Edisi #HotelHunting seterusnya adalah meninjau sebuah boutique hotel yang berada di negara jiran kita, Singapura. Agak jauh jarak pencarian hotel kali ini. Sebenarnya, kehadiran saya ke negara Singapura ini adalah sekadar ingin menikmati percutian hujung tahun sahaja. Kebetulan berada disini bersama 3 orang rakan karib yang lain, jadi kesempatan ini diambil meneroka hotel-hotel menarik disini dan berkongsi pengalaman serta memberi idea kepada anda yang merancang untuk bercuti di sini.
The Great Madras? What so special about this hotel? Why I picked this hotel during my stay in Singapore? Barangkali itu yang menjadi persoalan di minda anda bukan? Idea ini untuk menginap di hotel ini timbul setelah melihat sebuah video berkenaan percutian seorang journalist dan influencer terkenal dari Amerika Syarikat, Noor Tagouri di laman Youtube. Menerusi vlog tersebit, beliau sempat berkongsi penginapan beliau bersama suaminya di The Great Madras ini. Dek terpesona dengan hiasan dalaman hotel yang berkonsepkan nostalgia 70-an ini menarik minat saya untuk merasai sendiri pengalaman menginap disini. Konsep hotel sebegini sememangnya menjadi trend terkini terutamanya bagi mereka yang gila Instagram seperti saya.
Sebagai info, hotel The Great Madras sudah beroperasi setahun lebih di bangunan 3 tingkat dengan kemudahan lif dan hanya mempunyai mempunyai 34 buah bilik sahaja. Hotel ini berada di kawasan Little India, antara kawasan tumpuan pelancong disini. Menerusi pemerhatian saya, hotel The Great Madras cuba menerapkan konsep greatness is made up of little things. Walaupun bersaiz kecil, mereka cuba mengaplikasi great on attitude, personality, and service. Malah hotel ini memberi ruang kepada saya menikmati imbauan nostalgia 70-an menerusi sentuhan dekorasi era itu.
Tidak sukar mencari lokasi hotel The Great Madras ini kerana jelas kelihatan tulisan besar di dinding luar hotel. Memandangkan saya menggunakan perkhidmatan e-haling Grab sebagai mod pengangkutan ke sini, jadi ia lebih mudah buat saya mencari lokasi hotel ini. Percaya atau tidak, kos bagi 4 orang menaiki satu kereta Grab jauh lebih murah dan mudah berbanding anda menaiki MRT atau bas. Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan MRT, turun sahaja di stesen Little India atau Jalan Besar (saya lebih sarankan anda turun di stesen Jalan Besar (Downtown Line) kerana jarak ke hotel hanya 350 meter dan mengambil masa kira-kira 5 minit sahaja berjalan kaki).
Lokasi hotel ini cukup strategik kerana jaraknya cuma mengambil masa 10 minit berjalan kaki ke pusat membeli belah 24 jam Mustafa.
Saya cukup tertarik dengan kemasan dan hiasan di ruang lobi hotel ini. Cukup nostalgik dengan permainan lukisan dan warna pastel. Pastinya konsep hotel ini tidak lengkap mood 70-an nya tanpa hiasan lampu neon. Lobi hotel ini berkongsi ruang dengan kafe bistro kecil yang turut menyediakan sarapan pagi halal buat mereka yang menginap disini. Selain itu, aras bawah ini juga turut mempunyai sebuah kedai gunting rambut hipster, mesin dobi berbayar dan juga tersedia ruang membaca dan lepak santai. Jangan lupa untuk singgah di aras 2 kerana hotel ini turut mempunyai sebuah kolam renang yang mesra Instagram.
THEY PROVIDE LOTS OF USB PORT TO CHARGE DEVICES |
Antara pilihan kamar lain yang terdapat di hotel The Great Madras ini adalah THE DELUXE HOSTEL, THE GOOD ROOM (9 meter persegi termasuk bilik mandi), THE BETTER ROOM (12 meter persegi dengan bilik mandi), THE BALCONY ROOM (18 meter persegi dengan balkoni dan bilik mandi), THE COURTYARD ROOM (28 meter persegi dengan balkoni dan bilik mandi) dan THE GREAT SUITE (20 meter persegi dengan tersedia tab mandi).
AT NIGHT |
AT NIGHT |
AT NIGHT |
VIEW FROM MY ROOM DURING NIGHT |
Seperti biasa, acara wajib jika inap di hotel adalah mencuba menu sarapan pagi yang disediakan. Hotel The Great Madras menyediakan konsep semi bufet dimana tersedia menu ringkas di meja seperti roti, bijirin, buah-buahan serta minuman jus dan panas. Anda turut diberi pilihan menu ala carte untuk menjamu selera samada menu asia atau barat.
I CHOSE OLIVE PILLAF RICE WITH CHILLI CHICKEN FRANKS AND PAPADAM |
Momen yang dinanti adalah ulasan/rebiu! Secara peribadi, hotel The Great Madras bukanlah kategori hotel butik yang terbaik pernah saya inapi namun ia juga bukanlah hotel yang tidak bagus. Saya cukup terpesona dengan idea dan konsep hotel ini yang cuba menerapkan elemen era lama pada setiap sudut ruang hotel yang berasal daripada sebuah bangunan kolonial. Tilam dan bantal di kamar juga harus mendapat kredit kerana cukup empuk. Cuma apa yang saya rasakan harus ditambah baik adalah pilihan menu sarapan pagi kerana pada saya terlalu plain dan pilihan yang terhad. Malah kualiti rasa menu ala carte kurang memuaskan. Saya bukanlah mahu sebuah meja bufet seperti hotel mewah, cukup sekadar beberapa menu dengan kualiti rasa yang baik. Manalah tahu menu sarapan pagi anda menjadi perbualan ramai kerana keenakkannya dan menjadi antara tarikan orang ramai mahu menginap di hotel ini.
Selain itu, pengalaman dalam pengendalian pelanggan di kaunter daftar masuk harus diperbaiki. Saya faham waktu daftar masuk sudah ditetapkan namun apa lah salahnya jika pelanggan anda tiba awal beberapa minit diberi peluang daftar masuk awal jika punya kekosongan bilik. Tidak perlu menunggu waktu tepat daftar masuk. Berada di lapangan perkhidmatan seperti ini memerlukan sedikit skill untuk menambat hati pelanggan. Lokasi hotel ini yang berhampiran dengan beberapa kelab malam juga mungkin akan mengundang ketidakselesaan anda namun orang seperti saya yang senang tidur pastinya ia bukan isu besar.
Tapi jangan risau kerana secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan pengalaman menginap disini. Jika anda punya waktu dan rezeki berkunjung ke Singapura, anda bolehlah mencuba sendiri menginap di hotel The Great Madras ini.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THEGREATMADRAS #HOTELHUNTING
Tapi jangan risau kerana secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan pengalaman menginap disini. Jika anda punya waktu dan rezeki berkunjung ke Singapura, anda bolehlah mencuba sendiri menginap di hotel The Great Madras ini.
LOKASI THE GREAT MADRAS
28 MADRAS STREET, SINGAPORE 208422.
TELEFON: +65 6914 1515
EMAIL:
LAMAN WEB RASMI
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THEGREATMADRAS #HOTELHUNTING
2 Comments
salam singgah. kak berkenan sangat kat wallpaper hijau dan wallpaper mesin dobi tu. hijau ala tentera gitu ^_^
ReplyDeleteSalam kak. Iya, interior dan dekorasi hotel ini memang menarik dan wow! Sebab tu saya pilih untuk stay disini.😁
Delete