Happy New Year!!!!!!! Apa Resolusi 2016 Anda?

December 28, 2015 REEF OMAR 0 Comments

Salam REEFISM semua...

Pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung tahun 2015. Pantasnya masa berlalu sebab tinggal beberapa hari saja lagi nak masuk ke tahun baru. Kemana anda semua meraikan malam tahun baru? Ada juga yang suka celebrate di luar negara. Saya belum lagi berkesempatan nak celebrate new year di luar Malaysia. Biasanya saya just lepak makan-makan di mall tak pun duduk rumah saja sebab sejak meniti usia ni (macam tua sangat kan) saya tak suka sesak-sesak dengan orang ramai ni. Dengan nak menghadap jem teruk lagi di malam tahun baru. Tak kuasa meks........

Sumber Google


Actually saya takdelah letak apa-apa azam pada tahun 2015. Sekadar berharap agar diberi kesihatan yang baik, kehidupan yang lebih bermakna. Cuma tahun ini saya bersyukur sebab i managed to get zero MC tau. Satu self achievement sangat. Walaupun sakit demam tapi saya gagah jugak pergi kerja sebab bagi saya selagi boleh bergerak dan buat kerja buat apa nak MC kan. Kadang-kadang kita jangan manjakan sangat badan kita ni.

Sumber Google


Tahun ini agak mencabar sebenarnya dengan suasana politik negara yang pelbagai warna, ekonomi global yang tak menentu serta kisah2 berita sensasi seperti kes kapal terbang terhempas la, GST la, kes di Paris lah, Syria la. Macam-macam kisah dunia sekarang ni. Naik pening memikirkannya.

Tahun 2016 bakal memasuki siri kalendar dan dijangka juga ekonomi dunia semakin teruk. Jadi korang semua kenalah bersedia merancang kehidupan harian dengan baik.

Tahun 2016 ini saya nak letak beberapa sasaran dalam hidup.

Antaranya:

  1. mengamalkan cara hidup sihat sebab tahun 2015 saya kurang bersenam. Dulu saya ni gila jogging. Tapi lately ni busy sangat dengan aktiviti harian. Jadi tahun depan saya nak aktifkan semula aktiviti riadah. No excuse!
  2. mencari side income sebab sekarang ni semua benda naik harga sejak GST dilaksanakan. Dari tambang LRT, toll, barang keperluan, dan dengar kata tambang pengangkutan awam lain juga akan naik. Alahai...kena work harder. Dulu saya ada juga buat bisnes kecil-kecilan seperti jual kek, kerepek dan juga ada buat part time model dan menyanyi di majlis-majlis keraian. So untuk 2016 ni saya ingat nak cuba buat modelling semula. Semoga masih laku...hahahaha
  3. terus meneroka dunia walaupun keadaan ekonomi dunia yang tak menentu sebab saya percaya untuk explore dunia ni duit bukan isu utama tapi keinginan untuk belajar tentang erti hidup adalah kunci utama. Tahun 2016 saya ada beberapa siri eksplorasi dunia tau yang saya dah plan 1 tahun lebih awal, jadi korang kena lah tunggu update dari saya.
  4. plan untuk mega trip 2017 pula sebab saya ada beberapa destinasi impian. Antaranya saya teringin nak explore USA, Rusia dan juga Eastern Europe. Insha Allah, semoga jadi kenyataan. Amin....
Apa pulak target anda untuk 2016? Ada yang dah susun cantik azam mana nak dibuat dahulu kan. Ada yang plan nak tukar gajet baru kah? Atau pun target untuk menamatkan zaman bujang barangkali? Apa2 pun azam dan resolusi anda saya berdoa agar impian dan cita-cita anda dapat direalisasikan. Tidak salah untuk bermimpi kerana setiap realiti datang dari mimpi disusuli dengan usaha keras.

Sumber Google


Jadi jangan hanya bermimpi tau. Korang kenalah work hard and work smart untuk capai mimpi-mimpi tu. Doa pada Allah supaya dipermudahkan. Sentiasa positif dalam diri. Insha Allah pasti Allah membantu hamba-hambaNya.

Sumber Google

Sumber Google

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua pembaca terutamanya pembaca setia saya yang tak jemu-jemu tunggu update dari saya (Eh, ada ke?). Saya akan cuba menyajikan kisah-kisah menarik kepada anda semua yang pastinya lebih ilmiah dan dapat membantu kehidupan anda hendaknya.

Once again, Happy New Year 2016 tau. May the Force be with you. Eh...salah tagline....Larikkkk...........

Don't drink and drive ye...hahahaha

Till then...daaaaa....

0 comments:

Segmen Makan Di Mana? Restoran Rebung Dato' Chef Ismail Bangsar

December 24, 2015 REEF OMAR 6 Comments

Salam REEFISM semua...

