CRÈME DE LA CRÈME (CDLC) BUAT HAL LAGI! KALI INI KOLABORASI DENGAN THE TOKYO RESTAURANT PULA!






Bagi anda yang mengikuti perkembangan saya, pasti anda sedia maklum akan obsesi saya dengan Crème De La Crème (CDLC). Jenama aiskrim artisan terulung di Malaysia ini tidak pernah lekang dengan idea baru dalam penghasilan aiskrim berkualiti premium. Dari perasa Musang King, kemudian Beauty Elixir iaitu aiskrim kecantikan pertama di dunia, kerjasama dengan Hello Kitty dan terbaru, kolaborasi bersama The Tokyo Restaurant. Sebagai info, The Tokyo Restaurant yang terletak di I Setan Lot 10 Kuala Lumpur ini cukup terkenal dengan kek keju mereka yang cukup lazat.

KLIK ARTIKEL INI: https://www.thisisreef.com/2019/12/creme-de-la-creme-cipta-sejarah-lagi.html

Atas sebab itu, CDLC menjalin kerjasama bersama The Tokyo Restaurant dengan menghasilkan aiskrim dengan kek keju. Terdapat dua pilihan aiskrim artisan iaitu Burnt Caramel Cheesecake dan Tokyo La Crème. Selain itu, mereka turut menawarkan pencuci mulut berupa kek keju TTR bersama skoop aiskrim Burnt Caramel yang pastinya membuatkan anda terpukau dengan kelazatannya.


BURNT CARAMEL CHEESECAKE 






Nikmati aiskrim karamel hangus (burnt caramel) dengan kek keju hangus TTR (burnt cheesecake) yang cukup mewah rasa dan penuh berkrim.

TOKYO LA CRÈME 






Aiskrim ini adalah hasil gabungan aiskrim keju penuh krim dengan penggunakan keju krim Australia bersama kek keju TTR. Gabungan keju berganda pasti membuatkan pencinta keju jatuh cinta.


PLATED DESSERT 







Menu pencuci mulut ini didatangkan dengan kepingan kek keju TTR bersama skoop aiskrim burnt cheesecake dan dilengkapkan dengan taburan kacang hazelnut dan sirap karamel.


Secara peribadi, idea CDLC bersama The Tokyo Restaurant tidak mengecewakan saya. Penghasilan menu aiskrim artisan kali ini masih mengekalkan kualiti rasa premium seperti yang saya harapkan. Saya sukakan kedua-dua perasa tersebut namun jika terpaksa membuat pilihan, saya memilih Tokyo La Crème. Entahlah, barangkali rasanya lebih sesuai dengan selera tekak saya. Kepada Crème De La Crème , tahniah sekali lagi atas kejayaan ini. Kepada anda yang belum mencuba menu terbaru ini, cepat panjangkan langkah anda ke premis CDLC di Damansara Utama atau langsung saja ke The Tokyo Restaurant di Aras 4, I Setan Lot 10 Kuala Lumpur. 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MYCDLC #THETOKYORESTAURANT


0 Comments