SANTAPAN BUKA PUASA 2018 BERSAMA ZENDE RESTAURANT SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

April 27, 2018 REEF OMAR 0 Comments


Bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan. Sebut tentang Ramadhan, selain menjalani ibadah puasa dan bertarawih, saya pasti anda sentiasa menantikan keenakkan pelbagai jualan juadah berbuka puasa tidak kira sama ada dibeli di Bazaar Ramadhan, masak di rumah atau pun di hotel. Menyentuh tentang hotel, bulan Ramadhan merupakan bulan yang cukup istimewa kerana pada waktu inilah anda akan melihat promosi berbuka puasa yang ditawarkan oleh pihak hotel di sekitar anda.

Antara hotel yang cukup terkenal dengan keenakkan juadah iftar di ibukota adalah Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Mana mungkin boleh lupa akan kelazatan Sup Gear Box di sini. Cukup rempah ratus dan cukup rasa. Tahun ini, pihak Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur meneruskan tradisinya dengan mengadakan bufet berbuka puasa. Bertemakan SANTAPAN BUKA PUASA, Chef Haji Saad bersama seluruh warga kerja Zende Restaurant akan menyajikan kepada pengunjung seleksi juadah berbuka puasa yang pastinya enak membangkit selera. Kambing Golek menu wajib pun ada di sini.











Istimewanya tahun ini, anda berpeluang merasai menu istimewa Johor, Kacang Pool Telur Goyang dan menu wajib bila ke Pulau Pinang, Nasi Kandar. Tidak perlu pergi jauh semata-mata untuk menikmati kedua-dua menu ini kerana keaslian rasa tetap sama di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.



Terdapat variasi ulaman tradisi seperti Sambal Belacan, Cencalok, Budu, Tempoyak Cili, Sambal Nenas, Sambal Mangga, Sambal Gesek untuk anda cuba. Ia nya boleh dijamu bersama Kerabu, Kacang Botol, Pegaga, Ulam Raja, Daun Kadok, Paku Rawan dan banyak lagi.











Selain itu, pilihan lauk pauk disini juga cukup menarik. Anda wajib cuba Sambal Tumis Udang Petai, Masak Lemak Telur Itik, Asam Pedas Ikan Pari, Tumis Siput Buluh Sos Pedas, Nangka Masak Lemak. Tak cukup dengan itu anda boleh mencuba Briyani Gam, Kway Teow Goreng, Mee Rebus, Mee Kari dan banyak lagi. Kepada peminat makanan laut, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur turut menyediakan menu SHELL OUT!














Istimewanya lagi berbuka di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur adalah anda dapat menjamu selera dengan pilihan LOK LOK yang cukup terkenal di Pulau Pinang. Selain itu kepada penggemar buah durian, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur adalah pilihan tepat sepanjang Ramadhan kerana mereka turut menyediakan pencuci mulut CENDOL DURIAN selain seleksi Bubur Manis seperti Pengat Pisang, Bubur Kacang Merah dan Bubur Jagung.




















Pada harga cuma RM120 net bagi dewasa dan RM60 net bagi kanak-kanak, macam-macan juadah sempena Ramadhan anda boleh dapatkan di Zende Restaurant Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Berbaloi. Malah jika anda menempah awal, anda boleh mendapatkan harga istimewa bagi seorang dewasa RM90 net sahaja






Ayuh! Lekas membuat tempahan dengan menelefon 03-40494351/4352 atau email ke fbresv@seripacific.com atau layari www.seripacifichotel.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SERIPACIFICHOTELKL #BUFETRAMADHAN2018 #RAMADHANBUFFET2018

0 comments:

TEROKA MUSIM SAKURA DI JEPUN

April 26, 2018 REEF OMAR 0 Comments

JAPAN, AIRBNB,

Hi pengembara! Musim bunga telah tiba di Jepun. Tokyo serta Kyushu telah menyaksikan kemunculan bunga sakura yang pertama untuk musim ini. Sakura mekar lebih awal tahun ini terutamanya di wilayah Kanto, Koshin, Tokai dan Kinki, dan lebih 700,000 tetamu Airbnb berpusu-pusu ke Jepun sepanjang tempoh ini. 

