F45 TRAINING AMPANG TAWAR 3 RIBU JENIS LATIHAN KECERGASAN DAN SENAMAN

10:51 am SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments

f45 training ampang

Kesedaran gaya hidup sihat dikalangan rakyat Malaysia semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Sebagai contoh, saya boleh lihat banyak acara larian yang dianjurkan di seluruh negara. Boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja acara larian disana sini. Selain itu, lambakan pusat gimnasium juga menjadi bukti kepada kesedaran dan penerimaan masyarakat betapa pentingnya menjalani kehidupan yang sihat. Saya akui pada zaman kini, kos perubatan amatlah tinggi. Jika kesihatan tidak dijaga, kebarangkalian penyakit hinggap ke badan adalah tinggi dan anda barangkali terpaksa menanggung belanja rawatan yang mahal jika terpaksa dimasukkan ke hospital.

Selain faktor kesihatan, budaya sihat yang semakin sohor kini didorong oleh individu yang menginginkan tubuh badan yang cantik dan ideal. Siapa yang tidak mahu memiliki badan yang sado, mempunyai potongan bak kerengga bagi golongan wanita bukan? Seperti saya sendiri, masalah utama yang membelenggu diri adalah bagaimana untuk mengekalkan konsistensi dalam menjadikan senaman sebagai rutin. Jadual harian yang padat dan faktor kemalasan adalah antara faktor kepada saya bila hendak melakukakan aktiviti kecergasan. Bila anda sering melakukan rutin yang sama pasti timbul rasa bosan bukan? Itulah sebab pentingnya anda untuk mempelbagaikan teknik senaman.

Tapi itu dulu. Kini saya telah temui tempat terbaik untuk memulakan rutin sihat secara berstruktur. Functional (F45) Training, sebuah gimnasium francais berasal dari Australia, kini dibuka secara rasmi di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan anda, F45 Training Ampang bukan gimnasium biasa yang kita biasa lihat. Ia berkonsepkan gimnasium ekspres dimana mereka menawarkan lebih 3,000 jenis latihan kecergasan dan senaman buat pelatih yang hadir di bawah pemantauan barisan jurulatih profesional. Antaranya seperti High-Intensity Interval Training (HIIT), Functional and Circuit Training. Ia diakui antara workout terbaik untuk membakar lemak dan membina otot dalam masa yang singkat jika dilakukan secara konsisten. Maksud F45 sendiri adalah F (Functional Training) dan 45 adalah (45 minit setiap sesi latihan yang dijalankan).

f45 training ampang
   
f45 training ampang

f45 training ampang

f45 training ampang

f45 training ampang

f45 training ampang





Functional Training: the engagement in exercises that mimic or recreate everyday movement. These types of exercises typically involve the use of your full body and multiple muscle groups. This style of training builds and sculpts lean, functional muscle – Lifting, Squatting, Jumping, Twisting, Pulling, Pushing, Punching, Kicking, Rowing, Biking.

Saya berkesempatan untuk mencuba sendiri latihan kecergasan di F45 Training Ampang baru-baru ini. Saya mencuba latihan yang dipanggil Hollywood dimana dalam modul latihan ini saya melakukan 27 jenis workout yang berbeza dalam satu pusingan yang dipanggil Circuit Training. Setiap stesen mewakili gerakan senaman berbeza dan hanya diberi masa dalam 40 saat setiap stesen. Masa 45 minit diberikan bagi melengkapkan latihan ini. Saya dan pelatih yang lain melakukan 2 pusingan untuk melengkapkan sesi ini. Menarik bukan? Semput memang semput sebab anda kena pantas dan keep going supaya tidak terlepas setiap stesen. Namun the best part adalah anda tidak bosan langsung kerana setiap stesen membuat teknik senaman berbeza-beza. Jangan risau jika anda lupa step senaman sebab disediakan skrin besar untuk anda rujuk jenis senaman pada setiap stesen. Malah jika anda salah teknik, jurulatih profesional akan membantu anda.

f45 training ampang
ANTARA STEP UNTUK HOLLYWOOD CIRCUIT TRAINING

f45 training ampang
ADA 27 STEPS DALAM SATU PUSINGAN

LAGI 22 MINIT SEBELUM LATIHAN BERMULA

f45 training ampang
PENERANGAN DAN TUNJUK AJAR SEBELUM MEMULAKAN SENAMAN

f45 training ampang

f45 training ampang


f45 training ampang

f45 training ampang

f45 training ampang





Di F45 Training Ampang ini ada 8 orang jurulatih profesional yang berpengalaman luas dalam bidang kecergasan. Jadi jika anda memerlukan sebarang bantuan dan khidmat nasihat berkenaan kecergasan dan senaman, mereka sedia membantu anda. Saya sempat juga berbual dengan pemilik F45 Training Ampang ini iaitu Tengku Daud Shah. Katanya keistimewaan di F45 Training Ampang adalah program latihan buat pelatih yang mendaftar masuk akan berubah dari semasa ke semasa. Ini bertujuan agar setiap pelatih tidak mudah jemu dengan latihan yang sama.

f45 training ampang

f45 training ampang

f45 training ampang


f45 training ampang

f45 training ampang

f45 training ampang



TENGKU DAUD SHAH (KIRI) ADALAH PEMILIK PUSAT INI

HANNAH TAN PUN ADA

Di F45 Training Ampang ini juga ada juga peralatan angkat berat jadi jika anda hendak mengangkat berat sambil santai-santai pun boleh. Pelatih dan jurulatih disini juga mesra rakyat. Jadi sambil bersenam boleh juga kita membina rangkaian kawan baru bukan? Kebetulan kehadiran saya di sini adalah merupakan hari pelancaran rasmi F45 Training Ampang. Kelihatan kelibat beberapa selebriti terkenal tanahair seperti bekas pemain ragbi kebangsaan dan pemain bola sepak UiTM FC, Anwarul Hafiz, selebriti Hannah Tan dan penyanyi kumpulan Pretty Ugly, Neves. Mereka sangat ramah dan mesra.

f45 training ampang
ME AND NEVES!

f45 training ampang
HANNAH TAN IN THE HOUSE! SUPER FRIENDLY.

f45 training ampang
SAYA DAN SALAH SEORANG JURULATIH DISINI

Kepada anda yang masih buntu untuk memulakan azam untuk kurus dan sihat di tahun 2018 ini boleh mencuba perkhidmatan yang ditawarkan di F45 Training Ampang ini. Ternyata latihan kecergasan dan senaman disini tidak membosankan. Jom amalkan gaya hidup sihat di tahun 2018.

f45 training ampang








LOKASI F45 TRAINING AMPANG
R-6-G, M CITY AMPANG, 326, 
JALAN AMPANG, 
50450 AMPANG, 
KUALA LUMPUR 
(BANGUNAN M CITY SEBELAH BANGUNAN RISDA)

TELEFON: 012-4405504

LAMAN WEB RASMI


LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #F45TRAINING #F45TRAININGAMPANG #FITNESS

0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.