Mengangkat keaslian rasa dan warisan masakan tradisional Nusantara, bufet ini menampilkan pelbagai hidangan autentik yang dimasak secara kawah berasap serta sajian klasik kampung. Antara menu utama yang ditawarkan termasuk Nasi Keladang Istimewa, Asam Pedas Daging Tetel, Ikan Patin Tempoyak, Gulai Kawah Daging, Ayam Salai Lemak Cili Padi, ulam-ulaman segar, sambal tradisi serta pelbagai kuih-muih warisan dan pencuci mulut klasik .
Turut mencuri tumpuan ialah kiosk makanan secara live seperti Kambing Grill, roti jala, lempeng kelapa, aneka sup, pasta panas, rojak kampung, cendol sawit serta stesen minuman dan kopi. Keseluruhan pengalaman bufet ini dilengkapi dengan live cooking, persembahan live band, serta suasana eksklusif yang sesuai untuk keluarga dan korporat.
Sebagai nilai tambah, pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah menarik termasuk sebuah motosikal, selain pelbagai hadiah lain sepanjang tempoh promosi.
Menurut pengasas Semesta Event Space, Farlisa binti Yaafar yang telah mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam penganjuran majlis, bufet Lembayung Sajian Asli yang ditampilkan kali ini cukup istimewa dan berbaloi untuk dicuba kerana ia bukan sekadar bufet, malah satu pengalaman gastronomi berteraskan warisan, disajikan melalui masakan kawah berasap, menu autentik kampung dan elemen tradisi yang jarang ditemui di bufet Ramadan biasa.
Harga promosi pembelian awal ditawarkan bermula RM69 untuk dewasa, RM45 untuk kanak-kanak (5–12 tahun) dan RM60 untuk warga emas (60 tahun ke atas), tertakluk kepada terma dan tarikh promosi. Tempahan awal dibuka sehingga 1 Februari 2026. Guna kod istimewa REEFOMAR5 untuk diskaun tambahan sebanyak 5% dan diskaun terpakai untuk HARGA DEWASA SAHAJA (early bird, promosi 2 hari pertama dan harga normal).
Semesta Event Space turut menyediakan kemudahan lengkap termasuk dewan berhawa dingin, surau, tandas, parkir berbumbung, parkir EV serta mesra OKU, menjadikan ia lokasi ideal untuk berbuka puasa dan majlis korporat.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, orang ramai boleh menghubungi semesta.eventspace@gmail.com atau menghubungi pasukan jualan yang tertera pada bahan promosi rasmi.
Lokasi: SEMESTA EVENT SPACE. LEVEL IA, SKY PARK @ ONE CITY SUBANG, 47650 SUBANG JAYA. SELANGOR.
Media Sosial:
IG: www.instagram.com/semesta_eventspace
TT: https://www.tiktok.com/@semesta.eventspace
Threads: www.threads.com/@semesta_eventspace
FB: www.facebook.com/semesta.eventspace
#BUFETRAMADAN2026 #SEMESTAEVENTSPACE



0 Comments