TOURISM MALAYSIA ANJUR SESI MEET AND GREET BERSAMA PELUMBA SUKAN MOTOR SEMPENA SHELL MALAYSIA MOTORCYCLE GRAND PRIX 2019






Pada 30 Oktober 2019 yang lalu, pihak Tourism Malaysia telah menganjurkan satu sesi meet & greet bersama pelumba yang menyertai Shell Malaysia Motocycle Grand Prix (MotoGP) 2019. Sesi ramah mesra bersama bintang sukan permotoran ini telah berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Jalan Ampang dalam suasana meriah. Penganjuran sesi ini adalah bersempena dengan kejohanan Shell Malaysia MotoGP 2019 yang telah diadakan pada 1 hingga 3 November 2019 di Litar Antarabangsa Sepang.

Antara barisan kumpulan yang telah menyertai sesi bertemu peminat ini adalah PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team yang terdiri daripada Franco Morbidelli, Adam Noorodin, Khairul Idham Pawi, John McPhee dan Ayumi Sasaki. Selain itu, sesi ini turut disertai oleh kumpulan Red Bull KTM Ajo Rider (Brad Binder, Jorge Martin, Can Oncu) dan juga Onexox TKKRSAG team (Remy Gardener, Tetsuka Nagashima).









Sesi ramah mesra ini telah dibahagiakan kepada dua sesi dimana sesi pertama adalah bersama PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team dan Redbull KTM Ajo Rider dan pada sebelah petang pula telah diadakan sesi bersama Onexox TKKR SAG team. Acara yang berlangsung selama satu hari ini menerima sambutan diluar jangkaan dengan kehadiran ramai peminat yang sanggup beratur panjang untuk bertemu dengan idola mereka.








Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan muzik, pembukaan beberapa reruai seperti pameran motor berkuasa tinggi, permainan interaktif dan jualan produk. Antara adalah reruai daripada Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Onexox TKKR SAG Team, Royal Enfield, Satin Aipha Biker Club, WSF Motor Touring Malaysia, Mata Eyewear, DSL Setia, The Rift, Hype Hotel Port Dickson, Sbkcew.com, HJC Helmets, Ole-Ole dan Redbull.









Jelas Datuk Musa Yusof selaku Ketua Pengarah Tourism Malaysia, selain objektif penganjuran sesi ini untuk mempromosikan acara sukan permotoron di Malaysia kepada umum, ia juga menjadi sebahagian daripada usaha Tourism Malaysia bagi menggalakkan acara sebegini. Kata beliau lagi, acara seperti MotoGP mempunyai potensi cukup besar dalam menarik pelancong dari serata dunia.

Pihak Tourism Malaysia bekerjasama dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam merangka pelbagai acara sukan sebegini untuk dimasukkan dalam kalendar pelancongan negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Ini secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada sektor pelancongan dan ekonomi Malaysia. Sebagai rekod, diantara tahun 1999 – 2018, kehadiran penonton MotoGP telah mencatat lebih 1.81 juta orang. Tambahan kepada info, Tourism Malaysia telah bekerjasama dengan ejen pelancongan antarabangsa untuk mempromosikan pakej acara MotoGO 2019 tahun ini dimana lebih 5 ribu pakej bernialu RM4.72 juta telah terjual. 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MOTOGP #VISITMALAYSIA2020


0 Comments