REVIEW PENGINAPAN DI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

REVIEW PENGINAPAN DI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

Review Penginapan Di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur | Ada yang bertanya bagaimana saya memilih penginapan hotel? Ada formula tertentu yang diguna pakai? Pada saya, pemilihan hotel bergantung kepada individual preferences. Mungkin ada yang concern tentang harga, lokasi, jenis bilik atau kemudahan yang ditawarkan oleh pihak hotel. Sebelum menempah, rajinkan diri meninjau ulasan yang diberikan oleh mereka yang pernah menginap di hotel tersebut serta sentiasa semak laman sesawang/media sosial hotel untuk info dan promosi terkini. Apa pun pilihan anda, there’s no wrong or right dalam memilih penginapan untuk percutian anda, asalkan anda berpuas hati!

Edisi #HotelHunting kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menginap di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur iaitu Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Ampang. Kenapa Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur menjadi pilihan penginapan kali ini? Kisahnya begini! Tiap kali melalui Jalan Ampang, pasti akan terpandang bangunan hotel ini. Tertanya juga apa yang menarik di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur ini. Jadi tangan terus gatal mencari maklumat dan akhirnya booking is done!

REVIEW PENGINAPAN DI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

Sebagai info, Oakwood merupakan an-award winning brand yang berasal dari Amerika Syarikat dan ditubuhkan pada 1969. Sejak itu, Oakwood telah menjadi peneraju sebagai pengendali serviced apartment. Sehingga kini, Oakwood mempunyai rangkaian di seluruh dunia seperti di Australia, China, India, Japan, Indonesia, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Vietnam dan semestinya Malaysia. Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur yang dibuka pada 31 Oktober 2016 menawarkan 251 unit bilik dan apartment ditengah bandaraya Kuala Lumpur.

Tidak sukar mencari lokasi hotel ini terutamanya bagi mereka yang sering melalui Jalan Ampang. Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur berada bertentang dengan bangunan The Ampwalk. Bagi anda yang datang dengan kereta sendiri, ruang parkir tersedia di bahagian bawah bangunan hotel. Lobi hotel ini berkonsepkan open space dan ia juga merupakan akses kepada SuCasa Serviced Apartment.

REVIEW PENGINAPAN DI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR
 
REVIEW PENGINAPAN DI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

REVIEW PENGINAPAN DI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

Selesai daftar masuk, saya terus menuju menuju ke penginapan yang sudah ditempah iaitu One-Bedroom Deluxe Apartment.

ONE-BEDROOM DELUXE APARMENT MENJADI PILIHAN

Unit apartment ini berkeluasan 53 kaki persegi dan ia mempunyai ruang tamu, ruang makan, dapur, sebuah bilik dan bilik air beserta tab mandi. Kemudahan yang tersedia di unit ini adalah rain shower, seterika, pengering rambut, toiletries, peti penyimpanan elektronik, internet berkelajuan tinggi, pembakar roti, periuk nasi, jam penggera, TV dengan kabel multi siaran di ruang tamu dan bilik, minibar/peti ais, perkakas dapur. Menariknya lagi, tersedia juga pili air bertapis 3M di sinki dapur, jadi anda tidak perlu lah membeli air mineral lagi. Cuma tiada dapur untuk memasak disediakan.

Pilihan unit lain di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur adalah Deluxe Room, One-Bedroom Deluxe Corner, One-Bedroom Premier dan Two-Bedroom Family Deluxe Apartment.

FASILITI DAN SERVIS

Antara fasiliti hotel yang popular sudah pasti kolam renang. Disini, tersedia kolam renang terbuka di aras Upper Groud bersebelah dengan TrEat Restaurant, Pool Bar dan gimnasium. Kolam renang disini juga turut menyediakan wading pool untuk kanak-kanak. Selain itu, tersedia sudut ON-THE-GO di tepi kaunter daftar masuk untuk anda yang mahu menikmati menu ringkas seperti sandwich dan pastri. Pada masa sama, turut disediakan vending machine dan mesin Starbucks di kawasan lobi.

REVIEW PENGINAPAN DI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

REVIEW PENGINAPAN DI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

REVIEW PENGINAPAN DI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

REVIEW PENGINAPAN DI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

Kemudahan lain yang disediakan disini adalah perkhidmatan pusat bisnes, bilik mesyuarat, kemudahan untuk pengguna kerusi roda, self-service launderette, parkir di bawah bangunan.

Turut tersedia servis babysitting, doctor-on-call, laundry & dry cleaning, limousine, sekuriti 24 jam, khidmat bilik 24 jam, storan bagasi dan wake-up call.

