RANCANGAN LIMALETOP OLEH HURR.TV KINI LIVE!


Bagi mendekatkan lagi hubungan penonton setia dan hasil sambutan diluar jangkaan, program LimaLeTop terbitan hurr.tv kendalian pelakon dan pengacara muda berbakat, Ain Edruce kini dapat disaksikan secara langsung. Program ini dijadualkan bersiaran pada minggu terakhir setiap bulan telah pun memulakan sesi siaran langsung pertama pada 31 Januari 2019 bertempat di MyEG Tower dengan menampilkan Ismail Izzani sebagai tetamu jemputan serta dihadiri hampir 40 orang peminat bertuah.

Sebagai info, program LimaLetop mengutarakan lima kandungan segar dan terkini iaitu Muzik LeTop, Topik LeTop, Viral LeTop, Movie LeTop dan Barang LeTop.

Kelainan yang ditampilkan pada sesi live ini adalah hos akan membaca dan menjawab Soalan LeTop daripada penonton di studio serta mereka yang bertanyakan di laman web dan aplikasi hurr.tv.









Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly berkata, “hurr.tv tidak akan berada di tahap ini tanpa sokongan penonton setia kami. Memulakan tahun 2019, kami tampil dengan beberapa idea dalam mendekatkan lagi penonton bersama program yang dihasilkan. Selain itu, nantikan juga beberapa program baharu disusun oleh hurr.tv semestinya memenuhi kehendak penonton yang mahukan kandungan menghiburkan, urban, relevan dan realiti.”

LimaLeTop kini telah bersiaran sebanyak 104 episod web yang boleh ditonton di laman web, laman YouTube dan aplikasi hurr.tv. Jumlah tontonan terkini bagi semua episod web telah melebihi 9 juta dengan beberapa tetamu jemputan telah ditampilkan antaranya Elfira Loy, Sarah Suhairi, Nabila Razali, Naim Daniel, Jaa Suzuran dan Daiyan Trisha. LimaLeTop LIVE dibawakan oleh jenama penjagaan wajah dan kulit, muca.







SUMBER FOTO: HURR.TV

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #HURRTV

0 Comments