HELLO PANTAI TIMUR – TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN MENAIKI KERETAPI

HELLO PANTAI TIMUR – TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN MENAIKI KERETAPI

Hello Pantai Timur – Trip Ke Kota Bharu Kelantan Menaiki Keretapi |
Sejak pandemik melanda memang banyak perancangan dan aktiviti terbantut. Antaranya travel. Kebiasaan saban tahun ada sahaja destinasi pilihan baik dalam dan luar negeri sudah berada dalam kalendar tahunan. Memang mati kutu dibuatnya. Ketidaktentuan angka kes setiap hari seringkali mengganggu fikiran. Sudah berapa kali kerajaan umum sekatan rentas negeri dan daerah sehingga saya tak dapat nak recall kecuali tarikh 11 Oktober 2021, dimana akhirnya kerajaan menaik balik sekatan rentas negeri. Berita paling dinantikan jutaan rakyat termasuk saya!

Tangan mula gatal membuka beberapa aplikasi berkaitan kembara. Sambil membelek, tiba-tiba teringat sebuah artikel mengenai trip ke Kota Bharu menaiki keretapi. Yes, saya sudah lama teringin menaiki keretapi lokomotif ke Pantai Timur. Pengalaman mengembara ke Bangkok menaiki keretapi selama 22 jam sekitar 10 tahun yang lalu cukup mengujakan! Jadi why not saya cuba rasai pengalaman sebegini dalam negara. Apa lagi, terus war-warkan pada rakan-rakan yang berminat dan akhirnya hanya 3 orang rakan yang sudi untuk sertai trip ini. Tepat jam 3 petang 12 Oktober 2021, saya terus membuka laman sesawang KTMB kerana waktu ini jadual perjalanan dan jualan tiket kembali dibuka. Memandangkan tiada perjalanan terus ke Kelantan, saya harus memilih waktu yang sesuai bermula dari KL Sentral ke Gemas dan kemudiannya dari Gemas ke Wakaf Bharu. Untuk perjalanan dari Gemas ke Wakaf Bharu, saya cadangkan anda mengambil katil bahagian bawah kerana ianya sedikit luas berbanding katil atas serta anda boleh melihat panorama dengan lebih jelas. Setelah mengkaji tarikh dan masa, akhirnya semua sepakat untuk memilih tarikh dan masa perjalanan seperti dibawah:

24 NOVEMBER 2021
KL SENTRAL - GEMAS: 21.40PM - 23.59PM

25 NOVEMBER 2021
GEMAS - WAKAF BHARU: 00.20AM - 12.14PM

27 NOVEMBER 2021
WAKAF BHARU - GEMAS: 19.08PM - 7.08AM (NEXT DAY)

28 NOVEMBER 2021
GEMAS - KL SENTRAL: 8.10 AM - 10.28AM

Masa ditunggu telah tiba! Malam 24 November 2021, kami berkumpul di KL Sentral. Sementara tiba waktu berlepas, kami sempat mengalas perut dahulu. Tepat jam 9.40 malam, gerabak keretapi ETS ke Gemas tiba. Impressive untuk ketepatan masa KTMB! Sepanjang perjalanan ke Gemas, keretapi ETS ini akan berhenti di beberap stesen untuk mengambil penumpang. Tepat jam 11.59 malam, kami tiba di stesen KTMB Gemas. Sekali lagi impress dengan ketepatan masa KTMB. Kan bagus kalau jadual waktu komuter boleh mengikut jejak ETS ini. Kami perlu menukar gerabak yang hanya terletak di platform sebelah sahaja. 5 minit sebelum keretapi ke Wakaf Bharu bergerak, kami dibenarkan menaiki gerabak. Selesai susun atur bagasi, tepat jam 12.20 tengah malam, keretapi mula bergerak. TEPAT MASA SEKALI LAGI! Memandangkan perjalanan mengambil masa 12 jam dan waktu tengah malam, jadi aktiviti yang sesuai adalah tidur. Adalah beberapa kali saya tersedar keretapi berhenti antaranya di stesen Kuala Lipis. Paginya sekitar jam 7 pagi, kami tiba di stesen KTMB Gua Musang dan kali ini keretapi berhenti agak lama (sekitar 1 jam). Jadi kami turun dari gerabak untuk membeli sarapan pagi yang dijual ditepi lobi stesen. Sebelum keretapi bergerak, pastikan anda bergambar berlatar belakangkan bukit dan kabus ya kerana the view was awesome! Sepanjang perjalanan menuju ke Wakaf Bharu, mata sentiasa dijamu dengan permandangan alam yang memukau.

