BAGAIMANA HENDAK PERGI KE MAEKLONG RAILWAY MARKET DARI BANGKOK

December 12, 2018 REEF OMAR 0 Comments

BAGAIMANA HENDAK PERGI KE MAEKLONG RAILWAY MARKET DARI BANGKOK

Amazing Thailand. Slogan rasmi pelancongan Thailand ini sering dilihat di platform media. Tidak dinafikan bahawa negara Thailand menjadi pilihan ramai pelancong kerana kepelbagaian daya tarikan yang terdapat disini. Namakan saja tempat-tempat seperti Bangkok, Phuket, Krabi, Chiang Mai, Hat Yai dan banyak lagi lokasi yang menjadi destinasi percutian pilihan.

Salah satu tarikan yang tidak harus anda lepaskan jika berkunjung ke Bangkok adalah berkujung ke Maeklong Railway Market. Secara asasnya, ia hanyalah sebuah pasar tradisional yang menjual ikan, ayam, sayur, buah-buahan dan terdapat juga gerai-gerai yang menjual bahan keperluan rumah dan pakaian. Namun apa yang menjadikan Maeklong Railway Market ini terkenal adalah pasar ini beroperasi ditepi landasan keretapi berhampiran dengan stesen Maeklong yang merupakan stesen terakhir. Momen yang paling seronok adalah bila keretapi melalui landasan dimana pasar yang meriah dengan urusan jual beli boleh menjadi padat dengan pelancong yang ingin mengambil foto dan video. Peniaga akan menutup bumbung masing-masing untuk memberi laluan kepada keretapi. Menariknya, tidak ada satupun gerai jualan mahupun barangan jualan yang akan rosak akibat lalaun keretapi ini.

Maeklong Railway Market ini berada di kawasan Samut Songkhram yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit menaiki kereta. Sebenarnya adaa beberapa pilihan pengangkutan yang anda boleh gunakan untuk ke Maeklong Railway Market ini jika anda dari Bangkok. Samada menaiki keretapi daripada stesen Wongwian Yai on the Maeklong Railway Line dimana anda akan terus dibawa ke stesen Maeklong atau anda boleh menggunakan perkhidmatan van tour yang boleh didapati di kaunter hotel/hostel anda menginap. Hostel yang saya inap menawarkan harga 80 ribu Baht untuk perjalanan pergi dan balik menaiki minivan. Anda boleh juga menyewa kereta ataupun menyewa teksi jika mahu.

Cara yang paling popular untuk ke Maeklong Railway Market adalah dengan menaiki minivan. Dahulu minivan ini boleh didapati berhampiran stesen BTS Victory Monument. Namun kunjungan saya baru-baru ini mendapati kaunter tiket minivan ini telah berpindah ke stesen khas minivan yang berada di Mo Chit (berhadapan dengan terminal bas Mo Chit).

Anda boleh mengambil teksi dari stesen BTS Mo Chit dan beritahu pemandu teksi anda mahu ke Mo Chit Bus Terminal atau nak lebih senang, beritahu sahaja mahu ke stesen/terminal minivan Mo Chit. Terminal minivan ini betul-betul berada di bawah flyover dan bertentangan dengan terminal bas Mo Chit. Sampai sahaja di stesen minivan itu, terus ke bangunan D dan didalamnya ada banyak kaunter tiket. Cari kaunter no. 9 yang jelas tertulis MAEKLONG. Harga tiket sehala adalah 90 Bath sahaja. Selesai membeli tiket, anda diminta tunggu sehingga dipanggil. Biasanya mereka akan tunggu sehingga van penuh dengan penumpang, baru van akan bergerak.

CARI BANGUNAN D INI

TERUS KE KAUNTER 9

LEPAS BAYAR DIA AKAN BAGI INI

DAH PENUH BARU DIA GERAK TAPO DON'T WORRY SEBAB CEPAT JA PENUH!





Sepanjang perjalanan, saya sarankan anda tidur sahaja kerana tiada perkara menarik yang boleh anda lakukan. Hihihi. Sampai sahaja di stesen van Maeklong, anda jangan terkejut pula bila masih tidak nampak stesen keretapi tersebut. Anda perlu berjalan sedikit untuk sampai ke Maeklong Railway Market. Tidak jauh mana pun. Jarak dalam 300 meter sahaja. Dari stesen van tersebut, anda belok kiri dan jalan sampai ke hujung simpang dan kemudian belok kanan. Anda akan nampak deretan gerai tepi jalan. Jangan terus sampai anda nampak stesen keretapi itu.

