EAGLE RANCH RESORT PORT DICKSON TAWAR PERCUTIAN ALA KOBOI






Semua sedia maklum bahawa Malaysia kaya dengan daya tarikan yang tersendiri. Industri pelancongan domestik juga berkembang pesat saban tahun dengan kebanjiran warga asing yang datang meneroka keindahan bumi Malaysia. Antara lokasi percutian popular adalah pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.

Port Dickson cukup terkenal sebagai lokasi percutian hujung minggu memandangkan lokasinya yang begitu dekat dengan bandar Sepang dan Kuala Lumpur. Namun tahukah anda, Port Dickson bukan hanya sekadar pantai sahaja? Jika anda rasa pantai sudah terlalu membosankan, barangkali anda akan jatuh cinta dengan Eagle Ranch Resort Port Dickson. Sebuah resort yang dibina dengan mengambil inspirasi daripada zaman koboi dan Red Indian. Menarik bukan?






Eagle Ranch Resort ini telah dibuka sejak 2002 di atas tanah berkeluasan 32 ekar di pinggar bandar dengan menawarkan suasana zaman koboi yang cukup unik tetapi masih menerapkan elemen Malaysia pada persekitaraannya. Resort ini sering menjadi pilihan pelbagai syarikat korporat sebagai lokasi program Pengukuhan Pasukan (team building), sukaneka kerana Eagle Rach Resort Port Dickson menyediakan pelbagai aktiviti riadah dan sukan ekstrem yang menarik. 

BILIK LOG CABIN

BERANDA BILIK JENIS LOG CABIN

BILIK JENIS LOG CABIN

MANDI DENGAN BUMBUNG TERBUKA





Terdapat variasi jenis penginapan yang boleh anda pilih mengikut citarasa anda iaitu Log Cabin, Bandwagon, Tepee, Log Dorm, Paddock Chalet, Eagle Terrace dan Kampung House. Pilihan saya sudah pasti bilik jenis Tepee kerana senibinanya persis khemah yang sering digunakan oleh kaum Red Indian. Jika anda datang kumpulan yang besar seperti rombongan sekolah, saya sarankan anda menempah bilik jenis Paddock atau Log Cabin.

BILIK JENIS PADDOCK CHALET

PADDOCK  CHALET

KAMPUNG HOUSE





Seperti yang saya nyatakan tadi, Eagle Ranch Resort ini memang terkenal sebagai pusat penganjuran sebarang program oleh badan-badan korporat kerana banyak kemudahan dari segi peralatan permainan sukan ekstrem. Antaranya seperti Paintball, Go-Kart, memanah, flying fox dan banyak lagi. Malah, Eagle Ranch Resort telah dianugerahkan sebagai the most number of elements in Rope Course oleh Malaysia Book of Records.

TEMPAT SUKAN PAINTBALL

ANTARA KEMUDAHAN SUKAN EKSTREM DI SINI

LADANG KUDA

BILIK MESYUARAT

KAWASAN UNTUK BARBEKU

KOLAM MANDI KANAK-KANAK

KOLAM MANDI DEWASA

SIAP ADA TANAMAN BUAH-BUAHAN LAGI





Perut anda lapar sepanjang menginap disini? Jangan risau kerana ada beberapa premis makanan di dalam kawasan Eagle Ranch Resort seperti Watering Hole dan Melting Pot. Pihak Eagle Ranch Resort turut menyediakan kawasan barbeku khas jika anda mahu mengadakan jamuan bersama keluarga, sahabat handai atau ahli rombongan.

Pastinya, Eagle Ranch Resort menawarkan pengalaman percutian cukup unik, nyaman dan pastinya menyeronokkan. Jika anda bosan dengan percutian biasa dengan duduk di hotel, barangkali anda boleh berubah angin dan mencuba gaya percutian ala koboi di sini.


LOKASI EAGLE RANCH RESORT PORT DICKSON 

LOT 544, BATU 14, JALAN PANTAI, 
71250 PORT DICKSON, 
NEGERI SEMBILAN. 

-

TELEFON: 06-6610495 

-


LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #EAGLERANCHRESORT #TOURISMMALAYSIA

1 Comments

  1. Menarik tempat ni. Yang paling saya suka log cabin tu, macam yang pernah saya inapi di US dulu. Kalau nak tengok gambarnya ada dalam blog saya. Pokok cempedak tu pun saya suka sebab buahnya lebat sampai mencecah tanah. Pernah saya tengok pokok cempedak macam ni di Vietnam. Gambarnya pun ada dalam blog saya kalau nak tengok.

    ReplyDelete