini, bermula 16-26 November 2017, setiap 100 pelanggan pertama setiap hari yang berbelanja lebih daripada RM 200 di Resorts World Genting boleh menebus satu tiket filem Justice League. Malah setiap melayakkan anda yang menebus tiket ini untuk menyertai cabutan bertuah dimana hadiah yang bakal dibawa pulang adalah edisi terhad barangan pewter Batman oleh Royal Selangor bernilai RM 1950. 

Bagi anda yang belum mendaftar sebagai ahli Genting Rewards, segera lakukannya kerana anda bakal menerima baucer tunai RM50 dari DC Superheroes Comics Retail usai pendaftaran. 




Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak Resorts World Genting terutamanya Irene, Jay, Alicia serta seluruh team RWG atas layanan VVIP yang diberikan sepanjang acara ini berlangsung. Jika anda ingin mengetahui apakah yang berlaku di Resorts World Genting, layari www.rwgenting.com sekarang!

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #JUSTICELEAGUE #JLSKYAVENUE #EXCITINGTHINGSAREHAPPENING #YOUMATTER #COMEONUP #DCSUPERHEROESCAFE #RESORTSWORLDGENTING

1 Comments