BAGAIMANA HENDAK PERGI KE MAEKLONG RAILWAY MARKET DARI BANGKOK
STESEN VAN DI MAEKLONG

BAGAIMANA HENDAK PERGI KE MAEKLONG RAILWAY MARKET DARI BANGKOK
DARI STESEN VAN, ANDA AKAN NAMPAK BANGUNAN INI. BELOK KANAN!

BAGAIMANA HENDAK PERGI KE MAEKLONG RAILWAY MARKET DARI BANGKOK
PETA DARI STESEN VAN MAEKLONG KE PASAR

BAGAIMANA HENDAK PERGI KE MAEKLONG RAILWAY MARKET DARI BANGKOK
DAH SAMPAI





Anda terus semak jadual keretapi sampai ke stesen Maeklong kerana jadual ketibaan sentiasa berubah-berubah. Waktu saya sampai dulu, keretapi pertama tiba pada pukul 2.30 petang. Jadi mundar mandir lah saya dan kawan di kawasan sekitar sementara menantikan detik jam 2.30 petang.

BAGAIMANA HENDAK PERGI KE MAEKLONG RAILWAY MARKET DARI BANGKOK
BELI JANGAN TAK BELI

BAGAIMANA HENDAK PERGI KE MAEKLONG RAILWAY MARKET DARI BANGKOK
MOSTLY BARANGAN DAPUR DIJUAL DISINI

BAGAIMANA HENDAK PERGI KE MAEKLONG RAILWAY MARKET DARI BANGKOK
SIAPA SUKA TOM YUM BOLEH BELI!

3 EKOR KATAK 100 BAHT SAHAJA!

KITA POSE DULU SEBELUM KERETAPI SAMPAI





Tiba saat yang ditunggu, bila siren dibunyikan, semua gerai menurunkan atap masing-masing. Para pelancong sudah bersedia ditepi landasan untuk merakan momen ini. Kemudian, pengumuman ketibaan dalam pelbagai bahasa utama dunia kedengaran memberitahu bahawa keretapi menghampiri stesen Maeklong. Macam-macam gelagat boleh dilihat waktu ini. Paling tidak boleh lupa adalah waktu sekumpulan pelancong mat saleh bertengkar dengan peniaga tempatan sebab kumpulan itu degil dan tidak mahu mendengar arahan. Sudah dibilang jangan berdiri di atas landasan, masih berdegil juga. Kalau jadi insiden yang tak diingini, siapa yang susah. Kita kenalah hormat tempat orang. Saya yang tengok pun geram juga. Degil!

BAGAIMANA HENDAK PERGI KE MAEKLONG RAILWAY MARKET DARI BANGKOK
KERETAPI MENGHAMPIRI

BAGAIMANA HENDAK PERGI KE MAEKLONG RAILWAY MARKET DARI BANGKOK
SEMUA EXCITED!

BAGAIMANA HENDAK PERGI KE MAEKLONG RAILWAY MARKET DARI BANGKOK
YANG NAIK KERETAPI FEFEELING ARTIS SIAP LAMBAI-LAMBAI LAGI!

Habis sahaja moment u, saya dan kawan terus berjalan ke stesen van semula untuk kembali ke Bangkok. Anda boleh beli tiket mengikut destinasi anda. Harga bergantung kepada destinasi. Seperti saya yang mahu pulang semula ke BTS Mo Chit, harga adalah 90 Baht.

NAK BALIK BANGKOK? PILIH SAHAJA NAK TURUN DIMANA.






Secara peribadi, tiada yang menarik pun di area Maeklong ini sebenarnya. Ia hanyalah sebuah pekan kecil biasa. Jika tiada kewujudan Maeklong Railway Market sebagai tarikan, nothing much you can do here. Kalau anda yang ingin merasai pengalaman pertama, bolehlah berkunjung ke sini. Lagipun kos ke Maeklong Railway Market tidak lah mahal mana. Tambang van pergi balik Cuma 180 Baht sahaja. Saya diberitahu di kawasan berhampiran Maeklong terdapat pasar terapung. Mungkin anda boleh panjangkan langkah ke sana juga selesai melihat momen di Maeklong Railway Market.

Sekian!
 

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #REEFTRAVELS #BANGKOK #MAEKLONGRAILWAYMARKET

0 comments:

APLIKASI PICK A TRIP MEMUDAHKAN DAN MENJIMATKAN KOS PERCUTIAN ANDA!

December 11, 2018 REEF OMAR 0 Comments


20 tahun dahulu, aktiviti percutian ke luar negara hanya dilakukan oleh golongan berada sahaja. Ini kerana kos yang diperlukan untuk percutian ke luar negara sangat tinggi dan tidak mesra poket. Malah pada waktu itu, kebanyakan yang mampu bercuti ker luar negara hanya menggunakan pakej yang ditawarkan oleh syarikat pelancongan sahaja. Itu dahulu! Kini, boleh saya katakan semua orang mampu mengembara ke negara luar. Bahkan ramai anak muda yang sudah berani untuk keluar negeri tanpa memerlukan khidmat agensi pelancongan lagi. Harga tiket penerbangan yang semakin murah serta kemajuan teknologi menjadikan pengembaraan menjadi semakin mudah.

