MENGENALI SIDRA FAZEELAT, PEREKA FESYEN MUDA TANAHAIR

1:07 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments

sidra fazeelat, emp fashion, fusion bridal,

Hi Fashionista! Fesyen dan gaya hidup masakini bergerak seiring dengan arus kemodenan. Masyarakat kini mulai sedar akan kepentingan ilmu fesyen dalam kehidupan seharian. Saya akui tatarias adalah antara perkara wajib sebelum melangkah keluar rumah. Ia melambangkan pesonaliti dan memberi first impression terhadap anda apabila berada di tempat awam mahupun di majlis.

Malah indutsri fesyen di Malaysia khususnya semakin berkembang pesat saban tahun. Boleh saya katakan ada sahaja pereka baru yang muncul merancakkan suasana industri ini. Pastinya peningkatan bilangan pereka fesyen di Malaysia ada pro dan kontranya. Namun saya lebih suka berbicara yang posiitf kerana bagi saya industri fesyen di Malaysia mempunyai peluang yang cukup cerah untuk mendominasi pasaran global jika kena pada caranya. Lihat sahaja pada pereka terkemuka seperti Dato’ Rizalman, Dato’ Bernard Chandran, dan ramai lagi yang telah membuktikan anak tempatan bisa berjaya di peringkat antarabangsa.

Antara pereka muda yang saya nampak potensi untuk melangkah jauh dalam industri ini adalah SIDRA FAZEELAT. Ya, barangkali ada diantara kalian yang tidak mengenali akan nama ini namun beliau bukanlah satu nama asing dalam industri fesyen tanahair. Pertama kali saya bertemu dengan wanita muda ini ketika saya diundang ke acara khas perasmian EMP FASHION CALENDAR 2018 di sebuah gedung membeli belah di ibu kota baru-baru ini. Sempat juga saya berbual dan berkongsi buah fikiran bersama beliau. Manis dan tidak lokek senyuman.

sidra fazeelat, emp fashion, fusion bridal,

sidra fazeelat, emp fashion, fusion bridal,


Memulakan karier sebagai pereka fesyen sejak tahun 2015, sentuhan magis beliau lebih menjurus kepada FUSION BRIDAL. Sesuatu yang segar dan baru di pasaran Malaysia pada pandangan saya. Jarang saya mendengar konsep ini. Bakat pemegang ijazah dalam Pengurusan dan Pemasaran Fesyen ini sebenarnya telah dicungkil oleh kedua ibu bapanya sejak beliau berusia 8 tahun lagi dimana ketika itu beliau membantu dalam perniagaan tudung milik keluarga. Sejak itu beliau terus menggilap bakat ini dan akhirnya pada tahun 2016, Sidra Fazeelat telah memperkenalkan koleksi pertama beliau yang merupakan Ready To Wear (RTW) sempena Aidilfitri di acara EMP Fashion Walk 2016.

sidra fazeelat, emp fashion, fusion bridal,

sidra fazeelat, emp fashion, fusion bridal,

sidra fazeelat, emp fashion, fusion bridal,

sidra fazeelat, emp fashion, fusion bridal,






Sebagai GEN Next Designer pada tahun itu, kini beliau kembali menghangatkan persada fesyen tanahair dengan berkolaborasi bersama EMP mengeluarkan seleksi jumpsuit dengan label EMP.C x SIDRA FAZEELAT S/S 2018. Rekaan jumpsuit yang menarik pada saya dengan potongan moden dan penuh gaya.

sidra fazeelat, emp fashion, fusion bridal,

sidra fazeelat, emp fashion, fusion bridal, EMP.C SIDRA FAZEELAT
ANTARA KOLEKSI JUMPSUIT REKAAN SIDRA FAZEELAT

Pada tahun 2018 melakar banyak momen indah dalam kerjaya wanita berusia 25 tahun ini. Seperti yang saya nyatakan tadi, beliau yang specialize dalam FUSION BRIDAL (custom to made) serta busana untuk acara khas cuba menerapkan elemen moden dan tradisional dalam setiap rekaan agar tampak mewah dan menawan. Pada rekaan ini, anda boleh melihat 5 rekaan dengan identiti tersendiri antaranya Bridal Lengha (Pakistani), Gown (Western), Abaya (Arabian), Baju Kebaya (Melayu) dan Sari (Indian). Setiap rekaan memberi interpretasi berbeza namun menjurus kepada kehebatan dalam dunia wanita. Saya jarang sekali mendengar konsep sebegini dipasaran dan saya percaya Sidra Fazeelat bakal menjadi antara yang terawal konsep rekaan sebegini di Malaysia khususnya.

sidra fazeelat, emp fashion, fusion bridal,

sidra fazeelat, emp fashion, fusion bridal,


Saya diberitahu bahawa tahun 2018 merupakan tahun sibuk buat Sidra Fazeelat. Bakal mempunyai butik sendiri dalam masa terdekat serta bakal terilbat dengan projek mega bersama sebuah syarikat penerbangan menjadikan bukti bakat dan kesungguhan Sidra Fazeelat dalam industri fesyen. Harapan beliau seperti juga pereka fesyen yang lain iaitu jenama dan produk beliau dikenali dan dihargai di mata dunia. Fesyen bukan sekadar konsumerisme tetapi gambaran seni dalam dunia penuh dinamika.

sidra fazeelat, emp fashion, fusion bridal,






Anda boleh menjengah laman media sosial SIDRA FAZEELAT untuk mendapatkan informasi lanjut tentang jenama ini. Kepada Sidra Fazeelat, selamat maju jaya!

LAMAN FACEBOOK RASMI SIDRA FAZEELAT

LAMAN INSTAGRAM RASMI SIDRA FAZEELAT


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SIDRAFAZEELAT

0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.