10 PILIHAN TEMPAT MAKAN SEDAP, BEST DAN HALAL DI IPOH, PERAK


Ipoh, ibu negeri Perak Darul Ridzuan menjadi antara lokasi pilihan bila berbicara soal libur. Bandaraya ini pernah dinobatkan 10 bandar yang wajib dilawati oleh buku panduan kembara tersohor, Lonely Planet. Saya harus akui bahawa Ipoh masih punya nilai klasik serta indah alam yang masih terpelihara hingga kini. Bangunan kolonial menjadi kafe hipster, pelbagai pilihan aktiviti sukan ekstrem, dan yang paling best adalah variasi hidangan lokal popular wajib dicuba adalah antara tarikan istimewa bila anda ke Ipoh.

Nasi Ayam, hor fun dan taugeh yang terkenal adalah antara menu yang menjadikan bandaraya Ipoh tuan rumah kepada pelbagai kulinari tradisional, hidangan ikonik dan tempat makan menarik. Saya hidangkan anda 10 tempat makan Halal, sedap dan best di Ipoh untuk anda cuba. Menariknya, kesemua 10 lokasi tempat makan di Ipoh ini boleh menggunakan aplikasi pembayaran nirtunai Boost dengan pulangan tunai daripada “Shake Rewards” selepas membuat pembayaran untuk setiap hidangan.

1. Miker Padang Ipoh






Sebuah kafe hipster yang terletak di Padang Ipoh, Miker terkenal dengan hidangan Tom Yum dalam Kelapa dan piza-piza unik seperti Crazy Cheese, Crazy Meat dan Ultimate Kampung yang mempunyai cili padi dan ikan bilis. Pilihan masakan Barat seperti lamb chop dan ayam keju panggang juga harus dicuba!

Alamat: Jalan Padang, 30020 Ipoh, Perak
Waktu perniagaan: Selasa hingga Sabtu, 5.00 PTG hingga 12.00 TGH MLM.

Ditutup pada hari Isnin


2. Char Kuey Teow Abang Sayang





Char Kuey Teow yang dihidang di Kedai Abang Sayang bukan sekadar Char Kuey Teow biasa. Ia dimasak menggunakan kuah istimewa dan meriah dengan udang besar. Sekali rasa, anda tidak lagi akan makan Char Kuey Teow lain. Mereka turut menawarkan hidangan lain termasuk Nasi Ayam, Bihun Sup dan Sate.

Alamat: No. 25, Jalan Meru Bestari A14, Medan Meru Bestari

Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari kecuali Selasa, 4.00 PTG – 1.00 PG


3. Restoran Warteg Ipoh





Terletak di dalam salah satu bangunan tertua di Ipoh, warung moden ini menawarkan kaki makan pelbagai pilihan hidangan yang diinspirasikan dari masakan Jawa. Hidangan yang wajib dicuba adalah Ketam Raja dan Lobster dimasak gaya Jawa ala shellout. Selain makan hidangan laut segar, cubalah nasi uduk dan kacang pol versi Warteg.

Alamat: 73, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh

Waktu Perniagaan: Selasa hingga Sabtu, 4.00 PTG – 1.00 PG, ditutup pada hari Isnin


4. Restoran Nasi Vanggey

Nasi Vanggey menjadi ikon makanan di Ipoh sejak tahun 1955. Dihidangkan dengan nasi putih dan ayam goreng bersama-sama pilihan hidangan sampingan lain yang menggiurkan serta ditambah kuah signature menjadikannya kombinasi terbaik. Walaupun terdapat cawangan di KL, anda mesti singgah makan di Ipoh kerana feel nya berbeza.

Alamat: 5-A Lebuh 1, Pusat Perniagaan Greentown

Waktu Perniagaan: Dibuka 24 jam, 7 hari seminggu


5. Canning Dim Sum

Pilihan popular untuk sarapan pagi dan tengah hari, restoran dim sum Halal ini menyediakan dim sum lazat dengan lebih 50 pilihan dim sum untuk dinikmati. Salah satu hidangan paling popular ialah Lau Sa Pau dengan 5 rasa iaitu telur asin, bijan hitam, teratai, coklat dan keladi.