Apa khabar semuanya?Sihat hendaknya. Memandangkan minggu ini minggu cuti perayaan sempena Maulidul Rasul dan Hari Natal pasti ramai yang mengambil peluang untuk bersama keluarga dan rakan-rakan bercuti. Apa pun yang anda lakukan please be safe dan enjoy the moment. Eh, lupa nak wish Salam Maulidul Rasul dan Selamat Hari Natal.

Meh nak share cerita ngan uols. Pada 23 Disember 2015 saya berpeluang untuk menikmati dinner di Restoran Rebung yang terletak di area Bangsar. Kami berenam saja lepak sini sebab esoknya kan cuti (Maulidul Rasul dan Krismas) so bolehlah nak hangout sampai tutup kedai kan....hik3

alamat kedai


Anyway, restoran ini dimiliki oleh 2 nama besar iaitu Dato' Chef Ismail dan Datuk Dr. Muszaphar Shukor (Angkasawan Pertama Malaysia). Actually saya selalu makan di sini cuma kali ini terpanggil untuk berkongsi pengalaman makan di sini dengan anda semua.

Landmark kedai adalah opposite bangunan ini

Restoran ini beroperasi dari pukul 12 tengahari sampai 10 malam setiap hari. Restoran ini menyediakan pilihan menu samada secara Buffet ataupun Ala Carte. Senang je nak jumpa kedai ni. Nak naik LRT ke sini pun boleh. Cuma turun dekat LRT Bangsar dan keluar dari bangunan UOA Bangsar menghadap kedai mamak Fathima dan menapak sikit ja dan akan lalu belakang bangunan Maybank Bangsar

main entrance

ekspresi sebelum makan 

Harga Ala Carte boleh refer pada menu book di restoran manakala harga Buffet untuk lunch, Hi-tea dan dinner boleh refer pada gambar di bawah. Bagi saya kalau jenis nak lepak lama dan makan banyak terutama time dinner better amik buffet tapi kalau jenis makan sikit better amik ala carte saja. Kalau tak nanti rugi je amik buffet tapi makan sikit saja kan.....

nak menu ala carte sila order melalui menu book

harga buffet

Dekorasi kedai dia pun menarik. Ada kombinasi suasana kampung dan moden. Korang boleh tengok periuk lama, pinggan mangkuk lama dibuat hiasan restoran. Menarik dan klasik. Mengimbau nostalgia lama gitu. Kalau tak nak makan outdoor area, ada disediakan juga ruang makan di dalam siap dengan aircond lagi. Saya suka lepak outdoor area lagi sebab sambil makan dinner boleh layan karaoke session dan persembahan dari artis residen Restoran Rebung iaitu kak Alina Hassan dan Abang Zul dari kumpulan Kasawari. Diorg memang sporting dan friendly abis tau. Saya selalu je nyanyi kat situ dan kadang2 duet ngan kak Alina.


pembuka selera katanya

makan tak pandang kiri kanan dah sebab lapar giler

pilihan sambal dan pencicah

ruang kedai

kreatif

nostalgia sangat

ini menu feberet saya

tak abis-abis sembang sal kerja kan....

ni pun boleh jadi bahan dekorasi kedai

kreatif

kuali pun boleh

mana nak cari ek mangkuk besi cam ni...

dessert section

really huh????

tempting

makan sampai kesat peluh

ABC dan air panas section

highlighted by Tripadvisor ye..Jangan main-main

ruang makan indoor

kaunter bayaran dan boleh bayar cash atau credit card

seleksi buku resepi Dato' Chef Ismail

lampu

seleksi kerabu

nasi lemak dia sedap

seleksi side dish

lauk pauk yang ada

nak roti jala dan onde-onde pun ada

tak payah tunggu raya pun boleh makan dodol

ruang makan outdoor

suka almari ni

rojak buah dan popia basah pun ada

laman kecil

cam ni boleh mok mok makan kat sini sebab banyak sangat pilihan makanan

rambang mata memilih makanan

tempat sudu dan tisu

abang Zul dan abang Nizal

pentas Gagap Berganda..hahahaha

serius nya nyembang

dulang ni sangat old skool

lampu

yang ni pun old skool

titi kehidupan

nak buat private function pun boleh kat sini

Personally it's highly recommended untuk makan disini sebab masakan dia ala2 kampung dan enak-enak belaka. Ruang kedai dia walaupun terhad tapi masih ada mood privasi untuk pelanggan. Harga dia bagi saya adalah sederhana sesuai dengan konsep dan rasa masakan. Staff diorg pun baik dan friendly.

tata...jumpa lagi....

Jadi bagi mereka yang ingin mencuba masakan kampung dan juga inginkan tempat lepak ngan kawan2 boleh lah datang ke Restoran Rebung ni tau. Pasti tidak mengecewakan.

Till then...daaaaa....

P/S: Restoran ini telah berpindah di kawasan Taman Botani Perdana Kuala Lumpur dan alamat barunya di Cascade Parking Bukit Aman, 5-2, Jalan Tanglin, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (berhampiran dengan Balai Polis Bukit Aman).


6 comments:

Powered by Blogger.