WEEKEND BRUNCH AT MANDARIN PALACE RESTAURANT, THE FEDERAL KUALA LUMPUR

12:34 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 1 Comments

FOOD, MAKANAN, MANDARIN PALACE RESTAURANT, THE FEDERAL KUALA LUMPUR,

Hello warga kota! Adakah anda sedang merancang aktiviti hujung minggu? Saya percaya antara weekend to-do list adalah mencari lokasi tempat makan untuk acara santai bersama teman dan keluarga. Jika anda sukakan juadah selera masakan Cina, THE FEDERAL KUALA LUMPUR ada sesuatu yang istimewa untuk anda.

Melangkah masuk ke dalam MANDARIN PALACE RESTAURANT yang berada di Aras 2 hotel ikonik ini memberi satu suasana berbeza kepada saya. Saya seolah-olah sedang berada di zaman Imperial dengan dekorasi dan susun atur yang sungguh klasik dan historik. Anda akan terpesona dengan ukiran kayu berbentuk naga emas sebanyak 1189 ekor, bunga teratai dan banyak lagi tersemat indah di dinding restoran ini. Malah perabot yang digunakan adalah bercirikan klasik lama.

FOOD, MAKANAN, MANDARIN PALACE RESTAURANT, THE FEDERAL KUALA LUMPUR,













Di sini anda boleh menikmati promosi WEEKEND BRUNCH dimana terdapat lebih 60 pilihan juadah masakan Cina dari pelbagai dim sum, ayam dan itik panggang. Bukan itu sahaja, ada macam-macam variasi juadah Kantonis, Hunan hingga Szechuan dihidangkan dalam bentuk bufet kepada pengunjung yang hadir. Antara menu yang anda kena cuba adalah Prawns With Chinese Herb, Fried Chicken with Szechuan Style, Steamed Fish with Soya Bean Paste, Seafood Fried Rice, Mee Udang dan banyak lagi. Dim Sum Otak-Otak pun ada. Menarik bukan! Semua menu yang disediakan disini adalah PORK FREE.

FOOD, MAKANAN, MANDARIN PALACE RESTAURANT, THE FEDERAL KUALA LUMPUR,



FOOD, MAKANAN, MANDARIN PALACE RESTAURANT, THE FEDERAL KUALA LUMPUR,










FOOD, MAKANAN, MANDARIN PALACE RESTAURANT, THE FEDERAL KUALA LUMPUR,



FOOD, MAKANAN, MANDARIN PALACE RESTAURANT, THE FEDERAL KUALA LUMPUR,













Sebagai informasi, Mandarin Palace Restaurant ini telah dibuka secara rasmi pada 28 Ogos 1957 seusia dengan kemerdekaan Malaysia. Restoran ini juga pernah menerima pelbagai anugerah restoran terbaik sejak 1977. Malah ia pernah dijadikan lokasi pengambaran filem Hollywood The Seventh Dawn pada tahun 1964. Restoran ini sesuai dijadikan sebagai acara perkahwinan atau sebarang majlis keraian.

FOOD, MAKANAN, MANDARIN PALACE RESTAURANT, THE FEDERAL KUALA LUMPUR,





Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan iaitu RM 78 nett (dewasa) dan RM39 (kanak-kanak/warga emas). WEEKEND BRUNCH ini hanya pada hujung minggu (Sabtu-Ahad) dari jam 10.30 pagi hingga 2.30 petang.

MANDARIN PALACE RESTAURANT
TINGKAT 2, 
THE FEDERAL KUALA LUMPUR.

TELEFON
03-21489166 EXT 2202

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THEFEDERALKL #MANDARINPALACERESTAURANT



1 comment:

  1. Wah..banyaknya jenis juadah masa kan Cina yang disediakan. Should consider as list to go ni. Good info, dude.

    ReplyDelete

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.