Setibanya di Stesen KTMB Wakaf Bharu, kami disambut mesra oleh pemandu pelancong bernama abang Suzilan atau mesra dipanggil Abe Lan. Sebenarnya beliau adalah rakan baik kepada kenalan teman saya. Jadi tak perlulah kami pening kepada nak sewa kereta dan memandu sendiri. Lagipun Abe Lan memang cekap dan pakar tentang Kota Bharu.

Aktiviti pertama sudah semestinya makan tengahari. Lokasi pilihan adalah Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan. Lauk pauk sedap dan murah belaka. Perut kenyang, langsung menuju ke hotel penginapan iaitu Ibis Styles Kota Bharu. Selesai urusan daftar masuk, kami berehat dan bersih kan diri sebelum abe Lan datang semula untuk bawa kami. Petangnya hujan renyai-renyai tapi ia bukan halangan untuk kami teroka bumi Kota Bharu ini. Abe Lan bawa kami makan Tongmo, sejenis menu persis hotdog dan Roti Gedik Sup Rahim Kg Kijang. Lepas makan, terus kami di bawa ke Pantai Mek Mas. Walaupun hujan, aktiviti bergambar tetapi wajib! Malamnya, kami makan di restoran sTREATs yang terletak di Ibis Styles Kota Bharu. Ini memang lokasi tempat makan wajib kalau anda berada di Kota Bharu.

Selebihnya, saya hidangkan anda dengan foto-foto menarik sepanjang percutian saya selama 3 hari 2 malam di Kota Bharu Kelantan ini.

ITINERARI TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN

24 NOVEMBER 2021 (RABU)

  • 8.30 MALAM: BERKUMPUL DI KL SENTRAL
  • 9.40 MALAM: BERLEPAS KE STESEN KTMB GEMAS JOHOR
  • 11.59 MALAM: DIJANGKA TIBA DI STESEN KTMB GEMAS

HELLO PANTAI TIMUR – TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN MENAIKI KERETAPI

HELLO PANTAI TIMUR – TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN MENAIKI KERETAPI

HELLO PANTAI TIMUR – TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN MENAIKI KERETAPI

HELLO PANTAI TIMUR – TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN MENAIKI KERETAPI

HELLO PANTAI TIMUR – TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN MENAIKI KERETAPI

HELLO PANTAI TIMUR – TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN MENAIKI KERETAPI

HELLO PANTAI TIMUR – TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN MENAIKI KERETAPI

HELLO PANTAI TIMUR – TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN MENAIKI KERETAPI

25 NOVEMBER 2021 (KHAMIS)

  • 12.20 TENGAH MALAM: BERLEPAS KE STESEN KTMB WAKAF BHARU
  • 12.14 TENGAHARI: DIJANGKA TIBA DI STESEN KTMB WAKAF BHARU
  • 1 TENGAHARI: MAKAN TENGAHARI DI NASI ULAM CIKGU
            KAMPUNG KRAFTANGAN, 
            JALAN HILIR KOTA, 
            BANDAR KOTA BHARU, 
            15300 KOTA BHARU, KELANTAN
            WAKTU OPERASI: 11 PAGI – 5 PETANG
    • 2 PETANG: DAFTAR MASUK HOTEL IBIS STYLES KOTA BHARU
               184 LORONG MINYAK GAS,
               JLN SULTANAH ZAINAB,
               15050 KOTA BHARU, KELANTAN.

    • 5 PETANG: KELUAR KE PANTAI MEK MAS
      • SINGGAH MAKAN TONGMO
      • MAKAN ROTI GEDIK SUP RAHIM KG KIJANG
    • 8 MALAM: MAKAN MALAM DI sTREATs CAFÉ IBIS STYLES KOTA BHARU
    • 10 MALAM: SUPPER DI KOPI MESIN

    26 NOVEMBER 2021 (JUMAAT)

    • 8 PAGI: SARAPAN PAGI DI HOTEL
    • 9.30 PAGI: JERAM MENGAJI AGRO RESORT
                JERAM MENGAJI AGRO RESORT,
                16800 PASIR PUTEH, KELANTAN.