Berbicara soal teknologi, kecanggihan peranti pintar banyak membantu bagi merealisasikan penerokaan dunia. Malah saya sendiri menjadikan peranti pintar sebagai alat bantuan utama tatkala bercuti ke luar negara. Dari pembelian tiket pesawat, tempahan bilik hotel sehingga ke senarai things-to-do, semua dilakukan menerusi peranti pintar. Bak kata orang, semuanya hanya di hujung jari!

Kajian telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menghabiskan masa dengan peranti pintar lebih 5 jam sehari dan berdasarkan kajian Global Travel Intentions yang telah dibuat oleh pihak VISA, sebanyak 72% rakyat Malaysia menggunakan peranti pintar untuk melakukan carian berkenaan informasi dalam merancang percutian.

Banyak aplikasi untuk peranti pintar khusus untuk tujuan kembara boleh didapati menerusi muat turun. Ada aplikasi untuk tempahan tiket, tempahan hotel, aplikasi navigasi dan macam-macam lagi bertujuan memudah dan melancarkan percutian anda. Namun agak sukar untuk mencari satu aplikasi yang menyediakan kesemua carian khusus untuk kembara.

Buat pemegang kad VISA, anda cukup bertuah! Ini kerana aplikasi Pick A Trip dicipta khusus buat anda yang ingin meneroka dunia luar dengan lebih mudah. Hanya dengan satu aplikasi, anda boleh membuat carian tiket pesawat, membuat tempahan hotel malah anda boleh merangka itinerary percutian dengan hanya menggunakan aplikasi Pick A Trip.


KELEBIHAN APLIKASI PICK A TRIP






Apa yang menariknya tentang aplikasi Pick A Trip ini? Anda boleh lakukan carian hotel dan tiket penerbangan dengan mudah dan jika anda temui harga yang anda suka, anda boleh terus membuat tempahan dan pembayaran. Jangan risau kerana data dan transaksi anda dijamin selamat!

Menerusi aplikasi Pick A Trip ini juga, anda boleh membuat perbandingan harga tiket pesawat daripada ratusan syarikat penerbangan dan juga tawaran terbaik bilik hotel dari serata dunia. Bukan itu sahaja! Anda juga boleh tapis carian anda bergantung kepada bajet anda untuk hotel dan tiket pesawat. Menariknya dengan aplikasi Pick A Trip ini adalah tiada bayaran tersembunyi kerana setiap transaksi yang anda lakukan akan dipaparkan pada aplikasi ini. Selesai membuat tempahan, anda boleh terus merangka itinerary anda dari hari pertama hingga hari terakhir liburan anda dengan menggunakan aplikasi ini. Senang bukan! Tidak perlu bergantung kepada banyak aplikasi kerana hanya dengan Pick A Trip bisa memudahkan urusan percutian anda.

APLIKASI INI DIMUAT TURUN OLEH PENGGUNA ANDROID DAN iOS

BOLEH SEMAK HARGA TIKET FLIGHT DESTINASI PILIHAN

PILIH TARIKH PILIHAN

BOLEH PILIH BILANGAN TIKET YANG INGIN DIBELI

SEMAK HARGA DAN INFO PENERBANGAN

ISIKAN BUTIRAN DIRI UNTUK MEMUDAHKAN TEMPAHAN

SEMAK SEBELUM MEMBUAT PEMBAYARAN

MASUKKAN KOD PROMO JIKA ADA SEBELUM BAYAR

SEMAK HARGA BILIK HOTEL DESTINASI PILIHAN

SENARAI BILIK HOTEL DESTINASI PILIHAN

BOLEH TAPIS IKUT KEPERLUAN DAN BAJET ANDA

SEMAK INFO DAN HARGA SEBELUM BAYAR

SELESAI BOOKING, BOLEH TERUS BUAT ITINERARY DISINI





Selain itu, anda tidak perlu khuatir tentang isu kebocoran data atau ralat apabila melakukan pembayaran kerana Pick A Trip menggunakan sistem sekuriti yang diyakini selamat. Nama pun VISA! Syarikat penyedia gerbang pembayaran terulung dunia yang sudah bertapak sejak 60 tahun yang lalu.

Pengguna kad debit atau kredit VISA yang menggunakan aplikasi Pick A Trip ini boleh berjimat menerusi pelbagai tawaran eksklusif dengan menggunakan kad VISA anda kerana aplikasi Pick A Trip ini dicipta istimewa untuk anda menikmati percutian sepenuhnya.

