KAFE TOKYO SECRET MID VALLEY HADIR DENGAN MENU BARU

September 28, 2018 REEF OMAR 0 Comments

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,

Sebut sahaja tentang tart keju, pastinya nama Tokyo Secret akan terngiang-ngiang diminda. Siapa yang tidak mengenali nama Tokyo Secret. Jenama yang cukup sinonim dengan tart keju Hanjuku dan minuman berasas keju ini. Keenakan dan kelembutan tart keju nya tidak perlu dipertikaikan. Ia dimasak sempurna dengan menggunakan keju dan ramuan yang dimport khas bagi menjaga kualiti rasa. Selain itu, Tokyo Secret juga menyajikan seleksi pilihan pastri yang cukup enak.

Tahukah anda Tokyo Secret telah melangkah setapak lagi dengan melancarkan kafe yang berkonsepkan fusion di pusat membeli belah Mid Valley Megamall sejak November 2017. Menariknya tentang kafe Tokyo Secret ini adalah anda bukan sahaja dapat menikmati tart keju Jepun terbaik di Malaysia, malah anda boleh menikmati variasi menu utama daripada masakan barat, Jepun dan masakan tempatan.

Kafe Tokyo Secret di Mid Valley ini yang bekeluasan 6 ribu kaki persegi ini menjanjikan suasana moden dan selesa kepada para pelanggan. Saya sendiri terkesima tatkala melangkah masuk ke ruang kafe ini kerana saya terasa seperti berada di alam fantasi. Dekorasi kafe, perabot dan tona warna putih menjadikan kafe ini cukup ideal dijadikan lokasi keraian. Saya di beritahu bahawa kafe Tokyo Secret mampu menampung 100 orang dalam satu masa.

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,





Terkini, pihak kafe Tokyo Secret telah memperkenalkan 11 seleksi hidangan terbaru bagi memberi ‘warna’ kepada menu demi memenuhi selera pelanggan tercinta. Menariknya, pihak kafe Tokyo Secret turut memperkenalkan menu yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia iaitu Nasi Lemak Rendang Ayam. Selain itu, terdapat beberapa pilihan masakan Asian seperti Aroma Turmeric Chicken Drumsticks, Chicken Curry Kapitan, Northern Style Thai Laksa dan Seafood Spaghetti Noodles.

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,
NASI LEMAK WITH RENDANG CHICKEN

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,
CHICKEN KAPITAN CURRY

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,
AROMA CHICKEN WHOLE LEG DRESSED WITH SALAD AND BBQ SAUCE

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,
NORTHERN STYLE THAI LAKSA

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,
DEEP FRIED CHICKEN TENDER SERVED WITH SWEET SPICY SAUCE

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,
BRAISED NORTHERN JAPANESE BLACK ANGUS BEEF CURRY





Penggemar menu barat tidak harus melepaskan peluang mencuba keempukan dan tekstur daging Black Angus menerusi menu Air-flown Australian Chilled Black Angus Tenderloin atau Rib-Eye. Sememangnya daging Black Angus cukup digemari di Jepun kerana kualiti marbling nya. Selain itu, kafe Tokyo Secret turut memperkenalkan menu berasakan daging kambing import, Air-Flown New Zealand Chilled Lamb Rack, Atlantic Black Cod Fish Fillet, Spaghetti Lobster dan Cheesy Baked Lobster.

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,
AIR FLOWN AUSTRALIAN CHILLED BLACK ANGUS TENDERLOIN

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,
AIR FLOWN AUSTRALIAN CHILLED RIB-EYE

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,
AIR FLOWN NEW ZEALAND CHILLED LAMB RACK ROASTED WITH CRUSTED HERB CRUMBS

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,
ATLANTIC COD FISH FILLET SEARED WITH LIGHT GARLIC CREAM HERBS SAUCE

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,
SPAGHETTI LOBSTER AGLIO OLIO

Pihak kafe Tokyo Secret turut menyajikan 2 pilihan set High Tea sesuai untuk 2 dan 4 orang bagi anda yang ingin menikmati hidangan ringan sambil lepak santai bersama yang tersayang. Set ini didatangkan bersama pot teh untuk dinikmati bersama. Tidak puas dengan sekadar set minum petang? Penuhi kemanisan hidup dengan mencuba kek terbaru Chocolate Checkered Cake sebagai pencuci mulut.

