MAJLIS KAHWIN ADIK LELAKI DATO SERI ALIFF SYUKRI TERLAJAR LARIS BERLANGSUNG MERIAH, BELANJA SETENGAH JUTA!






Sebut nama Dato’ Seri Aliff Syukri atau Aliff Syukri Terlaras Laris, seantero Malaysia pasti kenal akan figura ini. Anak kepada jutawan dan juga ahli perniagaan terkenal, Bonda Rozita ini sentiasa panas dengan kontroversi yang dicetuskan dalam media sosial. Namun demikian, ramai mengkagumi kehebatan beliau dalam dunia perniagaan dimana beliau cukup aktif mengembangkan bisnes D’Herbs dan juga AS Legacy miliknya. Semua sedia maklum bahawa ibu beliau, Bonda Rozita (Jamu Ratu Malaya) dan kakak, Noor Hayati (Sendayu Tinggi) juga aktif dalam bisnes. Walaupun berlainan jenama produk, mereka tetap hidup harmoni sebagai satu keluarga.






Saya berkesempatan menghadiri majlis resepsi adik lelaki (satu ibu lain bapa) Dato’ Seri Aliff Syukri yang juga merupakan anak lelaki bongsu Bonda Rozita baru-baru ini. Majlis raikan cinta Aiman Hazeem bersama pasangan, Siti Nurhafizah telah berlangsung di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur dalam suasana yang cukup meriah. Majlis yang dihadiri hampir 1000 orang turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin Bin Shari dan isteri.




 
 








Majlis perkahwinan yang bertemakan klasik Melayu ini cukup gah dengan pelamin berwarna emas. Para tetamu juga turut disajikan dengan tontonon filem pendek pra perkahwinan kedua-dua mempelai ini yang diinspirasi daripada zaman kesultanan Melayu lama. Tidak cukup disitu! Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada legenda pop Malaysia, Dato’ Jamal Abdillah dan juga sesi cabutan bertuah. Bukan calang-calang hadiahnya ya! Pihak keluarga Bonda Rozita menyediakan beberapa hadiah beg tangan jenawa mewah kepada tetamu bertuah pada malam tersebut. 








Sempat juga ditanya kos keseluruhan majlis perkahwinan ini kerana dikhabarkan menelan belanja setengah juta. Menurut Bonda Rozita, pada awal perancangan, beliau sekadar mahu mengadakan majlis resepsi di rumah sahaja dengan kos sederhana. Namun bila memikirkan bahawa Aiman Hazeem adalah satu-satunya anak lelaki bongsu beliau serta dipujuk oleh Dato’ Seri Aliff Syukri untuk mengadakan majlis secara besar-besaran, beliau akhirnya akur. Lagipun ujar Bonda Rozita lagi, umurnya sudah meningkat, jadi tidak salah untuk beliau menghadiahkan majlis perkahwinan sebegini buat anak dan menantunya. 

MENTERI BESAR SELANGOR DAN ISTERI BERSAMA PASANGAN MEMPELAI

DATO' SERI ALIFF SYUKRI DAN ISTERI

PUAN NOOR HAYATI (SENDATU TINGGI) BERSAMA SUAMI

IBU DAN BAPA SITI NURHAFIZAH

BONDA ROZITA





Bila ditanya, apa yang mahal sangat sehingga kos majlis mencecah jutaan ringgit? Katanya kos ini termasuk hadiah perkahwinan yang diberikan kepada pasangan pengantin berupa sebuah kereta mewah dan juga percutian bulan madu ke luar negara.



Apa-apa pun, tahniah Bonda Rozita, Dato’ Seri Aliff Syukri dan Noor Hayati kerana menerima ‘ahli keluarga’ baru. Kepada Aiman Hazeem dan Siti Nurhafizah, selamat pengantin baru dan semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke Jannah!



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #RAIKANCINTA #PERKAHWINAN


0 Comments