Alamat: No. 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh

Waktu perniagaan: 6.30 PG – 2.00 PTG. Ditutup pada hari Rabu


6. Labu Sayong Café

Kafe menawan ini menyajikan masakan asli dan tradisional Melayu Perak termasuk hidangan seperti Ikan Purba Kala Sayong dan Rusuk Kambing Tongkat Ali. Jika anda mencari tempat untuk menikmati citarasa masakan Melayu tradisional, Labu Sayong Café adalah tempat untuk dikunjungi.

Alamat: F2, Kompleks Silveritage Galleria, Medan Gopeng, 31350 Ipoh 

Waktu Perniagaan: Hari bekerja: 10.00 PG – 10.00 MLM 

Hujung Minggu dan hari sebelum Cuti Umum: 10.00 PG – 11.00 MLM 


7. Assam House

Kedai ini berjaya memenangi hati penduduk tempatan lebih daripada 26 tahun. Assam House adalah salah satu restoran Nyonya paling popular di Ipoh. Sajian istimewa mereka yang wajib dicuba ialah Kari Kepala Ikan dan Nyonya Lucky Platter.

Alamat: 2 & 2A, Medan Gopeng 2, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 31350 Ipoh.

Waktu perniagaan: 11.30 PG – 3.00 PTG / 6.00 PTG – 10.00 MLM

8. Rojak dan Cendol Padang Ipoh

Untuk mereka yang menggemari rojak dan cendol, tempat ini adalah pilihan terbaik di bandaraya Ipoh. Kaki makan pasti wajib mencuba Cendol Durian dan Pulut yang popular, dinikmati bersama Rojak Pasembor, Mi Rebus dan Mi Goreng.

Alamat: No. 17, Jalan Tun Sambanthan 30020 Ipoh, Perak
Waktu perniagaan: 10.00 PG – 8.00 MLM


9. Zul Yahya Steamboat

Daripada seorang pelakon, Zul Yahya kini berkecimpung dalam bisnes makanan dengan membuka restoran steamboat. Penggemar steamboat wajib ke restoran ini bagi menikmati steamboat dan BBQ gaya bufet kerana Restoran Zul Yahya Steamboat menawarkan pelbagai pilihan makanan sama ada BBQ atau dimasak dalam sup istimewa mereka.

Alamat: No.1, 1b, Jalan Meru Bestari A8, Bandar Meru Raya

Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari pukul 10.00 PG – 12.00 TGH MLM


10. Restoran Fuziah

Restoran Fuziah Nasi Ayam atau lebih dikenali sebagai Nasi Ayam Pasar Bulat digemari penduduk setempat sejak tahun 1980-an. Hidangan popular ini berasaskan nasi beras wangi dimasak dengan minyak lemak ayam serta ayam panggang digoreng garing bersama campuran sos soya sedikit manis. Sedap hingga mahu tambah nasi!

Alamat: 78, Jalan Mustapha Al-Bakri, 30300 Ipoh
Waktu Perniagaan: 11.30 PG – 10.30 MLM


Muat turun aplikasi Boost di Google Play Store atau App Store hari ini dan nikmati pengalaman pembayaran tanpa tunai dengan ganjaran segera berbentuk pulangan tunai.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BOOST

6 Comments

  1. Ipoh antara lokasi best nak JJCM juga.. penah pegi Nasi Vanggey je. yang lain baru first time dengar.. boleh masuk list.. mana tahu terlajak ke Ipoh =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam jenis makanan ada kat Ipoh kan? Kalau cuti ke sana wajib makan dan menambahkan lelemak. Hihi

      Delete
  2. terima kasih jasa admin sudi review, insyallah senang kami serang lokasi ni, nak pau resepi =)

    ReplyDelete
  3. 2 tempat dari yang Reef senaraikan je yang saya sudah pi makan.

    Saya pun pernah senaraikan macam ni. Jemputlah baca: http://nota-kembara.blogspot.com/2016/09/10-tempat-makan-sedap-di-ipoh.html

    ReplyDelete