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,
HI-TEA SET

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,
YUMMY

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,
SUPER DELISH!

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,
TASTY!

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,
CHOCOLATE CHECKERED CAKE

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,
PILIHAN MINUMAN TERBARU

food, foodie, KAFE SEDAP DI KL, MAKANAN, MENU BARU, TOKYO SECRET,
HAND DRIP ICED COFFEE





Jika anda mencari-cari tempat makan menarik di ibu kota, kafe Tokyo Secret Mid Valley adalah pilihan terbaik anda. Variasi menu enak untuk dinikmati di kafe yang cukup selesa dan nyaman. Pihak Tokyo Secret bakal merasmikan sebuah kali kafe Tokyo Secret di SkyAvenue, Resort World Genting dalam bulan September ini dan kepada warga Johor, nantikan pembukaan kafe Tokyo Secret di City Square dan South Key Johor tidak lama lagi.


LOKASI KAFE TOKYO SECRET MID VALLEY 

LOT F001, ARAS 1, MID VALLEY MEGAMALL, 
75, LINGKARAN SYED PUTRA, MID VALLEY CITY, 
58000 KUALA LUMPUR 
(BERHAMPIRAN DENGAN LALUAN PENGHUBUNG MID VALLEY DAN THE GARDENS MALL) 

TELEFON: 03-22023342 

WAKTU OPERASI: 10 PAGI -10 MALAM


LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TOKYOSECRET #TOKYOSECRETMY

0 comments:

KOLABORASI ALL A-BOX DAN AIRISH COSMETIC TERHASIL AIRISH X ALL A-BOX - SESI NYAH KOTAK (UNBOXING)

September 26, 2018 REEF OMAR 0 Comments

AIRISH COSMETIC, ALL A-BOX, beauty, kecantikan, NYAH KOTAK, PRODUK KECANTIKAN, skincare, UNBOXING,

CALLING FOR ALL BEAUTY LOVER! Edisi kali ini saya cukup teruja untuk berkongsi dengan anda semua tentang isi kandungan kotak comel yang saya terima baru-baru ini. Apa yang menarik tentang kotak ini adalah ia mempunyai pelbagai rangkaian produk kecantikan didalamnya. Ingin tahu lebih terperinci? Teruskan membaca artikel ini hingga habis!

Apa yang menariknya mengenai sesi nyah kotak (unboxing) kali ini adalah ia merupakan kolaborasi khas dua jenama terkenal dalam industri kosmetik dan kecantikan iaitu ALL A-BOX DAN AIRISH COSMETIC.

Bagi anda yang mengikuti perkembangan ALL A-BOX, pasti sedia maklum bahawa ia merupakan sebuah platform yang menghimpunkan pelbagai jenama produk dari kesihatan, penjagaan wajah dan badan hingga ke rambut dari dalam dan luar negara dan dijual dalam satu kotak khas yang digelar ALL A-BOX. Mereka turut mempunyai rangkaian produk sendiri yang dipanggil SPARKLING SKINCARE. Ia terdiri daripada ICE WHITENING CLEANSER, ICE WHITENING TONER, SPIRULINA BIRD NEST SERUM yang menggunakan teknologi dari Korea dan Filipina. Berkiblatkan kaedah orang Korea menjaga rutin kecantikan, apa yang saya suka akan ALL A-BOX ini adalah mereka bukan sahaja menjual produk, malah turut berkongsi tips kecantikan kepada pelanggan seperti cara pemilihan dan penggunaan sesuatu produk. Antara jenama yang pernah dibawa oleh ALL A-BOX seperti INNISFREE, TONY MOLY, NATURE REPUBLIC dan sebagainya.

Airish Cosmetic tidak perlu sebarang pengenalan lagi. Jenama yang bermula di kota London sejak 2016 ini memberi dimensi baru kepada penggemar kosmetik dengan menerapkan gabungan fesyen dan kosmetik yang pada saya sesuatu yang segar dan unik. Pelbagai rangkaian produk tata rias khusus untuk kegunaan harian dikeluarkan dengan menggunakan teknologi dari Korea sepenuhnya. Sebagai info, selebriti Neelofa pernah menjadi duta jenama ini dan kini, penyanyi terkenal Shiha Zikir telah diberi mandat untuk menggalas tugas.

