PERCUTIAN HUJUNG MINGGU DI RESORTS WOLRD KIJAL TERENGGANU

October 05, 2018 REEF OMAR 0 Comments


WEEKEND! Saya percaya hujung minggu adalah waktu paling dinantikan ramai. Waktu inilah kita cuba mengisi kualiti masa bersama keluarga dan teman-teman. Selain bersantai dirumah, ada yang memilih untuk bercuti hujung minggu di kawasan berhampiran. Saya sendiri seringkali memilih untuk menginap di hotel sekitar Kuala Lumpur ataupun di negeri berhampiran sekadar untuk menenangkan diri seketika daripada kesibukan kota.

Untuk edisi hotel hunting kali ini, saya bersama teman berpeluang untuk bercuti hujung minggu disebuah lokasi menarik di Terengganu. Terengganu sememangnya antara negeri popular untuk dikunjungi kerana kedudukannya yang terletak di persisir pantai. Malah pulau-pulau yang terletak dalam willayah negeri ini adalah antara tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Jika sebut tentang Terenggannu, perkara yang terlintas dalam benak fikiran saya adalah keropok lekor, penyu dan batik. Namun hakikatnya Terengganu menjanjikan banyak lagi tarikan untuk diteroka pengunjung.

Percutian hujung minggu kali ini, saya menginap di sebuah hotel terkemuka di daerah Kemaman iaitu Resorts World Kijal. Menariknya tentang Resorts World Kijal ini adalah lokasinya yang berada betul-betul di tepi pantai. Kenapa memilih percutiann hujung minggu disini? Jarak diantara Kuala Lumpur dan Kemaman tidaklah terlalu jauh. Ia hanya mengambil masa sekitar 3-4 jam jika keadaan trafik normal.







Setibanya saya di perkarangan lobi, saya dan teman-teman disambut meriah dengan persembahan tarian kebudayaan oleh kumpulan penari cilik. Comel! Terkesima seketika melihat ruang lobi yang cukup luas dan tampak gah dengan senibina Melayu berasaskan kayu. Walaupun usia hotel ini telah menjangkau hampir 20 tahun, namun struktur bangunan dan kekemasan tetap terpelihara. Klasik namun tampak mewah dan ekslusif.
















Usai daftar masuk, saya dan teman-teman terus menikmati hidangan tengahari di restoran Kampong Meraga Beris yang berada di perkarangan lobi. Antara juadah yang tersedia adalah Laksa dan Nasi Dagang yang merupakan makanan popular di negeri Terengganu.











Selesai menjamu selera, saya terus menuju ke bilik untuk istirehat seketika sebelum menjalani aktiviti. Sejurus pintu kamar Premier Room dibuka, saya cukup teruja kerana kedudukan bilik ini yang menghadap pantai dan kolam renang.










Sebagai info, kolam renang Resorts World Kijal adalah kolam renang terbesar di negeri Terengganu. Bilik Premier Room Sea View ini turut mempunyai tab mandi. Resorts World Kijal turut mempunyai 3 lagi pilihan bilik iaitu Deluxe Room, Premier Suite dan Deluxe Suite. Menariknya Resorts World Kijal ini adalah kamar suite mereka berada di aras paling bawah serta mempunyai laman sendiri. Malah anda boleh menempah Premier Suite dan Deluxe Suite sekali untuk dijadikan Duplex.























Resorts World Kijal bukan hanya sekadar hotel penginapan. Mereka cuba memberikan pengunjung satu momen indah tatkala menginap disini. Anda boleh lakukan pelbagai aktiviti seperti bermain golf mahupun mengadakan sukaneka disini. Bukan itu sahaja! Anda boleh bermain polo air, memanah, bermain tenis, memanjakan diri dengan urutan di spa disini. Dapat bermain dan menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga di tepi pantai milik hotel ini sambil mendengar desiran ombak, momen cukup indah!




















Malamnya pula, kami telah menjamu selera di sebuah bistro yang berada betul-betul ditepi pantai hotel ini. Namanya Oasis Beach Bistro memberi satu pengalaman romantik sambil menikmati hidangan makan malam. Sambil angina menyapa wajah, anda akan dihidangkan dengan alunan gemersik suara penghibir di sudut khas pentas. Anda yang berbulan madu disini amat disarankan mencuba! Pasti menggamit memori.




















Antara aktiviti malam yang boleh anda lakukan dikawasan sekitar adalah melihat penyu mendarat. Semua sedia maklum bahawa Terengganu terkenal dengan haiwan yang satu ini. Lokasi yang menjadi tumpuan adalah disekitar Pantai Teluk Mak Nik datau di Sanktuari Penyu Ma Daerah Kerteh. Saya diberitahu bahawa spesies penyu di Terengganu adalag jenis Penyu Hijau (Chelonia Mydas) dan musim yang terbaik untuk melihat penyu mendarat dan bertelur adalah diantara bulan April - September. Impian kami untuk melihat dengan mata sendiri tidak kesampaian pada malam itu kerana tiada penyu yang mendarat di Pantai Teluk Mak Nik pada waktu itu.

Esoknya, bagi mengubat kekecewaan tidak dapat melihat penyu, pihak Resorts World Kijal memberi peluang kepada saya dan teman-teman untuk melihat selihat sendiri anak penyu serta telurnya. Saya diberitahu bahawa pihak Resorts World Kijal cukup prihatin dengan isu kepupusan penyu. Dek kerna itu, mereka menjalankan aktiviti pembiakan menerusi program pemuliharaan penyu supaya ia boleh dilepaskan ke laut bila tiba masa. Banyak yang kami pelajari disini. Dari cara penyu bertelur hinggalah cara penyu dilepaskan ke laut. Semuanya satu ilmu yang cukup berharga. Usaha murni pihak Resorts World Kijal tidak berhenti disitu. Mereka turut menjalan aktiviti penanaman pokok kepala di persisir pantai. Tujuannya adalah bagi mengelakkan pantai tidak mudah terhakis di masa hadapan. Tahniah atas usaha murni ini.






























Kami turut dibawa keliling sebuah kampung bernama Kampung Pantai Penunjuk sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Satu perkara yang saya jatuh cinta dengan Terengganu adalah keindahan panorama dan lanskap disini. Kampung-kampung yang tenang dan damai dan berada ditepi pantai menjadikan jiwa cukup tenang.

Satu malam tidak cukup untuk memberitahu kalian akan keseronokan menginap di Resorts World Kijal ini. Percayalah! Penginapan disini menjanjikan keseronokan dan ketenangan yang tidak boleh dibeli dimana-mana. Jika anda punya waktu dan kesempatan, bawa isteri, keluarga dan teman- teman menginap di Resorts World Kijal. Anda akan terpesona setiap saat dengan kunjungan anda. Layari sahaja laman sesawang rasmi Resorts World Kijal untuk tempahan bilik dan informasi lanjut. Moh gi Ganu!


LOKASI RESORTS WORLD KIJAL
KM28, 24210, JALAN KEMAMAN-DUNGUN, 
KAMPUNG MERAGA BERIS, 
24100 KIJAL TERENGGANU

-

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #RWKIJAL #RWGENTING #MOHGIGANU

0 comments:

Powered by Blogger.