BUNKFACE DAN ONE BUCK SHORT GEGAR PENTAS YOODO X THE BEE PRESENTS PUNKROCK PICNIC




Siapa yang tidak mengenali trio Bunkface dan One Buck Short. Mewarnai industri muzik sejak awal tahun 2000 dan mencipta fenomena sejak itu. Kini, dua nama besar dalam industri muzik punk rock Malaysia bakal disatukan di atas pentas sama sempena dengan Yoodo x The Bee Presents Punkrock Picnic. 

Konsert mini yang dianjurkan bersama oleh Yoodo, pengendali mobil digital boleh-ubah pertama di Malaysia dan The Bee Publika KL bakal bakal digegarkan dengan seleksi lagu-lagu hits daripada kumpulan Bunkface dan One Buck Short.

Jelas Mr. Chow Tuck Mun selaku Ketua Yoodo, pihaknya cukup teruja untuk membawakan Bunkface dan One Buck Short dalam siri konsert kali ini. Malah pihaknya cukup berbangga dapat meneruskan komitmen Yoodo dalam menyokong penuh bakat tempatan dengan menyemarakkan kembali muzik punk rock. Pemilihan Bunckface dan One Buck Short adalah tepat dan seiring dengan matlamat Yoodo untuk mengangkat muzik tempatan ke aras tertinggi.

CHOW TUCK MUN, KETUA YOODO



Bagi Bunkface dan One Buck Short, ini pastinya satu peluang yang cukup bermakna bagi mereka. Malah, mereka cukup teharu kerana dipilih untuk menyemarakkan konsert mini Yoodo x The Bee Presents Punkrock Picnic ini. Kedua-dua menjanjikan persembahan terbaik buat penonton yang bakal hadir pada malam tersebut. Dikhabarkan juga, anda yang hadir bakal dihiburkan dengan lagu terbaru daripada mereka!

DARI KIRI: SAM BUNKFACE, RAHUL KUKREJA (PENGARAH THE BEE), CHOW TUCK MUN DAN MUNDZIR ONE BUCK SHORT.




Sebagai info, Yoodo x The Bee Presents Punkrock Picnic merupakan kesinambungan kepada siri Yoodo Presents yang diperkenalkan oleh Yoodo. Kejayaan penganjuran konsert mini Yoodo Communtiy sebelum ini bukan sahaja dapat menggabungkan 6 kumpulan muzik indie tempatan pada satu pentas, tetapi memberi pengalaman berbeza kepada pengguna Yoodo. Malah, konsert ini yang turut dipancarkan secara langsung di media sosial mendapat jutaan tontonan. 






Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan kumpulan Bunkface dan One Buck Short sempena Yoodo x The Bee Presents Punkrock Picnic yang bakal berlangsung di The Bee Publika KL pada 29 November 2019 bermula jam 7 malam. Tiket boleh dibeli pada harga RM38 (early bird), RM 58 (advanced sales) dan RM78 (walk-in). Layari laman sesawang www.galactix.asia/punkrock-picnic sekarang untuk pembelian! Buat pengguna talian Yoodo, ada berita baik buat anda! Diskaun 10% ditawarkan kepada 100 pembeli tiket terawal dan bakal menerima t-shirt Yoodo edisi terhad!

Mahu tahu lebih lanjut tentang Yoodo dan The Bee? Layari www.yoodo.com.my dan www.thebee.com.my !



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #YOODOPRESENTS #THEBEEPRESENTS #PUNKROCKPICNIC

0 Comments