UJI MINDA, MATA DENGAN LEBIH 70 BAHAN PAMERAN INTERAKTIF DI MUSEUM OF ILLUSIONS KUALA LUMPUR






Sebut tentang muzium pasti kedengaran membosankan anda. Namun tidak bagi Museum of Illusions Kuala Lumpur (MOIKL). Muzium ini adalah sebuah muzium interaktif yang menawarkan anda keseronokan dan pengalaman penuh ilmu. Kenapa pula? Ini kerana Museum of Illusions Kuala Lumpur mempunyai lebih 70 bahan pameran yang bisa menguji minda dan intelek anda.

Museum of Illusions Kuala Lumpur mempunyai pelbagai bentuk pameran interaktif yang akan membuatkan anda menjerit, ketawa, berlari malah anda boleh mengambil foto dengan setiap bahan pameran tanpa halangan.






Sebagai info, cawangan pertama Museum of Illusions telah dibuka di Zagreb, Croatia pada 2015 dan kini , muzium ini mempunyai cawangan di 15 buah bandar di seluruh dunia. Lebih mengujakan adalah cawangan Malaysia adalah yang pertama dibuka di rantau Asia Tenggara. Saya diberitahu bahawa setiap lokasi muzium ini mempunyai warna, bahan pameran dan keluasan berbeza. 










Kenapa Museum of Illusions Kuala Lumpur ini wajib dikunjungi? Ini kerana anda bukan sahaja dapat melihat bahan pameran tetapi anda boleh menguji minda anda dengan keupayaan pemikiran secara kritikal dan kreatif. Bahan pameran di muzium ini adalah berasaskan sains, matematik, biologi dan psikologi. Jadi pengunjung dapat mempelajari ilmu seperti persepsi, penglihatan, minda manusia dan sains menerusi setiap bahan pameran. 











Museum of Illusions Kuala Lumpur juga menyediakan permainan uji minda untuk menggalakkan anda berfikir di luar kotak. Jangan risau! Setiap permainan dan pameran disini adalah sesuai untuk setiap peringkat umur. 














Museum of Illusions Kuala Lumpur terletak di Aras 1, Ansa Hotel Bukit Bintang dan dibuka setiap hari pada jam 10 pagi sehingga 10 malam. Jika anda masih keliru akan lokasi, Ansa Hotel terletak di antara pusat membeli belah Fahrenheit88 dan Lot 10. Pihak muzium turut menawarkan ruang muzium untuk sebarang acara seperti sambutan hari lahir, pelancaran produk, acara korporat dan sebagainya. 



Harga yang ditawarkan adalah seorang dewasa adalah RM35 (pemegang MyKad)/RM45 (pelancong luar) dan bagi kanak-kanak berusia 5-15 tahun, harga tiket adalah RM25 (pemegang MyKad)/RM35 (pelancong luar). Museum of Illusions Kuala Lumpur turut menawarka tiket untuk keluarga (2 dewasa & 2 kanak-kanak) pada harga RM90 (pemegang MyKad)/RM120 (pelancong luar). Harga istimewa untuk pelajar turut ditawarkan pada kadar RM30 (pemegang MyKad)/RM40 (pelajar luar).


LOKASI MUSEUM OF ILLUSIONS KUALA LUMPUR (MOIKL) 
ARAS 1, ANSA KUALA LUMPUR HOTEL, 
101, JALAN BUKIT BINTANG, 
55100 KUALA LUMPUR.


TELEFON: 03-21102654


LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MUSUEMOFILLUSIONSKL #MUSEUMOFILLUSIONSKUALALUMPUR #TOURISMMALAYSIA #CUTICUTIMALAYSIA #DEKATJER #VM2020

0 Comments