SPOTIFY MEMBAWAKAN PLAYLIST BERDASARKAN PERSONALITI DIRI UNTUK MEMBANTU ANDA MENCAPAI RESOLUSI TAHUN BARU

3:37 pm REEF OMAR 2 Comments

SPOTIFY


Bagaimanakah perkembangan anda dalam usaha untuk merealisasikan resolusi Tahun Baru? Sekiranya anda berasa sukar untuk menjawab soalan ini, jangan risau, kerana bukan anda seorang sahaja yang sedang berusaha menjayakan resolusi tersebut.

Saban tahun, ramai yang mengimpikan tubuh badan yang lebih sihat sebagai azam tahun baru, namun data dalaman Spotify menunjukkan bahawa playlist senaman akan menurun selepas tarikh Februari 14. Berdasarkan satu kajian yang diterbitkan Statistic Brain, hanya 9.2% daripada mereka yang membuat resolusi tahun baru berjaya merealisasikannya.

Bagaimanakah cara untuk menjayakannya?

Muzik sememangnya menjadi peneman seharian kita. Untuk setiap situasi dalam kehidupan seharian pastinya terdapat lagu (atau playlist) yang bersesuaian, seperti persiapan di pagi hari sebelum ke tempat kerja, atau ketika sedang bersedia untuk bersenam di gim. Daripada playlist Mood Booster, Songs to Sing In The Shower, dan Brain Food, Spotify mempunyai playlist untuk setiap situasi.

"Muzik boleh memberi kesan kepada bahagian otak yang berbeza iaitu bahagian emosi, fizikal dan kognitif. Kesannya boleh dirasai secara serentak dan ianya merupakan sebahagian daripada cara kita mendapatkan motivasi harian. Setiap orang mempunyai cita rasa dan muzik kegemaran yang berbeza. Ianya mencerminkan diri, kelakuan, serta perasaan kita pada setiap masa," kata Eve Tan, Ketua Bahagian Rancangan dan Editorial, Spotify, SEA, HK & TW.




EVE TAN
EVE TAN

Tambah Eve lagi, "Setiap pengguna Spotify mempunyai kehidupan sendiri; mereka memberi fokus terhadap kesihatan, jadual, pekerjaan, kewangan dan perhubungan masing-masing. Justeru, kami memahami bahawa pilihan muzik yang tepat boleh meningkatkan atau mengubah perasaan kita. Dengan bantuan warga Spotify di serata dunia – yang merangkumi kurator global, termasuklah ketua pilihan genre, editor-editor kanan dan editor-editor – Spotify menyumbang kepada kepelbagaian budaya serta perkongsian muzik dan trend terkini, untuk membawakan pengalaman muzik terbaik di mana sahaja anda berada."

Baru-baru ini terhasilnya satu penyelidikan untuk memahami keperluan pendengar melalui cita rasa muzik yang telah menjadi fokus utama dalam misi pengumpulan data Spotify. Dengan menganalisa tabiat penggunaan lebih 140 juta pendengar, Spotify boleh memahami kaitan di antara muzik dan kehidupan mereka; daripada personaliti diri hinggalah kepada aktiviti seharian.

Kenali diri anda
Sekiranya anda ingin mengenali diri dengan lebih baik, anda boleh menjawab kuiz berikut bagi memahami personaliti diri berdasarkan tabiat penggunaan dan pilihan muzik anda.

Berikut adalah petikan ringkas dari empat jenis personaliti:

Perancang: Seorang Perancang adalah golongan yang teliti dan sentiasa pasti tentang apa yang diingini pada setiap masa. Mereka akan memutarkan lagu daripada playlist yang mengandungi lagu-lagu yang sering mereka dengar.

Pengambil Risiko: Seorang Pengambil Risiko sentiasa bersedia untuk bertindak di luar jangkaan untuk mencapai matlamat mereka. Spontan dan sikap berani mencuba adalah situasi di mana mereka menyerlah. Golongan ini sentiasa mencari lagu-lagu dan/atau artis-artis baru dalam pengembaraan muzik mereka. Sekiranya mereka menemui sesuatu yang baru, mereka akan mendalaminya.

Mudah Didekati: Individu dalam kategori ini selalunya bersikap tenang dan tidak terburu-buru dalam menikmati kehidupan. Mereka gemar mendengar playlist yang disusun oleh individu lain, atau memutarkan mana-mana playlist berdasarkan cita rasa mereka pada satu-satu masa.

Dinamik: Mereka yang berada dalam kategori ini mempunyai personaliti yang fleksibel. Mereka boleh menyesuaikan diri mengikut keadaan dan cita rasa mereka pada satu-satu masa, dan ini dicerminkan melalui pilihan muzik mereka yang terdiri daripada pelbagai genre berbeza.

Berikut adalah playlist-playlist Spotify yang boleh membantu anda untuk bermula:

Soft Pop Hits


Confidence Boost


Acoustic Favorites




XANDRIA OOI
XANDRIA OOI


Bersama-sama dengan penceramah motivasi dan jurulatih kehidupan Xandria Ooi, kami berharap untuk memberikan anda pilihan lagu yang praktikal bagi menjayakan semua impian, berdasarkan ciri-ciri personaliti anda. Ambil kuiz ini dan ketahui cara untuk kekalkan motivasi bagi mencapai matlamat anda!


powered by Typeform

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SPOTIFY

2 comments:

Powered by Blogger.