Jadi apabila dua nama ini berkolaborasi menerusi AIRISH X ALL A-BOX, saya cukup teruja. Keterujaan berganda apabila mereka mengeluarkan kotak edisi khas diinspirasikan daripada kisah dongeng yang dipanggil ONCE UPON A TIME.

AIRISH COSMETIC, ALL A-BOX, beauty, kecantikan, NYAH KOTAK, PRODUK KECANTIKAN, skincare, UNBOXING,

AIRISH COSMETIC, ALL A-BOX, beauty, kecantikan, NYAH KOTAK, PRODUK KECANTIKAN, skincare, UNBOXING,





ONCE UPON A TIME BOX MENGANDUNGI:

KOTAK AIRISH X ALL A-BOX (GREEN BOX)

  • AIRISH LASHES DE VAGARY MASCARA
  • AIRISH FANCY LADY BLUSHER (PILIHAN KOD ROSE ATAU PEACH)
  • AIRISH BEAUTEOUS COMPACT POWDER (PILIHAN KOD LIGHT ATAU MEDIUM BEIGE)
  • ICE WHITENING CLEANSER BY SPARKLING SKINCARE

FREE GIFT

  • TUALA MUKA
  • 2 SHEETS MASK
  • HYALURONIC ACID
  • BEAUTY CARD

AIRISH COSMETIC, ALL A-BOX, beauty, kecantikan, NYAH KOTAK, PRODUK KECANTIKAN, skincare, UNBOXING,

AIRISH COSMETIC, ALL A-BOX, beauty, kecantikan, NYAH KOTAK, PRODUK KECANTIKAN, skincare, UNBOXING,






BEAUTEOUS COMPACT POWDER (RM59)

AIRISH COSMETIC, ALL A-BOX, beauty, kecantikan, NYAH KOTAK, PRODUK KECANTIKAN, skincare, UNBOXING,

AIRISH COSMETIC, ALL A-BOX, beauty, kecantikan, NYAH KOTAK, PRODUK KECANTIKAN, skincare, UNBOXING,

Apa yang saya suka kan produk ini adalah ia memberi kesan flawless dan natural apabila disapu pada wajah. Walaupun ia mempunyai kandungan yang memberi sedikit shimmery effect, ia masih menjaga bahagian zon T wajah yang semua sedia maklum banyak menghasilkan minyak pada wajah. Ini disebabkan kandungan SPF30 dalam produk ini mampu mengawal dan melindungi wajah dari sinar UV. Terdapat dua pilihan kod iaitu LIGHT BEIGE dan MEDIUM BEIGE.


FANCY LADY BLUSHER (RM39)

AIRISH COSMETIC, ALL A-BOX, beauty, kecantikan, NYAH KOTAK, PRODUK KECANTIKAN, skincare, UNBOXING,

AIRISH COSMETIC, ALL A-BOX, beauty, kecantikan, NYAH KOTAK, PRODUK KECANTIKAN, skincare, UNBOXING,

Didatangkan dengan dua pilihan kod warna iaitu ROSE dan PEACH, pastinya pemerah pipi keluaran Airish ini mengikut trend warna terkini untuk solekan harian. Anda boleh oleskan di bahagian tulang pipi menggunakan berus atau sekadar guna jari. Hasilnya tetap mempesona!


LASHES DE VAGARY MASCARA (RM49)

AIRISH COSMETIC, ALL A-BOX, beauty, kecantikan, NYAH KOTAK, PRODUK KECANTIKAN, skincare, UNBOXING,

AIRISH COSMETIC, ALL A-BOX, beauty, kecantikan, NYAH KOTAK, PRODUK KECANTIKAN, skincare, UNBOXING,





Satu kelebihan maskara keluaran Airish ini adalah ia mempunyai tekstur yang cukup ringan dan memberi kesan bulu mata panjang secara serta merta serta mudah dicuci tanpa meninggalkan tompok hitam pada keliling mata.