    • 1 TENGAHARI: SOLAT JUMAAT (LELAKI SAHAJA)
      • MELAWAT RUMAH BELANDA
    • 3 PETANG: WARUNG ACU TERA CELUP TEPUNG
                JLN PANTAI SABAK, 
                16100 KOTA BHARU, KELANTAN
      • MELAWAT MASJID AR-RAHMAN
      • SINGGAH BELI MAKANAN PUTU HALBA
    • 5 PETANG: MINUM PETANG
                NGOFEE CAFÉ
                LOT 1644, JLN YAAKOBIAH,
                KG BAYAM, 15200 KOTA BHARU.
                WAKTU OPERASI: 12PM -12AM

    • 8 MALAM: MAKAN MALAM DI RESTORAN CERANA PERDANA KOTA BHARU

    HELLO PANTAI TIMUR – TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN MENAIKI KERETAPI

    HELLO PANTAI TIMUR – TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN MENAIKI KERETAPI

    HELLO PANTAI TIMUR – TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN MENAIKI KERETAPI

    HELLO PANTAI TIMUR – TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN MENAIKI KERETAPI

    HELLO PANTAI TIMUR – TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN MENAIKI KERETAPI

    HELLO PANTAI TIMUR – TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN MENAIKI KERETAPI

    HELLO PANTAI TIMUR – TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN MENAIKI KERETAPI

    HELLO PANTAI TIMUR – TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN MENAIKI KERETAPI

    HELLO PANTAI TIMUR – TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN MENAIKI KERETAPI

    27 NOVEMBER 2021 (SABTU)

    • 8 PAGI: SARAPAN PAGI DI AYANG CAFE
                4652, JALAN MASJID LANGGAR,
                KAMPUNG LANGGAR,
                15200 KOTA BHARU, KELANTAN
                WAKTU OPERASI: 7PAGI – 2PETANG

    • 9.30 PAGI: PASAR TERAPUNG PENGKALAN DATU
                LOT 261, JALAN RAJA SAKTI,
                KAMPUNG PENGKALAN DATU,
                16150 KOTA BHARU, KELANTAN.
                WAKTU OPERASI: 8 PAGI- 1 TENGAHARI

      • MIN HOUSE CAMP & DENAI SUNGAI PENGKALAN DATU
    • 12 TENGAHARI: DAFTAR KELUAR HOTEL
    • 1 TENGAHARI: MAKAN TENGAHARI DI SINGGORA
    • 2 PETANG: PASAR SITI KHADIJAH
                JALAN BULUH KUBU,
                BANDAR KOTA BHARU,
                15000 KOTA BHARU, KELANTAN

    • 3.30 PETANG: MURAL PAINTING KB
    • 4 PETANG: MENARA REHAL KB
    • 5 PETANG: MINUM PETANG
                JUBILEE ANTIQUE CAFÉ
                3592, JALAN ISMAIL,
                BANDAR KOTA BHARU,
                15000 KOTA BHARU, KELANTAN
                WAKTU OPERASI: 3 PETANG – 11 MALAM

    • 6.30 PETANG: TIBA DI STESEN KTMB WAKAF BHARU
    • 19.08 MALAM: BERLEPAS KE STESEN KTMB GEMAS

    28 NOVEMBER 2021 (AHAD)

    • 7.08 PAGI: TIBA DI STESEN KTMB GEMAS
    • 8.10 PAGI: BERLEPAS KE STESEN KL SENTRAL
    • 10.28 PAGI: TIBA DI STESEN KL SENTRAL

    HELLO PANTAI TIMUR – TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN MENAIKI KERETAPI