PROMOSI BBQ SKEWER DI POOL BAR

Saya cukup bertuah kerana pada tarikh daftar masuk ke hotel ini, pihak hotel baru sahaja mengadakan promosi makan malam di POOL BAR yang terletak bersebelahan kolam renang. Promosi BBQ Skewer berlangsung pada hari Jumaat dan Sabtu setiap minggu dari 6 petang hingga 9 malam. Anda juga boleh memesan menu ala-carte seperti Spaghetti Chili Crab dan Burger Ayam Sambal yang menjadi menu signatur disini.

REVIEW PENGINAPAN DI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

REVIEW PENGINAPAN DI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

REVIEW PENGINAPAN DI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

REVIEW PENGINAPAN DI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

REVIEW PENGINAPAN DI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

REVIEW PENGINAPAN DI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

REVIEW PENGINAPAN DI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

SARAPAN PAGI DI TrEat RESTAURANT

Sarapan pagi disini berkonsepkan bufet dan tersedia dari jam 7 pagi hingga 10.30 pagi. Ada pelbagai pilihan menu tempatan dan barat untuk tetamu hotel di TrEat Restaurant yang terletak di aras Upper Ground (sebelah Pool Bar).

ULASAN JUJUR MENGINAP DI OAKWOOD

Harus diingat, setiap orang punya pengalaman berbeza dan artikel ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana sumber lain.

Pertama kali dengar nama Oakwood ini, otak terfikir seketika dan soalan pertama terlintas adalah hotel mana ni? Bila diselidiki barulah saya faham bahawa jenama hotel ini hanya mempunyai satu sahaja cawangan di Malaysia maka namanya jarang disebut oleh warga lokal. Akan tetapi Oakwood sendiri sudah lama bertapak dalam industri pembangunan hartanah dan hospitaliti serta antara pengendali serviced apartment terkemuka di serata dunia sejak 1996.

REVIEW PENGINAPAN DI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR
 
Saat melangkah di ruang lobi, saya terpesona dengan konsep ruang lobi terbuka yang kebiasaanya dijumpai pada resort. Kipas gergasi tergantung di siling juga mencuri perhatian. Urusan daftar masuk lancar dan saya patut memberi kredit kepada warga kerja hotel ini yang cukup murah dengan senyuman.

Pilihan unit jenis One-Bedroom Deluxe Apartment pada tepat walaupun ia agak besar untuk saya dan seorang rakan tapi I love it kerana saya memang mahukan vibes seperti dirumah. Tilam bersaiz King dan bantal yang empuk membuatkan saya malas mahu bangun dari lena.

Satu yang saya perasan tentang hotel ini adalah selain mesra keluarga dengan penawarkan banyak unit apartment yang luas dan selesa untuk keluarga serta tersedia wading pool untuk kanak-kanak bermandi, hotel ini juga mesra warga emas dan kelainan upaya. Ini dapat dilihat dengan kewujudan lif khas di tepi lobi untuk memudahkan akses ke bahagian restoran dan kolam renang. Malah di bilik mandi juga tersedia pemegang khas di dinding. Sewaktu kunjungan saya di hotel ini juga dapat dilihat ramai tetamu hotel rata-rata keluarga.

REVIEW PENGINAPAN DI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

Lokasi hotel ini juga pada saya cukup strategik kerana berdekatan dengan beberapa pusat membeli-belah terkemuka dan tarikan pelancong seperti Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur.

Walaupun panorama dari tingkap apartment saya tidak lah memukau tetapi dapat melihat bangunan kebanggaan Malaysia, KLCC menerusinya sudah cukup puas hati.

REVIEW PENGINAPAN DI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

Untuk kualiti rasa menu sarapan pagi dan makan malam di hotel ini, I have nothing to complaint kerana menepati selera tekak saya.

Jika anda mencari penginapan persis kediaman tetapi memberi kemudahan dan fasiliti hotel serta mesra keluarga, Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur adalah pilihan terbaik. Malah jika anda mencari penginapan di tengah bandaraya Kuala Lumpur pada harga berpatutan, inilah hotel yang patut anda consider. Untuk harga sila semak laman sesawang rasmi Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur atau laman carian hotel dan apa yang pastinya semakan terakhir saya untuk unit yang saya tempah ini berharga kurang daripada RM300 sahaja. What a deal!

Adakah saya akan kembali menginap disini? Sudah pasti! Anda boleh layari https://www.oakwood.com/malaysia/kualalumpur/hotel-residence-kualalumpur ATAU telefon 03-2720 3888 ATAU emel ke general.residence-kualalumpur@oakwood.com untuk maklumat lanjut. Selamat bercuti!

IKUTI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR DI FACEBOOK | INSTAGRAM

REVIEW PENGINAPAN DI OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

ALAMAT OAKWOOD HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR
222, JALAN AMPANG, 50450 KUALA LUMPUR.

#HOTELHUNTING #OAKWOODKUALALUMPUR #OAKWOODHOTELRES #HOTEL #REVIEW

0 Comments