ICE WHITENING CLEANSER BY SPARKLING SKINCARE

AIRISH COSMETIC, ALL A-BOX, beauty, kecantikan, NYAH KOTAK, PRODUK KECANTIKAN, skincare, UNBOXING,

AIRISH COSMETIC, ALL A-BOX, beauty, kecantikan, NYAH KOTAK, PRODUK KECANTIKAN, skincare, UNBOXING,





Antara produk keluaran ALL A-BOX yang menjadi bualan hangat! Pencuci wajah ini diperbuat daripada ekstrak betik sebenar dan bebas bahan kimia berbahaya. Selain itu ia turut mengandungi kesegaran daripada ekstrak daun pudina dan serbuk antibiotik khusus untuk merawat masalah jerawat pada kulit. Pencuci muka ini hanya mampu bertahan selama 6 bulan sahaja setelah penutup dibuka.

Selain itu, pihak Airish Cosmetic juga turut mempunyai rangkaian produk seperti GLOWY CUSHION FOUNDATION (RM89) yang berasaskan air. Kelebihan produk ini adalah ia mampu menyegarkan kulit wajah dah mempunyai kandungan SPF50. Terdapat dua pilihan kod warna iaitu Natural White dan Natural Beige.

AIRISH COSMETIC, ALL A-BOX, beauty, kecantikan, NYAH KOTAK, PRODUK KECANTIKAN, skincare, UNBOXING,

AIRISH COSMETIC, ALL A-BOX, beauty, kecantikan, NYAH KOTAK, PRODUK KECANTIKAN, skincare, UNBOXING,





Sebagai tambahan, pihak ALL A-BOX turut mengeluarkan produk yang dipanggil FRESH SPARKLES WIPE yang mengandungi leon sebagai bahan utama. Produk ini berfungsi sebagai moisturizer wipes dan boleh menjadi alternatif kepada penggunaan toner. Bila sapuan dilakukan ke atas kulit wajah, anda dapat rasai kesan extra ice, extra antibiotics, extra lemon khusus untuk memberi penjagaan ekstra kepada pengguna. Kelebihan Fresh Sparkles Wipe ini adalah ia mampu melindungi wajah daripada jerawat, mengawal rembesan minyak, mengecilkan pori dan mencerahkan wajah.Terdapat 45-50 keping wipes didalam bekas.

AIRISH COSMETIC, ALL A-BOX, beauty, kecantikan, NYAH KOTAK, PRODUK KECANTIKAN, skincare, UNBOXING,

AIRISH COSMETIC, ALL A-BOX, beauty, kecantikan, NYAH KOTAK, PRODUK KECANTIKAN, skincare, UNBOXING,

AIRISH COSMETIC, ALL A-BOX, beauty, kecantikan, NYAH KOTAK, PRODUK KECANTIKAN, skincare, UNBOXING,

Dapatkan segera kotak edisi terhad ONCE UPON A TIME sekarang! Telefon di talian 019-2222696 untuk pembelian.

LAMAN WEB RASMI


LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ALLABOX #AIRISH #AIRISHXALLABOX #SPARKLINGSKINCARE

0 comments:

RESTORAN CHINESE MUSLIM ABDULLAH HIDANG MASAKAN CINA KANTONIS HALAL

September 24, 2018 REEF OMAR 0 Comments

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,

Ipoh yang merupakan ibu negeri Perak Darul Ridzuan cukup terkenal dengan kepelbagaian daya tarikan buat pelancong dalam dan luar negeri. Malah pihak Lonely Planet juga pernah meletakkan Ipoh dalam senarai 10 tempat yang harus dilawati di Asia. Malah banyak tempat tarikan baru dibuka seperti MAPS Perak yang terletak di Meru khusus bagi merancakkan lagi industri pelancongan negeri.

Tidak sah kunjungan anda ke Ipoh jika tidak mencuba keenakkan makanan disini. Antara lokasi tempat makan yang wajib anda cuba di sini adalah Restoran Chinese Muslim Abdullah yang terletak di Medan Meru Bistari. Baru sahaja berpindah ke premis baru, saya sempat mencuba beberapa menu di restoran ini. Apa yang menarik disini adalah Restoran Chinese Muslim Abdullah ini menyajikan lebih 100 seleksi menu masakan Cina Kantonis yang HALAL.