Musim sakura bergerak ke arah ke Utara, dan bunga ceri yang putih bersih dengan sedikit sentuhan merah jambu ini akan memeriahkan musim bunga di serata negara dari hujung minggu ini sehingga minggu hadapan, sebelum tiba di Hokkaido pada awal bulan Mei.

Lokasi popular untuk melihat bunga ini termasuk di Tokyo, Osaka, Okinawa dan Fukuoka. Jika anda cukup bertuah untuk melawat Jepun semasa musim sakura ini, pastikan anda meraikan keindahan bunga-bunga kecil ini sambil menyertai pengalaman yang diterajui oleh peminat sakura tempatan.


TOKYO

JAPAN, AIRBNB,

JAPAN, AIRBNB,





Parti melihat bunga sakura tidak akan lengkap tanpa bento Hanami! Kotari akan memimpin anda dalam mencipta sushi dan kek cawan Sakura anda sendiri. Anda boleh bawa kotak bento anda sendiri, bungkuskan hidangan kegemaran anda, kemudian nikmati keindahan sakura di kawasan berhampiran.


KAMAKURA

JAPAN, AIRBNB,

JAPAN, AIRBNB, SAKURA

Ini satu lagi peluang menikmati keindahan bunga sakura, kali ini bersama pakar Ikebana, Anton. Di ruang mewah yang diatur oleh Riho Miyamoto, yang dipenuhi kuntuman sakura, anda boleh menikmati menu padanan yang lazat dan disediakan dengan teliti oleh cef. Kamakura juga tidak kurang hebatnya dengan pilihan tempat melihat bunga sakura, jadi jangan ketinggalan!


KYOTO

JAPAN, AIRBNB, SAKURA

JAPAN, AIRBNB, SAKURA





Memetik Teh di Perkampungan Teh Wazuka di Kyoto
Ini khas untuk penggemar-penggemar teh hijau di luar sana. Daiki, seorang peladang teh Uji di Uwajima, akan membawa anda ke rahsia yang kemas tersembunyi di Kyoto, Wazuka, untuk mencari daun teh yang terbaik. Perjalanan meredahi selekoh-selekoh tajam dan mendaki cenuram akan membawa anda ke ladang teh organik di atas gunung. Nikmati keindahan alam semula jadi di wilayah penuh mistik ini, merasa sencha dalam musimnya, dan berehat di kafe sambil menghirup matcha atau teh hijau kegemaran anda. Kalau bertuah, anda juga mungkin berpeluang melihat bunga sakura liar!

JAPAN, AIRBNB, SAKURA

JAPAN, AIRBNB, SAKURA

Kyoto terkenal dengan kekayaan susur galur sejarahnya. Apa yang anda perlukan untuk menyelami sepenuhnya kekayaan masa lampau dan budayanya ialah seorang pemandu pelancong yang cukup mesra dan berpengetahuan seperti Kentaro. Lawatan ini memberi tumpuan kepada budaya Geisha, tempat-tempat suci dan kuil. Kehadiran sakura yang memeriahkan suasana membangkitkan lagi keindahan dan aura klasik kepada lawatan anda.


FUKUOKA

JAPAN, AIRBNB, SAKURA

JAPAN, AIRBNB, SAKURA

Pendakian Panoramik dan Memasak Di Luar
Osamu mempunyai pengalaman mendaki lebih 40 tahun di serata dunia, termasuk Nepal dan Alaska. Bersama-sama dengan Nami, beliau membimbing anda merentasi Gunung Kizan, yang dahulunya merupakan tapak Istana Kii yang dibina pada tahun 665 sebelum Masihi oleh Maharaja Tenji untuk melindungi Dazaifu. Sepanjang pendakian ini, beliau juga akan menerangkan herba-herba liar dan kegunaannya dari sudut perubatan. Pemandangan yang memukau dari puncak serta mi udon yang lazat akan melengkapkan hari anda.

TERIMA KASIH KEPADA AIRBNB MALAYSIA.





#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AIRBNB #VISITJAPAN

0 comments:

Powered by Blogger.