FOREST SKYWALK (JEJANTAS RIMBA) FRIM KEPONG LOKASI WAJIB KUNJUNG DI SELANGOR

FOREST SKYWALK (JEJANTAS RIMBA) FRIM KEPONG LOKASI WAJIB KUNJUNG DI SELANGOR


Forest Skywalk (Jejantas Rimba) FRIM Kepong Lokasi Wajib Kunjung Di Selangor |
Sejak kerajaan membenarkan rentas negeri, orang ramai mengambil peluang untuk bercuti dan meneroka destinasi pelancongan menarik dalam negara. Bagus juga kita lakukan aktiviti pelancongan sebegini kerana dapat meredakan stres akibat terperuk lama di rumah selain dapat membantu meningkatkan sektor pelancongan domestik. Sebenarnya, Malaysia memang banyak pilhan destinasi pelancongan yang menarik untuk semua jenis golongan umur. Contohnya di Selangor Darul Ehsan yang menawarkan variasi produk pelancongan termasuk tempat menarik untuk dilawati.

Antara tempat menarik yang sudah kembali dibuka kepada orang ramai adalah Jejantas Rimba atau Forest Skywalk di FRIM Kepong. Baru sahaja kembali beroperasi pada 16 Oktober 2021, Forest Skywalk FRIM Kepong menawarkan pengalaman menarik buat anda yang suka melihat panorama indah serta menikmati alam semula jadi. Info menarik, kawasan FRIM Kepong pernah dijadikan lokasi pengambaran filem oleh produksi filem tempatan dan luar negara.



APA YANG MENARIK DI FOREST SKYWALK FRIM KEPONG

Forest Skywalk FRIM Kepong merupakan Titian Silara kedua di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang terletak di Taman Botani Kepong (KBG). Jadi untuk datang ke sini, anda boleh menggunakan pintu masuk kedua FRIM di bahagian Taman Botani FRIM Kepong bersebelahan dengan Taman Ehsan.


FOREST SKYWALK (JEJANTAS RIMBA) FRIM KEPONG LOKASI WAJIB KUNJUNG DI SELANGOR


Struktur jejantas rimba ini dibina menggunakan perancah aluminium yang diperkukuhkan dengan tiub keluli serta kabel besi penampung (guy wire). Forest Skywalk ini terdiri daripada 11 menara dan 8 jambatan dengan pelantar-pelantar berketinggian di antara 18-50 meter yang berjumlah 250 meter panjang. Bahagian paling tinggi struktur ini adalah 141 meter dari aras laut. Mahukan panorama lebih memukau mata, naik saja ke puncak menara yang berketinggian 50 meter.


FOREST SKYWALK (JEJANTAS RIMBA) FRIM KEPONG LOKASI WAJIB KUNJUNG DI SELANGOR

FOREST SKYWALK (JEJANTAS RIMBA) FRIM KEPONG LOKASI WAJIB KUNJUNG DI SELANGOR

FOREST SKYWALK (JEJANTAS RIMBA) FRIM KEPONG LOKASI WAJIB KUNJUNG DI SELANGOR


Untuk menaiki Forest Skywalk FRIM Kepong ini, anda hanya perlu berjalan kaki sejauh 100 meter dari bangunan pejabat dan kaunter tiket dan melalui denai yang mudah. Sampai saja di perkarangan Forest Skywalk FRIM Kepong ini, anda boleh menaiki tangga yang disediakan untuk ke atas. Namun harus diingatkan bahawa semasa naik, hanya seorang sahaja perlu berada di setiap 2 aras tangga. Maksudnya tidak boleh naik serentak dan setibanya di atas, hanya 5 orang sahaja dibenarkan berada di atas jambatan ini. Ini semua bagi mengimbangi struktur jejantas rimba ini. Setiap pengunjung boleh menghabiskan masa sekitar 30-40 minit di atas jejantas rimba ini. Jangan lama sangat kerana bagi peluang kepada pengunjung lain untuk merasai pengalaman sama ok!