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,






Sebagai info, Restoran Chinese Muslim Abdullah ini merupakan cetusan idea Encik Muhammad Aiman Loh, seorang mualaf berusia 26 tahun. Walaupun mempunyai latar belakang dalam bidang kejuruteraan, atas minat yang mendalam dalam bisnes makanan membuatkan beliau membuka restoran berstatus halal ini. Beliau akui ramai diluar sana terutamanya penganut agama Islam yang meminati masakan Kantonis namun tidak banyak restoran yang berstatus halal. Jadi sedikit sebanyak dengan kewujudan restoran Chinese Muslim Abdullah ini dapat membuka peluang kepada penggemar masakan Kantonis untuk menikmati hidangan tanpa was-was.

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,
ENCIK MUHAMMAD AIMAN LOH SELAKU PENGARAH URUSAN

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,
WAKTU OPERASI






Bangunan Restoran Chinese Muslim Abdullah ini mempunyai 3 tingkat namun buat masa ini hanya ruang bawah sahaja yang dibuka buat masa ini. Apabila pengubahsuaian siap sepenuhnya nanti, restoran ini mampu menampung sehingga 160 orang dalam satu masa dan mempunyai fasiliti seperti surau, dewan kecil dan bilik khas untuk pengurusan anak kecil.

Apa yang menarik dengan menu di restoran Chinese Muslim Abdullah ini adalah ia menggunakan resepi turun temurun keluarga Encik Aiman Loh sendiri. Malah sos dan kebanyakan bahan disini adalah hasil air tangan pihak restoran sendiri (homemade). Saya sempat mencuba beberapa menu disini dan secara keseluruhan saya cukup berpuas hati dengan kualiti rasa masakan. Senang kata sedap dan kena dengan selera rakyat Malaysia. Banyak pilihan menu dengan pelbagai cara masakan dan pastinya berbaloi untuk menikmati makanan di sini. Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan. Antara menu yang harus dicuba di sini adalah Labu Masak Lemak, Sotong RIbut, Udang Lipan, Sirip Krim Ketam dan banyak lagi.

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,
SEDAP DAN YANG PENTING HALAL!

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,
IKAN MASAK MASAM MANIS

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,
AYAM MASAK LEMON

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,
HOMEMADE BEAN CURD

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,
CRAB MEAT SHARK FIN

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,
SAYUR SAYURAN

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,
AYAM KUKUS GORENG

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,
SAUCED STEAMED FISH

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,
BUTTER PUMPKIN CREAM PRAWN

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,
LUPA NAMA MENU INI TAPI SEDAP!

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,
SAYUR KOBIS

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,
SOTONG RIBUT

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,
SEDAP AYAM INI!

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,
KARI IKAN ALA KANTONIS

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,
AYAM MASAK APA LUPA DAH!





Anda berada di area Ipoh atau punya peluang berkunjung ke kawasan Bandar Meru Jaya, jangan lepaskan peluang untuk mencuba keenakkan masakan Kantonis di restoran Chinese Muslim Abdullah ini. Malah lokasi restoran ini cukup dekat Bulatan Amanjaya, MAPS PERAK dan Hotel Casuarina Meu Anda boleh menelefon di talian 019-5169516/05-5252764 atau email restaurantcmabd@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

food, foodie, HALAL CHINESE FOOD IPOH, jalan-jalan cari makan, makan sedap, MAKANAN, MAKANAN CINA HALAL IPOH,
TERIMA KASIH ENCIK AIMAN LOH!

LOKASI RESTORAN CHINESE MUSLIM ABDULLAH 

NO.5 & 5A & 5C, JALAN MERU BESTARI, 
A14, BANDAR MERU RAYA, 
30020 IPOH, PERAK.


WAKTU OPERASI
430 PETANG – 12.30 MALAM 
(KHAMIS TUTUP)


LAMAN FACEBOOK RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #RESTORANCHINESEMUSLIMABDULLAH


0 comments:

Powered by Blogger.