CATRIONA GRAY DARI FILIPINA DINOBAT MISS UNIVERSE 2018

December 17, 2018 REEF OMAR 0 Comments

CATRIONA GRAY, MISS UNIVERSE 2018,

Gelaran Miss Universe sentiasa menjadi dambaan setiap wanita di seluruh dunia. Gelaran ini tidak hanya bersandar kepada rupa paras semata tetapi ia mencerminkan wanita dengan pakej lengkap baik dari segi akademik, personaliti dan pesona. Tugas yang digalas oleh pemenang Miss Universe sangat besar kepada komuniti dunia dalam memastikan visi dan misi keamanan sejagat berjaya dicapai.

Pada tahun ini, edisi ke 67 Miss Universe 2018 secara rasmi menjadi pilih Catriona Gray dari Filipina. Beliau yang berusia 24 tahun ini telah memukau para juri menerusi jawapan kepada soalan yang diajukan kepadanya ketika berada di Top 5 berkenaan isu marijuana.

Sedikit biodata mengenai Catriona Gray. Beliau dilahirkan di Cairns, Australia ini adalah berdarah kacukan Filipina-Australia dimana ayahnya berasal dari Australia dan ibunya dari Filipina. Beliau mempunyai pendidikan dalam bidang muzik ini merupakan seorang penyanyi, hos TV, pelakon pentas dan model terkenal di Filipina.

CATRIONA GRAY, MISS UNIVERSE 2018,
SUMBER FOTO: FACEBOOK





Pada hari bersejarah ini, beliau telah menyarungkan gaun malam yang dicipta inspirasi daripada Albay’s iconic Mayon Volcano hasil sentuhan magis Mak Tumang.

CATRIONA GRAY, MISS UNIVERSE 2018,
SUMBER FOTO: FACEBOOK





Sebagai info, Catriona Gray pernah mewakili Filipina di pertandingan Miss World 2016 dan beliau bejaya menempatkan diri dalam Top 5 ketika itu. Kemenangan di Miss Universe 2018 ini menjadikan beliau peserta ke empat dari Filipina yang memenangi gelaran Miss Universe selepas Gloria Diaz, Margie Moran dan Pia Wurtzbach.

CATRIONA GRAY, MISS UNIVERSE 2018,
SUMBER FOTO: FACEBOOK






Miss Universe 2018 telah berlangsung di Impact Arena Muang Thing Thani, Bangkok dengan penyertaan dari 93 buah negara yang mengambil bahagian termasuk Malaysia. Tempat kedua disandang oleh peserta dari Afrika Selatan dan tempat ketiga menjadi milik peserta dari negara Venezuela.


LAMAN INSTAGRAM RASMI CATRIONA GRAY 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MISSUNIVERSE

0 comments:

Powered by Blogger.