    HELLO PANTAI TIMUR – TRIP KE KOTA BHARU KELANTAN MENAIKI KERETAPI

    KOS TRIP KE KOTA BHARU MENAIKI KERETAPI

    Pasti ada yang akan tertanya berapa anggaran kos trip ini? Saya akan sertakan kos yang utama sahaja untuk rujukan kalian seperti tiket keretapi pergi & balik, kos penginapan 3 hari 2 malam di Ibis Styles Kota Bharu dan sewa kereta berserta upah pemandu. Selebihnya seperti kos makan saya tidak sertakan kerana pada saya ianya subjektif. Memandangkan trip kami ke Kota Bharu memang bertemakan jalan-jalan cari makan, makan banyak duit dilaburkan pada makanan. Mungkin anda yang kurang makan boleh jimat untuk bahagian ini. Anda juga punya pilihan sama ada menaiki perjalanan sehala menaiki keretapi dari KL ke Gemas dan Kota Bharu dan pulang dengan menaiki bas atau kapal terbang juga, terserah kepada anda.

    TIKET KERETAPI: 
    KL-GEMAS: RM30 GEMAS – KL: RM30
    GEMAS – WAKAF BHARU: RM46 (KATIL BAWAH)
    WAKAF BHARU – GEMAS: RM46 (KATIL BAWAH)

    KERETA SEWA (TERMASUK PEMANDU): RM100 SEHARI/KERETA

    HOTEL IBIS STYLE STYLES KOTA BHARU: RM300/SEBILIK TERMASUK SARAPAN PAGI UNTUK 3 HARI 2 MALAM.

    Secara peribadi, I love this trip so much! Kota Bharu memberi pengalaman indah dalam kembara Cuti-Cuti Malaysia saya. It was totally a different vibes. Menaiki keretapi yang memakan masa setengah hari kedengaran memenatkan namun sebenarnya ia was fun! Saya disajikan dengan keindahan alam sepanjang perjalanan dan berada di bandar Kota Bharu ini memberi saya peluang menjadi lokal. Makanan banyak mendekatkan kami dengan bandar ini. Terima kasih atas pelbagai tawaran makanan sedap anda!

    Selain itu, nasib saya baik kerana dapat kembara bersama sahabat yang fun dan tidak berkira. Kebetulan pula dapat berkenalan dengan pemandu pelancong kami, abe Lan yang mesra dan senang dibawa bincang. Impian untuk bercuti ke Kota Bharu pula memang sudah lama berada dalam senarai perancangan dan akhirnya tertunai. Banyak hidden gems dan tempat makan menarik disini. Suka kopi? Banyak tersedia kedai kopi hipster disini. Mahu kan nature? Kelantan tawarkan kepada anda. Mahukan budaya dan sejarah? Juga ada di Kelantan. Jadi kepada anda yang sukakan sedikit kelainan dalam kembara Malaysia, saya sarankan anda mencuba trip menaiki keretapi ke Kota Bharu Kelantan ini. Walaupun ia bukanlah kategori mewah, tetapi pengalaman yang anda kutip itu sudah terlalu mahal! Ada rezeki saya mahu ke Dabong pula.

    Kemana trip saya seterusnya? Jangan lupa ikuti saya di Facebook dan Instagram!

    #TRAVEL #HELLOPANTAITIMUR #KOTABHARU #KELANTAN

    11 Comments

    1. Salam bang, nak contact driver tu boleh ke?

      ReplyDelete
    2. Seronok baca pengalaman anda.terima kasih

      ReplyDelete
      Replies
      1. Semoga memberi manfaat dan membantu! Have a great day!

        Delete
    3. salam,perkongsian yg bagus..boleh bg no contact driver tu x?

      ReplyDelete
    4. Menarik boleh dapatkan no contact driver tu tak...Tq

      ReplyDelete
    5. salam,menarik sgt ni..boleh bg no contact driver tu x?

      ReplyDelete
    6. Thanks for sharing. Very informative.

      ReplyDelete
    7. Bagus blog awak ni. Boleh menjadi panduan serata Malaysia dan luar negara juga. Cuma jika ingin dapat hits overseas, kena translate (dengan tepat) dan tajuk nya must be in catchy Emglish. Syabas. Seronok baca. Esok sy ke Pasir Mas naik bus

      ReplyDelete
    8. Boleh saya tahu rumah belanda tu resort atau mmg boleh bergambar dan tengok kawasannya dan boleh sy tahu location betulnya dimana?

      ReplyDelete