THE MAHA BRATA EXPERIENCE DI SEMBUNYI SPA CYBERVIEW RESORT & SPA

4:38 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 1 Comments

THE MAHA BRATA EXPERIENCE

Ini adalah sambungan kepada kisah percutian/staycation saya di Cyberview Resort & Spa. Jika anda terlepas pandang akan kisah pengalaman saya di resort terkemuka ini, boleh KLIK DISINI. Selain berlibur dan menginap di Cyberview Resort & Spa ini, saya berkesempatan menjalani rawatan spa yang terdapat di resort ini iaitu di Sembunyi Spa. Sembunyi? Main sorok-sorok ke? Hihihi.

Sembunyi Spa adalah sebuah spa yang diinspirasi daripada budaya Indo-Melayu dan Sino dan berkeluasan dalam 10 ribu kaki persegi. Saat melangkah masuk ke dalam perkarangan spa ini membuat kan saya tergamam. Tenang dan mendamaikan. Seolah saya berada di sebuah spa di Indonesia. Ditambah pula dengan aroma persekitaraan spa ini berjaya memberi satu aura positif pada diri. Sembunyi Spa telah memenangi pelbagai anugerah dalam perkhidmatannya termasuk dari pihak Tripadvisor. Ia menyediakan pelbagai rawatan spa dan kecantikan dengan mengetengahkan kaedah rawatan tradisi dari negara Asean dari hujung rambut hingga kaki.


SEMBUNYI SPA CYBERVIEW RESORT & SPA










SEMBUNYI SPA CYBERVIEW RESORT & SPA





Di sini terdapat pelbagai pilihan rawatan yang anda boleh pilih mengikut keinginan anda. Jika anda keliru untuk membuat pilihan, sila dapatkan nasihat dan pendapat daripada pihak Sembunyi Spa yang cukup berpengalaman. Mereka akan menerangkan secara terperinci tentang setiap rawatan yang terdapat di Sembunyi Spa serta mencadangkan rawatan spa terbaik mengikut kondisi tubuh badan anda. Terdapat pelbagai pilihan urutan seperti Bali, Melayu, Aromaterapi dan sebagainya. Saya telah mencuba Sembunyi Spa Signature treatment iaitu The Maha Brata Experience. Rawatan ini memakan masa selama 90 minit.

Apa yang menarik dengan rawatan The Maha Brata Experience ini? Ia adalah teknik urutan unik yang berasal dari Bali Indonesia dimana rawatan ini menggunakan buah kemiri atau buah keras sebagai bahan utama dalam proses rawatan. Buah kemiri atau nama saintifik Aleurites moluccanus mempunyai kandungan asid lemak, palmitik, stearik dan oleic yang mampu menghasilkan kulit yang lebih sihat, licin dan berseri.

Sebelum anda memulakan sesi rawatan ini, pihak Sembunyi Spa akan menerangkan beberapa perkara penting serta meminta pelanggan mengisi borang khas. Kemudian anda dikehendaki untuk menyimpan segala barangan berharga yang dibawa di dalam peti keselamatan yang disediakan. Ini termasuk kamera dan telefon bimbit. Ia bertujuan agar setiap pelanggan dapat menikmati sesi rawatan sepenuhnya tanpa ada gangguan. Nama pun spa tempat memanja dan menenangkan diri bukan? Tinggalkan sebentar telefon anda itu. Hihihi.

Kemudian saya di bawa ke bilik persalinan lelaki untuk menukar pakaian. Anda akan diberikan kimono dan selipar sebagai baju persalinan. Langsung saya disambut mesra oleh staff Sembunyi staff ke kamar rawatan. Memandangkan saya tidak dibenarkan membawa kamera dan telefon bimbit, saya tidak dapat untuk mengambil sebarang foto semasa rawatan dijalankan disini. Cuma apa yang saya boleh kongsikan bersama anda adalah kesan rawatan ini kepada tubuh badan saya. Secara peribadi, saya menyarankan kepada anda untuk mencuba rawatan The Maha Brata Experience ini. Selain ia dapat melicinkan kulit badan anda, ia memberi tenaga dan kelegaan pada tubuh badan melalui teknik urutan yang digunakan. Kulit akan jadi mulus, licin dan lebih sihat selain dapat memberi kesegaran pada tubuh. Masa satu setengah jam untuk rawatan ini tidak puas sebenarnya. Jika berkesempatan, saya pasti akan memilih rawatan The Maha Brata Experience lagi.

BILIK PERSALINAN

LUAS DAN SELESA

LOKER UNTUK LETAK BAJU DAN KASUT

Selesai rawatan Mahabrata ini, saya bebas untuk menggunakan fasiliti yang ada di Sembunyi Spa seperti jakuzi air panas dan kolam air sejuk, sauna dan bilik mandi wap seberapa lama yang anda mahu. Berganda nikmat dapat berendam dalam air panas setelah berurut badan. Aliran darah dalam badan terasa lancar, minda lebih ringan. Jika anda adalah tetamu di Cyberview Resort & Spa, anda boleh menggunakan kemudahan jakuzi, sauna, bilik mandi wap, gimnasium disini secara PERCUMA.

SILA BACA SEBELUM GUNA

MANDI WAP KANAN DAN SAUNA KIRI

JAKUZI AIR PANAS KANAN DAN AIR SEJUK KIRI

SEMBUNYI SPA CYBERVIEW RESORT & SPA
TENANG DAN DAMAI

SEMBUNYI SPA CYBERVIEW RESORT & SPA
SELESAI RAWATAN ANDA DIBERI MINUMAN DAN KUDAPAN

KOMEN YANG BAIK-BAIK YA!

Keseluruhannya saya cukup berpuas hati dengan layanan dan hospitaliti staff di Sembunyi Spa. Mereka bukan sahaja peramah, malah penuh ilmu didada tatkala saya mengajukan beberapa soalan berkenaan rawatan yang sesuai untuk saya. Di Sembunyi Spa juga turut menyediakan perkhidmatan manicure dan pedicure, facial, terapi bunyi dan lain-lain lagi. Jadi jangan lupa mencuba rawatan di Sembunyi Spa!







LOKASI SEMBUNYI SPA
CYBERVIEW RESORT AND SPA,
PERSIARAN MULTIMEDIA, 
63000 CYBERJAYA SELANGOR.

WAKTU OPERASI
10 PAGI - 10 MALAM

TELEFON
03-83127136


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SEMBUNYISPA #CYBERVIEWRESORTANDSPA 

1 comment:

  1. Bestnya p spa... Nampak tenang je spa kat sini. Menarik...

    ReplyDelete

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.