IBUKOTA KINI BERGEGAR DENGAN KEMUNCULAN DINOSAURS ALIVE IN KUALA LUMPUR

July 28, 2017 REEF OMAR 2 Comments


Siapa suka menonton filem Jurassic Park atau Jurassic World? Anda pasti teruja dengan kesan efek Computer-Generated Imagery (CGI) yang dipaparkan dalam filem-filem ini. Nampak real bukan? Dinosaur adalah kumpulan reptilia Dinosauria yang hidup semasa zaman Triassic. Pada tahun 1980, seorang saintis bernama Luis Avarez telah menghasilkan teori ‘Alvarez Asteroid Impact Theory’ di mana dia berpendapat bahawa hentaman asteroid dengan diameter sehingga 10km adalah salah satu faktor besar dalam menyumbang ke arah kepupusan dinosaur. Sehingga kini, banyak bukti telah menunjukkan bahawa hentaman meteorit yang besar (asteroid) selain daripada letusan gunung berapi dan perubahan iklim yang sangat drastik.

Itu adalah sedikit informasi tentang hidupan dinosaur ini. Jika anda meminati makhluk-makhluk gigantic ini, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman interaktif berada di zaman Jurassic di pameran terbesar anjuran Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), DINOSAURS ALIVE IN KUALA LUMPUR. Sudah memulakan operasi bermula 14 Julai 2017 yang lalu, saya berpeluang untuk berkunjung ke pameran yang julung-julung diadakan di sini baru-baru ini.






Dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, saya berpeluang mendekati dan mempelajari lebih mendalam tentang sejarah dinosaur. Ada lebih 40 jenis makhluk Jurassic ‘hidup’ dalam bentuk pertunjukan ilmiah dan berkonsep hiburan keluarga yang boleh didapati di pameran ini. Pengunjung dapat belajar cara mereka bergerak, menyalak malah anda dapat mendekati lebih dekat hidupan dinosaur seperti Tyrannosaurs Rex dalam bentuk pengembaraan di dalam taman tema.














Selain itu, kanak-kanak dapat mencuba menjadi ahli paleontologis (salah satu cabang ahli geologi) dengan memakai pakaian khas, melakukan aktiviti seperti mengorek fossil dan telur dinosaur. Menarik bukan!







Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama keluarga di sini adalah melakukan seni kraf pasir, menyusun tulang dinosaur dan beberapa aktiviti permainan yang cukup menarik. Turut disediakan adalah zon Makanan & Minuman untuk anda menjamu selera. Jangan lupa membeli buah tangan khas sebagai kenang-kenangan di bahagian cenderamata.
















Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana pameran DINOSAURS ALIVE IN KUALA LUMPUR akan berada di Lanai, Pusat Pelancangan Malaysia (Matic) untuk masa terhad sahaja. Bagi pemegang MyKad, tiket berharga RM50 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak berumur 3-12 tahun (bawah 3 tahun masuk adalah PERCUMA). Tawaran potongan harga untuk pembelian secara berkumpulan dan rombongan sekolah. Maklumat lanjut boleh layari www.dinosaursalive.asia atau telefon 03-21706333 (Isnin-Jumaat dari pukul 10 pagi-6 petang).

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DINOSAURSALIVEINKUALALUMPUR #MATIC #EXHIBITION 




2 comments:

KONSEP KOPITIAM MENJADI TARIKAN DI KEDAI KOPI JOURNAL - SAJIAN MAKAN TENGAHARI MENGGETAR RASA

July 27, 2017 REEF OMAR 0 Comments


Saya pasti anda semua sudah sedia maklum akan kewujudan hotel The KL Journal yang terletak di bandar pesat Bukit Bintang. Saya sendiri sudah merasai pengalaman berkunjung ke hotel ini beberapa kali dan apa yang boleh saya katakan hotel ini adalah antara hotel yang patut berada dalam staycation list anda. Saya tidak propa dengan kenyataan ini kerana pihak Tripadvisor sendiri telah mengiktiraf hotel The KL Journal sebagai penerima anugerah CERTIFICATE OF EXCELLENCE diatas kecemerlangan dalam industri perhotelan.

Kali ini saya ingin membawa anda ke hotel ini supaya anda tahu bahawa hotel The KL Journal bukan sahaja menyediakan bilik hotel yang selesa, malah mempunyai sebuah kedai kopi yang mungkin ramai yang tidak tahu. Kedai kopi? Macam kopitiam? Barangkali. Teruskan membaca bingkisan ini.

