JOMMALL BANTU PENIAGA KECIL KEMBANG BISNES, PUSAT PERNIAGAAN KOMUNITI DENGAN EKOSISTEM ONLINE-OFFLINE PERTAMA DI MALAYSIA!

JOMMALL BANTU PENIAGA KECIL KEMBANG BISNES, PUSAT PERNIAGAAN KOMUNITI DENGAN EKOSISTEM ONLINE-OFFLINE PERTAMA DI MALAYSIA!

JomMall Bantu Peniaga Kecil Kembang Bisnes, Pusat Perniagaan Komuniti Dengan Ekosistem Online-Offline Pertama Di Malaysia | Dunia kini sedang kacau bilau dek kerana pandemik. Walaupun sudah lebih 2 tahun ia menyerang namun belum nampak bayangan bila ia akan surut. Kesan 2 tahun ini? Ramai hilang kerja, ekonomi terjejas teruk, banyak bisnes gulung tikar, peningkatan kadar kematian, kes bunuh diri, kemurungan dan banyak lagi. Tidak dinafikan juga beberapa sektor yang memberi keuntungan luar biasa impak pandemik ini. Namun secara total, majoriti terkesan teruk akibatnya.

Bagi mereka yang berniaga, pastinya ia satu tamparan hebat kerana inilah sumber pendapatan utama untuk kelangsungan hidup. Bila bisnes terjejas, sudah pasti banyak kerugian yang terpaksa ditanggung peniaga. Jika anda masih sayangkan bisnes anda walaupun diwaktu sukar ini, jangan khuatir kerana anda masih punya potensi untuk maju menerusi JomMall.


KENALI JOMMALL

Sudah pasti berlegar tanda soalan di minda mengenai JomMall. Untuk pengetahuan semua, JomMall merupakan sebuah modul perniagaan dengan konsep ekosistem paling inovatif didunia khusus buat pemilik perniagaan kecil. JomMall merubah pusat membeli-belah yang berkonsepkan tradisional kepada komuniti ekosistem online-offline, pertama seumpamanya di Malaysia.

Menerusi ekosistem JomMall ini, ia menawarkan perniagaan yang eksklusif buat peniagaan kecil dengan yuran langganan yang minimum dan pengurangan kos sehingga 90% berbanding berniaga secara tradisional.

Menariknya lagi, menerusi ekosistem perniagaan di JomMall ini, ia memastikan setiap perniagaan yang mampan dalam komunitinya, disamping perniagaan yang berkembang ke 152 buah negara di dunia menerusi pemasaran atas talian.

JomMall menyokong hampir 1000 peniaga dalam pusat membeli-belah dengan menawarkan konsep pusat sehenti kepada keperluan harian anda dari pendidikan, perniagaan, perkhidmatan, pembaikan, barangan runcit dan makanan. Senang kata, semua ada di JomMall. Dari fesyen, perabot, gajet, kelengkapan rumah, sukan, JomMall turut menyediakan perkhidmatan seperti sewaan ruang acara, ruang kerja (co-working space), tuisyen, hiburan, pemasaran, kesihatan, hartanah, servis pembaikan dan renovasi rumah dan banyak lagi.


KENAPA MEMILIH JOMMALL?

Bagi peniaga yang sukar mengembangkan bisnes dan masih di takuk lama, atau mereka yang mahu memulakan bisnes tapi kekangan dari segi modal dan ilmu, JomMall yang mempunyai lebih 5000 penjual dalam stor marketplace ini adalah platform terbaik buat anda. Ini kerana pihak JomMall menawarkan bimbingan pemasaran kepada ahli berdaftar, selain menyediakan platform pengiklanan produk dan servis secara PERCUMA menerusi hebahan di media sosial dan juga aktiviti jualan secara live-streaming. Antara faktor JomMall platform terbaik buat peniaga memasarkan produk dan servis adalah kerana:
 

PENGURANGAN KOS SEHINGGA 90%

Bagi peniaga baru, modal permulaan adalah sangat penting sebelum memulakan bisnes. Pastinya modal yang perlu ada tinggi tetapi dengan JomMall, anda boleh berjimat sekitar 80%-90% untuk kos operasi berbanding kaedah perniagaan secara tradisional. Penjimatan kos ini merangkumi kos sewa premis, penggajian pekerja dan sebagainya. Dengan JomMall, dengan yuran langganan yang murah dan tidak membebankan, anda boleh menjalankan bisnes tanpa stress!

STRATEGI PEMASARAN TERANCANG

Dengan era digital masa kini, anda boleh memasarkan perniagaan anda di setiap pelusuk dunia tanpa sempadan. Ekosistem JomMall tidak hanya tertumpu kepada perniagaan dengan premis tetapi membawa produk anda kepada dunia menerusi penjualan atas talian. Malah teknik pemasaran juga juga lebih mudah dan murah dengan penggunaan platform media sosial sebagai medium pemasaran dan pengiklanan.

LEBIH FLEKSIBEL

Tanggapan dulu, berniaga mesti punya ruang premis yang besar dan stok barangang yang banyak. Namun dengan JomMall, kini anda boleh memulakan bisnes dengan stok yang sedikit dan ruang berniaga yang kecil. Malah anda boleh jadikan JomMall sebagai pejabat maya anda! Disini anda bukan sahaja jimat ruang, anda juga boleh jimat kos operasi!

PERNIAGAAN LEBIH ADIL

Anda risau mengenai harga jualan? Di JomMall, setiap perniaga adalah eksklusif untuk setiap produk dan servis yang diberikan. Maka tiada isu perang harga lagi!

JAMINAN PERNIAGAAN MENGUNTUNGKAN

Semua perniagaan di JomMall dikuasakan oleh sistem asas dan aplikasi JomMall denngan menyediakan akaun pedagang, mengurus produk & memantau jualan, transaksi & keuntungan dengan hanya klik pada penyelesaian ERPS.


JOMMALL BANTU PENIAGA KECIL KEMBANG BISNES, PUSAT PERNIAGAAN KOMUNITI DENGAN EKOSISTEM ONLINE-OFFLINE PERTAMA DI MALAYSIA!


Selain perniagaan secara atas talian, JomMall sedang memfokuskan dua pusat membeli-belah di Lembah Klang iaitu 1 Shamelin Mall dan M-Square Mall Puchong.

Sudah bersemangat kembali untuk berniaga? Layari www.community.jommall.my atau hubungi 019-2289377 untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh emel ke info@jommall.my untuk sebarang pertanyaan.

IKUTI JOMMALL DI LAMAN WEB | FACEBOOK | INSTAGRAM


JOMMALL BANTU PENIAGA KECIL KEMBANG BISNES, PUSAT PERNIAGAAN KOMUNITI DENGAN EKOSISTEM ONLINE-OFFLINE PERTAMA DI MALAYSIA!



#BERITA #BISNES #JOMMALL

0 Comments