FOREST SKYWALK (JEJANTAS RIMBA) FRIM KEPONG LOKASI WAJIB KUNJUNG DI SELANGOR

FOREST SKYWALK (JEJANTAS RIMBA) FRIM KEPONG LOKASI WAJIB KUNJUNG DI SELANGOR

FOREST SKYWALK (JEJANTAS RIMBA) FRIM KEPONG LOKASI WAJIB KUNJUNG DI SELANGOR

FOREST SKYWALK (JEJANTAS RIMBA) FRIM KEPONG LOKASI WAJIB KUNJUNG DI SELANGOR

FOREST SKYWALK (JEJANTAS RIMBA) FRIM KEPONG LOKASI WAJIB KUNJUNG DI SELANGOR

FOREST SKYWALK (JEJANTAS RIMBA) FRIM KEPONG LOKASI WAJIB KUNJUNG DI SELANGOR

FOREST SKYWALK (JEJANTAS RIMBA) FRIM KEPONG LOKASI WAJIB KUNJUNG DI SELANGOR

FOREST SKYWALK (JEJANTAS RIMBA) FRIM KEPONG LOKASI WAJIB KUNJUNG DI SELANGOR


Sudah berada di atas, anda boleh menikmati permandangan indah kota raya di bahagian selatan dan rimbunan pepohon hutan di bahagian utara dan timur. Kalau anda berdiri menghadap barat pula, anda boleh menikmati keindahan pepohon tanaman bertema dan kolam Taman Botani Kepong yang cukup luas. Kalau nasib anda baik, pada sekitar bulan Jun hingga September, anda berpeluang melihat pokok durian yang berbuah lebat berhampiran jejantas. Masa musim durian ini juga menyaksikan kemunculan pelbagai spesies serangga, beburung, monyet ekor panjang dan tupai gergasi. Pastinya satu pengalaman unik menikmati alam di tengah kota!





PERKARA WAJIB PATUHI KETIKA BERADA DI FOREST SKYWAL FRIM KEPONG

FOREST SKYWALK (JEJANTAS RIMBA) FRIM KEPONG LOKASI WAJIB KUNJUNG DI SELANGOR


Pastinya ada beberapa peraturan dan undang-undang yang wajib anda patuhi ketika berada di Forest Skywalk FRIM Kepong ini. Antaranya:

  • Bersandar/berkumpul di pada selusur (rail)
  • Berkumpul pada satu tempat sama ketika di atas jambatan.
  • Merokok
  • Berlari, menggoyang, melompat, membuat bising di atas jejantas rimba
  • Merosakkan sumber semula jadi di dalam kawasan Forest Skywalk FRIM Kepong.

APA NAK BAWA SEMASA DI FOREST SKYWALK FRIM KEPONG

Untuk keselesaan dan keselamatan anda, dinasihatkan untuk memakai kasut sukan dengan tapak yang cengkaman kuat. Ini bagi mengelakkan anda tergelincir kerana dikhuatiri lantai dan tangga licin. Selain itu, anda boleh bawa tuala muka, topi, kamera dan botol minuman. Selebihnya, anda boleh mengambil gambar sebanyak mungkin dengan variasi gaya ootd menarik!


HARGA TIKET MASUK FOREST SKYWALK FRIM KEPONG

Harga tiket masuk ke Forest Skywalk FRIM Kepong adalah seperti berikut:




Buat masa ini, pembelian tiket hanya menerusi dalam talian sahaja. Bagi kumpulan 10 orang ke atas pula, tempahan awal perlu dibuat di Pusat Informasi Pelawat (VIC). Untuk makluman tambahan, kanak-kanak dibawah 7 tahun tidak dibenarkan naik ke Forest Skywalk FRIM Kepong.


ULASAN PERIBADI FOREST SKYWALK FRIM KEPONG

Secara peribadi, saya cukup seronok berada di Forest Skywalk FRIM Kepong ini. Walaupun ia sedikit mencabar kerana perlu memanjat tangga untuk ke atas jejantas, ia bukan halangan demi mendapatkan pemandangan indah di sekitar FRIM Kepong yang menghijau ini. Kalau anda sukakan ootd, ini adalah lokasi terbaik dan unik buat anda. Barulah gempak setiap foto anda nanti! Walaupun saya sedikit gayat, ia tidak membantutkan saya untuk menikmati pengalaman menarik berada di Forest Skywalk FRIM Kepong.


FOREST SKYWALK (JEJANTAS RIMBA) FRIM KEPONG LOKASI WAJIB KUNJUNG DI SELANGOR
 

Forest Skywalk (Jejantas Rimba) FRIM Kepong dibuka pada Sabtu hingga Khamis bermula jam 8.30 pagi sehingga 3.30 petang (ditutup pada hari Jumaat). Sudah teruja dan jatuh cinta dengan Forest Skywalk FRIM Kepong? Layari www.skywalk.frim.gov.my untuk maklumat lanjut.

IKUTI FRIM KEPONG DI FACEBOOK | INSTAGRAM




LOKASI FOREST SKYWALK FRIM KEPONG
FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM)
TAMAN BOTANI FRIM KEPONG,
52109 KEPONG,
KUALA LUMPUR.

TELEFON: 03-6279 7649

EMEL: frim_enquiry@frim.gov.my





#CUTICUTIMALAYSIA #FORESTSKYWALKFRIMKEPONG #TRAVEL


0 Comments