Saya berkesempatan sekali lagi hadir ke hotel ini bagi bersama-sama meraikan perasmian restoran/kafe yang dimiliki oleh The KL Journal iaitu KEDAI KOPI JOURNAL. Yes, they just launched officially on 11th July 2017. Congratulation! Sepanjang minggu pelancaran tersebut, pihak Kedai Kopi Journal telah bermurah hati memberikan Cendol dan Sweet Potato Fries secara PERCUMA kepada orang ramai dari pukul 11.30 pagi sehingga 2.30 petang. Saya sendiri telah mencuba minuman cendol itu dan apa yang boleh saya katakan adalah IT'S THE MOST TASTIEST CENDOL EVER! Lemak manis ditambah pula dengan sedikit rasa halia menjadikan minuman cendol disini cukup berbeza.















CENDOL PALING SEDAP!

Untuk pengetahuan semua, pihak Kedai Kopi Journal menyediakan seleksi makanan tengahari yang tidak patut anda lepaskan. Kenapa? Setiap menu disini menerima sentuhan Asia yang pastinya kena dengan selera kita. Malah hasil air tangan Chef Teng berjaya memberi dimensi baru dalam penyediaan masakan barat. Ada 4 pilihan menu utama untuk set makan tengahari yang pastinya memenuhi selera anda.

FULL HOUSE!

ANOTHER SECTION OF KKJ

MALAYSIAN SNACKS AVAILABLE HERE

Set Makan Tengahari ini merangkumi pilihan Snek, Menu Utama dan Minuman. Mulakan selera anda dengan pilihan snek yang terdiri daripada FRESHLY CUT LOCAL FRUIT PLATTER, SAMOSA & SPRING ROLL COMBO WITH SIGNATURE RENDANG DIP, HEALTHY CRUNCH VEGETABLE STICKS WITH SIGNATURE DIP AND FRESH MUSHROOM SOUP SERVED WITH GARLIC BAGUETTE.

Kemudian teruskan menjamu selera dengan 4 PILIHAN MENU UTAMA yang terdiri daripada KKJ SPECIALTY WAGYU BURGER, CRISPY CHICKEN PICATTA WITH LIGHTLY ROASTED MIXED VEGETABLES, FETTUCCINE CREAM BASIL PESTO TOPPED WITH RICH, BUTTERY MOZZARELLA and BARRAMUNDI ON A BED OF SPINACH WITH RED PEPPERS & SECRET SAUCE.

MY LUNCH SET AT KKJ


KKJ SPECIALTY WAGYU BURGER

SEE THE PATTY? YUMMYLICIOUS!


PATTY SANGAT LEMBUT!

BARRAMUNDI ON A BED OF SPINACH 






Hilangkan haus tekak anda pula dengan pilihan minuman seperti ICED CHINESE TEA, ICED KUMQUAT HONEY TEA dan lain-lain lagi.

CHOICES OF DRINK AVAILABLE


Tidak lengkap makan tengahari anda tanpa pencuci mulut? Cuma tambah RM10 anda akan disajikan dengan pilihan terbaik DESSERT OF THE DAY!

Dengan harga RM30 nett, anda bukan sahaja dapat menghilangkan rasa lapar malah anda akan mengalami kepuasan maksima dalam setiap suapan di Kedai Kopi Journal. Setiap menu disini dicipta khusus untuk memberikan kegembiraan kepada pengunjung yang hadir. Istimewanya disini, jika anda rasakan hari Isnin anda penuh blues, pihak Kedai Kopi Journal ada pengubatnya. Set Makan Tengahari cuma berharga RM15 nett pada setiap hari Isnin. MONDAYS WILL NEVER BE THE SAME AGAIN!


WITH MR RAMESH, GENERAL MANAGER OF THE KL JOURNAL


Nikmati dan alami sendiri pengalaman menjamu selera di Kedai Kopi Journal. Pilihan makanan terbaik serta perkhidmatan kelas tertinggi menjanjikan keseronokan berganda yang tidak mungkin anda lupakan. Hanya di Kedai Kopi Journal, The KL Journal.

LOKASI THE KL JOURNAL
30, Jalan Beremi, Off Jalan Sultan Ismail,
50200 Kuala Lumpur,
Malaysia

TEL: +60 3-2110 2211

LAMAN WEB

FACEBOOK RASMI

INSTAGRAM RASMI





#REEFISM #REEFISM #KLJOURNAL #THEKLJOURNAL #KEDAIKOPIJOURNAL #BUKITBINTANG #KKJ
Kedai Kopi Journal - The Kuala Lumpur Journal Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

0 comments:

Powered by Blogger.