Saya sendiri telah mencuba membuat perbandingan harga sebuah hotel di Singapura menggunakan beberapa beberapa aplikasi bersama aplikasi Pick A Trip dan ternyata harga yang ditawarkan oleh aplikasi Pick A Trip lebih murah.

PEMEGANG KAD DEBIT/KREDIT VISA BOLEH ENJOY BANYAK TAWARAN MENARIK





Berita baik! Kepada 30 orang pembaca bertuah, saya akan memberikan kod baucar bernilai RM100 kepada anda untuk menggunakan aplikasi Pick A Trip ini (UNTUK TEMPOH TERHAD). Caranya cukup mudah! Muat turun aplikasi PERCUMA Pick A Trip di peranti pintar anda (klik pautan dibawah) dan gunakan kod REEFISM sebelum anda membuat pembayaran dengan kad debit/kredit VISA. Apa ditunggu lagi! Pick A Trip and go travel!

  
LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

PAUTAN MUAT TURUN (ANDROID) 

PAUTAN MUAT TURUN (iOS) 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PICKATRIP

0 comments:

THE MILL CAFE HOTEL GRAND MILLENNIUM KUALA LUMPUR HIDANG BUFET BERTEMAKAN MALAYSIAN MARKET

December 10, 2018 REEF OMAR 0 Comments


Hotel di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur ini sentiasa meriah dengan penawaran hidangan bufet yang menarik. Pelbagai jenis menu diketengahkan baik menu tempatan mahupun antarabangsa demi memenuhi selera orang ramai. Saya adalah antara mereka diluar sana yang sering menantikan promosi istimewa bufet yang ditawarkan oleh hotel-hotel kerana saya menyukai suasana menjamu selera di dalam hotel dan variasi hidangan bufet memberi saya lebih banyak pilihan mengikut selera saya. Namun jika ditanya saya samada makanan tempatan atau antarabangsa yang menjadi pilihan, saya memilih masakan tempatan kerana pada pendapat saya, hotel dan masakan barat sudah terlalu sinonim. Jadi sebagai anak tempatan, saya ingin merasai sendiri sejauh mana kualiti rasa yang ditampilkan oleh hotel selaku duta kecil pelancongan negara dalam memperkenalkan menu tempatan kepada pengunjung khusus pelancong asing yang menginap di hotel tersebut.

Saya berkesempatan berkunjung ke salah sebuah hotel terkemuka di ibukota iaitu Grand Millennium Kuala Lumpur untuk merasai sendiri seleksi juadah bufet bertemakan Malaysian Market. Sebagai informasi, hotel Grand Millennium Kuala Lumpur adalah hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di tengah-tengah nadi Bukit Bintang. Ia mempunyai 468 buah bilik termasuk 16 buat suites dan menjadi antara hotel pilihan ramai kerana kualiti perkhidmatan dan lokasi yang strategik.






 






The Mill Café menyediakan lebih 60 juadah masakan asli dari setiap pelusuk negeri di Malaysia. Semua sedia maklum Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum dan secara tidak langsung mewujudkan variasi masakan yang berbeza. Antara menu yang disajikan adalah Ikan Siakap Masak Sambal, Ayam Percik, Nasi Lemak, Ayam Goreng Berempah, Tandoori Udang, Mee Goreng Mamak, Rendang Ayam & Daging, Ketam Masak Cili, Ikan Masak Assam Nyonya, Sotong Masak Kunyit, Nangka Muda Masak Lemak, pilihan hidupan segar dan banyak lagi. 


























Bagi pencuci mulut pula anda harus mencuba Pengat Pisang, Bubur Pulut Hitam, Rojak Buah, ABC, pelbagai seleksi kuih muih dan sebagainya yang pastinya menepati selera pencinta masakan Asia khususnya Malaysia. Tidak lengkap tanpa menikmati Air Teh Tarik, Air Kelapa Segar yang turut disediakan sepanjang Malaysian Market di The Mill Café ini.

 









Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakkan dan kelazatan masakan bertemakan Malaysian Market di The Mill Café, hotel Grand Millennium Kuala Lumpur yang berlangsung setiap hari Sabtu dari jam 7 malam hingga 10 malam. Harga yang ditawarkan adalah RM 168 net seorang.


LOKASI THE MILL CAFÉ, GRAND MILLENNIUM KUALA LUMPUR 
160, BUKIT BINTANG STREET, 
BUKIT BINTANG, 55100 KUALA LUMPUR. 

TELEFON: 03-2117 4163 

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #GRANDMILLENNIUMKL #THEMILLCAFE


0 comments:

Powered by Blogger.