PEMBUKAAN RASMI BONA CINEMAS MILIK BONA FILM GROUP DI SKYAVENUE RESORTS WORLD GENTING


Resorts World Genting melakar satu lagi sejarah dengan tertubuhnya BONA CINEMAS hasil kerjasama Bona Film Group, sebuah produksi televisyen dan pengedaran filem terbesar di China. Pada majlis sama, telah diadakan tayangan perdana filem pecah panggung, Operation Red Sea yang telah menelan belanja hampir RM 310 juta.

Bona Cinemas merupakan pawagam pertama dibawah kendalian Bona Film Group yang dibuka luar dari negara China. Pembukaan pawagam ini bakal menjadi satu tanda aras dalam industri perfileman Malaysia dimana kerjasama ini dijangka bakal memberi ruang dan peluang kepada penggiat filem tempatan untuk terllibat di dalam produksi terbitan syarikat gergasi China ini.

Pengerusi dan Pengurus Besar Bona Film Group, Mr. Yu Dong yang turut hadir di acara ini berkata pemilihan Resorts World Genting sebagai lokasi Bona Cinemas memberi peluang kepada pasaran hiburan cina di Malaysia untuk membentuk kolaborasi yang lebih utuh di masa hadapan. Jalinan ini juga bakal memberi transformasi besar kepada kedua-dua pihak menerusi perancangan mengadakan festival filem dan pertunjukan istimewa di Malaysia dan China. Malah dengan pembinaan taman tema Twentieth Century Fox World yang bakal siap dalam masa terdekat, pihak Bona Film Group begitu optimis kolaborasi ini memberi manfaat bersama serta memberi peluang kepada pihaknya untuk membawa filem serta hiburan hebat kepada penonton lokal.

SEWAKTU SESI TEMUBUAL BERSAMA MEDIA

Bona Cinemas yang terletak di SkyAvenue Resorts World Genting mempunyai 4 dewan tayangan buat masa ini dan tambahan dua lagi dewan tayangan iaitu dewan VIP dengan 48 tempat duduk serta dewan IMAX berkapasiti 250 tempat duduk bakal dibuka pada pertengahan tahun 2018 nanti. Ia bakal dilengkapi dengan teknologi yang dipanggil state-of-art projection serta sistem bunyi DOLBY ATMOS yang bakal memberi pengalaman berbeza tatkala menonton filem.











MR YU DONG

TAN SRI LIM KOK THAY (KIRI) BERSAMA MR YU DONG (KANAN)

Majlis perasmian Bona Cinemas telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh bin Tun Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama Tan Sri Lim Kok Thay, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Genting Malaysia. Turut menyempurnakan acara memotong riben adalah Presiden VXL Group Datuk Lim Chee Wah, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Informasi Genting Malaysia Mr Hui Lim, Pengarah FINAS Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pegawai Operasi Genting Malaysia Dante Lim, Pengerusi Bona Cinemas Mr Allan Wang Yi, Raymond Yip dan Candy Leung. Kelihatan beberapa selebriti tempatan tanahair seperti model dan pelakon Steve Yap hadir memeriahkan acara.






DATUK SERI PANGLIMA DR MOHD SALLEH SAID KERUAK (KANAN), MR YU DONG (KIRI)

BARISAN SELEBRITI YANG HADIR

Pada majlis sama, tetamu khas untuk menyaksikan tayangan gala filem blockbuster OPERATION RED SEA arahan Dante Lim yang diterbitkan bersama oleh Bona Film Group. Filem aksi ketenteraan yang telah menjalani pengambaraan di Maghribi ini dibintangi oleh Zhang Yi, Du Jiang, Huang Jingyu, Hai Qing dan Prince Mak. Filem Operation Red Sea merupakan naskhah yang diangkat daripada kisah benar mengenai misi pemindahan yang diketuai oleh tentera China semasa Perang Sivil di Yemen pada 2015.

Filem ini menduduki tangga ke dua dalam senarai filem pecah panggung di China dengan anggaran kutipan RM 1.05 billion.

Dapatkan informasi lanjut mengenai Bona Cinemas dengan melayari www.rwgenting.com atau telefon 03-61011118.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BONACINEMAS #SKYAVENUE #RESORTSWORLDGENTING

0 Comments