HAPPY 1ST ANNIVERSARY ALL A BOX MALAYSIA!

October 08, 2018 REEF OMAR 0 Comments

PRODUK KECANTIKAN, ALL A-BOX, SPARKLING SKINCARE, AIRISH COSMETIC, AIRISH LONDON, ALL A BOX MALAYSIA,

Industri kecantikan di Malaysia semakin meriah dengan pelbagai jenama produk tempatan menghiasi pasaran. Malah disana sini, premis penjualan produk kecantikan klinik estetik tumbuh bagai cendawan. Ini menjadi indikator bahawa rakyat Malaysia sudah memahami bahawa penjagaan diri adalah satu keperluan dalam kehidupan.

Suka saya kongsikan kepada anda sebuah jenama yang cukup menarik iaitu All A Box. Sebagai info, All A-Box adalah sebuah platform yang menghimpunkan dan menjual beberapa produk penjagaan wajah dan kosmetik terpilih di dalam sebuah kotak khas. Antara jenama produk yang dibawa oleh All A Box adalah seperti Innesfree, Nature Republic, Tony Moly dan yang terkini Airish London Cosmetic. Malah pihak All A Box turut menjual rangkaian produk penjagaan wajah mereka sendiri iaitu Sparkling Skincare. Saya sempat hadir di sesi beramah mesra sempena sambutan ulangtahun All A Box yang pertama baru-baru ini.

PRODUK KECANTIKAN, ALL A-BOX, SPARKLING SKINCARE, AIRISH COSMETIC, AIRISH LONDON, ALL A BOX MALAYSIA,
THANKS FOR HAVING ME!

PRODUK KECANTIKAN, ALL A-BOX, SPARKLING SKINCARE, AIRISH COSMETIC, AIRISH LONDON, ALL A BOX MALAYSIA,
APA ADA DALAM KOTAK?

PRODUK KECANTIKAN, ALL A-BOX, SPARKLING SKINCARE, AIRISH COSMETIC, AIRISH LONDON, ALL A BOX MALAYSIA,
TAADAAA!

PRODUK KECANTIKAN, ALL A-BOX, SPARKLING SKINCARE, AIRISH COSMETIC, AIRISH LONDON, ALL A BOX MALAYSIA,
PRODUK KOSMETIK PERTAMA YANG BERKOLABORASI BERSAMA ALL A BOX





Majlis yang cukup santai namun ekslusif memberi saya banyak pendedahan dan pencerahan berkenaan jenama ini. Terima kasih kepada Bella Saiful atas jemputan. Hadir sama di majlis ini adalah pengasas All A-Box iaitu Puan Nadea Fauzi, Encik Eiz Haraton selaku pengasas produk Sparkling Skincare dan turut menjadi rakan kongsi kepada All A-Box serta Puan Ziera selaku rakan bisnes ini.

PRODUK KECANTIKAN, ALL A-BOX, SPARKLING SKINCARE, AIRISH COSMETIC, AIRISH LONDON, ALL A BOX MALAYSIA,
DARI KIRI: PUAN ZIERA, PUAN NADEA FAUZI, ENCIK EIZ HARANTON


Menurut Puan Nadea, idea untuk menghasilkan platform All A Box ini tercetus secara tidak sengaja. Kagum dengan usaha dan keberkesanan produk Sparkling Skincare yang diusahakan oleh Encik Eiz membuatkan beliau optimis untuk berkolaborasi. Apa yang membuatkan Puan Nadea begitu positif untuk menghasilkan All A Box setelah beliau melihat kepada sambutan di luar jangkaan jualan pertama kali secara langsung di media sosial mampu mencecah RM4 ribu dalam masa beberapa jam sahaja.

PRODUK KECANTIKAN, ALL A-BOX, SPARKLING SKINCARE, AIRISH COSMETIC, AIRISH LONDON, ALL A BOX MALAYSIA,

PRODUK KECANTIKAN, ALL A-BOX, SPARKLING SKINCARE, AIRISH COSMETIC, AIRISH LONDON, ALL A BOX MALAYSIA,






Encik Eiz Haranton yang sememangnya aktif dalam penjualan produk Sparkling Skincare sejak 8 tahun yang lalu melihat potensi besar industri kecantikan di pasaran tempatan. Maka beliau mencadangkan kepada Puan Nadea untuk berkerjasama dalam menghasilkan All A Box memandangkan Puan Nadea sendiri berpengalaman dalam bidang ini serta pernah mempunyai jenama produk kecantikan sebelum ini. Kedua-dua pencetus All A Box ini turut mengundang Puan Ziera untuk menguruskan pembelian produk yang dijual di platform ini secara pukal memandangkan Puan Ziera sendiri mempunyai pengalaman dalam bidang bisnes.

Dari awal penubuhan All A Box, mereka cukup teruja dengan sambutan sehingga mampu meraih pendapatan ribuan ringgit dalam masa satu hari sahaja. Kini genap setahun kelahiran All A Box, mereka tidak menoleh ke belakang lagi. Malah pihak All A Box mensasarkan untuk bukan hanya menjual produk kecantikan, malah turut menyediakan platform produk fesyen di masa hadapan. Apa yang menjadikan All A Box ini cukup istimewa adalah produk yang dijual harus diuji sendiri oleh pihak All A Box. Walaupun banyak jenama yang ingin berkolaborasi, pihak All A Box akan menapis dan menyaring berdasarkan keberkesanan produk tersebut ke atas mereka dahulu. Jika dilihat, mereka banyak menjual produk buatan Asia memandangkan ia sesuai dengan iklim dan cuaca di negara kita.

PRODUK KECANTIKAN, ALL A-BOX, SPARKLING SKINCARE, AIRISH COSMETIC, AIRISH LONDON, ALL A BOX MALAYSIA,

PRODUK KECANTIKAN, ALL A-BOX, SPARKLING SKINCARE, AIRISH COSMETIC, AIRISH LONDON, ALL A BOX MALAYSIA,





Satu lagi keistimewaan produk All A Box adalah mereka sentiasa menghasilkan kotak pembungkusan yang berbeza setiap bulan. Jadi tidaklah pelanggan merasa bosan dengan kotak yang sama setiap kali membuat pembelian. Teknik pemasaran dan penjualan All A Box juga berbeza. Mereka hanya melakukan pengeposan untuk setiap pesanan seminggu sekali sahaja.

Kepada pihak All A Box, Happy 1st Birthday to you! Semoga anda terus sukses dalam melebarkan sayap di peringkat yang lebih tinggi. Walaupun dalam dunia bisnes ini banyak dugaan dan pancaroba, saya sentiasa optimis dan positif bahawa All A Box dan Sparkling Skincare mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pesaing diluar sana. Congratulation and all the best Fairy Angels!


LAMAN WEB RASMI

LAMAN FACEBOOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ALLABOX #SPARKLINGSKINCARE

0 comments:

Powered by Blogger.