BELAJAR VARIASI RESEPI SANDWICH DENGAN MENTEGA KACANG SKIPPY!






Sebut tentang sandwich, dalam minda pasti sudah terfikir dua keping roti bersama inti sardin atau telur. Itu dahulu! Satu lagi, kalau sebut sandwich sahaja mesti akan ingat menu sarapan pagi. Kini, menu sandwich telah mengalami revolusi dengan variasi resepi dihasilkan. Apa yang paling penting adalah nutrisi sandwich haruslah seimbang dengan cukup kandungan protein, serat dan karbohidrat.

Tahukah anda asal menu sandwich? Sandwic diambil sempena nama Earl of Sandwich IV, seorang aristokrat Inggeris abad ke-18 yang merupakan penggemar bermain kad. Dek kerana beliau malas untuk bangun daripada meja, beliau telah menguruh tukang masak untuk membawakan makanan kepadanya. Maka daging yang dikepit dua potong roti dijadikan makanan yang boleh dimakan dengan sebelah tangan sambil bermain kad. Nama sandwich diambil sempena nama Earl of Sandwich IV yang berasal dari kota Sandwich, England.

Sempena dengan sambutan Hari Sandwich Sedunia yang disambut pada 3 November setiap tahun, Unit Perniagaan dan Barangan Pengguna DKSH telah berkerjasama dengan produk mentega kacang jenama SKIPPY serta DIY Bites Studio telah menganjurkan acara khas bersempena meraikan hari istimewa ini. Acara ini telah diadakan di DIY Bites Studio yang terletak di Setia City Mall turut dimeriahkan dengan kehadiran chef cilik berusia 9 tahun, Cheah Leah Choy dan juga beberapa wakil media. Sebagai info, SKIPPY merupakan produk keluaran Hormel Foods International Corporation, sebuah syarikat makanan berpangkalan di Amerika Syarikat dan DKSH merupakan pengedar rasmi SKIPPY untuk pasaran Malaysia. Produk mentega kacang SKIPPY adalah produk import yang mempunyai pengiktiran halal.








Antara pengisian acara adalah sesi pertandingan pembuatan sandwich diantara Chef Leah bersama Chef Jie Low. Pada masa sama, pertandingan mengajar tetamu bahawa menu sandwich boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Kedua-dua chef menggunakan produk mentega kacang SKIPPY sebagai bahan asas dalam pembuatan sandwich. Pada acara sama, para tetamu diberi peluang membuat resepi pencuci mulut sihat dengan menggunakan mentega kacang SKIPPY ini hasil tunjuk ajar oleh Chef Jie Low.















Satu perkara yang saya suka dengan mentega kacang SKIPPY ini adalah ia didatangkan dalam dua bentuk iaitu bekas dan juga tiub mudah picit bersama muncung (nozzle) pelbagai bentuk bagi menarik minat kanak-kanak untuk membuat sandwich. Secara tidak langsung, ia menggalakkan kanak-kanak untuk menikmati makanan sihat kerana SKIPPY juga boleh dipadankan dengan ramuan daging, sayur, produk tenusu dan juga buah-buahan.












Anda boleh mendapatkan produk mentega kacang SKIPPY di semua pasaraya dan juga portal pembelian atas talian seluruh Malaysia. Layari laman Facebook dan Instagram rasmi SKIPPY Malaysia untuk mengetahui lebih berkenaan produk mentega kacang SKIPPY dan juga mendapatkan resepi menarik.


LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SKIPPYMALAYSIA #SIMPLYSKIPPY

0 Comments