PERTUNJUKAN ISTIMEWA SKYSYMPHONY, SNOOPY SEMPENA KRISMAS DI RESORTS WORLD GENTING

9:44 am SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments

SNOOPY IN GENTING, KRISMAS, HARI NATAL, XMAS,

Bulan Disember adalah bulan yang dinantikan ramai. Selain anak-anak seronok bercuti sekolah, bulan akhir dalam kalendar ini sentiasa dinantikan bagi mereka yang meraikan sambutan Hari Krismas. Jelas terasa kemeriahan sambutan menerusi dekorasi berwarna-warni yang menghiasi terutama di pusat membeli belah. Jika di negara empat musim sebagai contoh, anda bisa menyaksikan pelbagai rupa dan bentuk dekorasi terdapat disetiap ceruk tempat. Jalan raya berwarna warni dengan kerlipan lampu. Hari Krismas atau Natal tidak lengkap tanpa hiasan pokok Krismas dan Santa. Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Kemeriahan Krismas di sini tetap meriah dengan cara tersendiri.

Antara lokasi tumpuan sempena Hari Krismas yang harus anda kunjungi adalah Resorts World Genting. Umum mengetahui pusat percutian terkemuka ini bukan sahaja menjanjikan seribu satu keriangan malah ia merupakan lokasi terbaik untuk percutian anda bersama teman dan seisi keluarga. Istimewa bulan perayaan ini, Resorts World Genting menerusi pusat membeli belah terbesar SkyAvenue membawakan anda pertunjukan istimewa 1001 bebola kinetik di SkySkymphony.

Edisi kali ini membawakan pengunjung kepada penceritaan menarik tentang sambutan krismas menerusi skrin LED berketinggian 4 tingkat bersama bebola kinetik akan bergerak menghasilkan pelbagai bentuk antaranya kapal terbang dan pokok krismas. Anda jangan terkejut apabila di penghujung persembahan akan keluar pokok krismas setinggi 20 kaki dari tengah pentas utama. Ia seperti magis kepada pertunjukan ini. Saya sendiri terkesima dan teruja melihat permainan warna bebola kinetik ini. Meriah dan mempersona. Pertunjukan berdurasi 5 minit ini seperti tidak puas dengan hanya sekali tontonan. Anda boleh saksikan video persembahan istimewa ini DI SINI.

SKYMPHONY AND SNOOPY IN RESORTS WORLD GENTING

SKYMPHONY AND SNOOPY IN RESORTS WORLD GENTING

SKYMPHONY AND SNOOPY IN RESORTS WORLD GENTING

Kemeriahan tidak berhenti disitu. Anda juga akan terpana dengan 13 figura Snoopy dengan pelbagai identiti mewakili negara tertentu di seluruh dunia yang disusun di tengah pentas utama SkySymphony serta terdapat sebuah Snoopy gergasi bersaiz 6 meter tinggi yang menjadi antara tarikan sempena sambutan hari Krismas di Resorts World Genting. Jika anda berjalan disekitar SkyAvenue, terdapat 52 figura Snoopy ini yang boleh anda bergambar dan mematri memori di media sosial.

Kemeriahan Hari Krismas diserikan dengan sesi Meet & Greet Snoopy & Charlie Brown bersama-sama Santa dan rakan-rakan. Perarakan ini akan berlangsung di Aras 1 SkyAvenue setiap hari, 11 pagi-11.30 pagi, 3 petang - 3.30 petang dan 8 malam- 8.30 malam manakala di Aras 3 SkyAvenue jam 1 petang - 1.30 petang dan 6 petang - 6.30 petang.

Alami sendiri kemeriahan Krismas dengan mengunjungi Resorts World Genting dari 1 Disember 2017 hingga 31 Disember 2017. Anda boleh mendapatkan informasi lanjut dengan melayari www.rwgenting.com atau telefon 03-27181118.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #EXCITINGTHINGSAREHAPPENING #COMEONUP #YOUMATTER #SNOOPYINGENTING #XMAS #RESORTSWORLDGENTING #SKYSYMPHONY #SKYAVENUE

0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.