PENGALAMAN MENGINAP DI BILIK STUDIO (STUDIO ROOM) HOTEL ALILA BANGSAR

January 07, 2019 REEF OMAR 0 Comments

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

Satu lagi hotel pilihan untuk edisi #HotelHunting kali ini adalah sebuah hotel yang berada di kawasan Bangsar iaitu Alila Bangsar. Kenapa Alila Bangsar? Pertama, saya sering menggunakan laluan Bangsar dan Brickfields dan setiap kali melalui kawasan ini saya akan terpandang bangunan hotel ini. Kedua, saya musykil dan tertanya-tanya kenapa hotel Alila Bangsar dibina dan dibuka dikeliling kediaman di Brickfields? Macam tidak kena pula lokasi hotel ini bagi saya. Jadi saya memilih hotel Alila Bangsar untuk mengetahui sendiri jawapan kepada persoalan saya tadi.

Sebagai info, Alila Bangsar merupakan hotel gaya hidup (lifestyle hotel) yang bertaraf 5 bintang. Jenama Alila ini juga turut mempunyai rangkaian di negara Indonesia, China, Cambodia dan India. Nama Alila diambil daripada perkataan Sanskrit yang membawa erti kejutan (surprise) yang menggambarkan karektor segar serta tanggapan pertama pengunjung yang menginap di rangkaian Alila.

Hotel Alila Bangsar ini cukup mudah untuk akses samada dengan kenderaan sendiri mahupun menggunakan pengangkutan awam kerana ia bercantum dengan LRT Bangsar menerusi jejantas yang dibina khas. Jejantas ini juga menjadi kegunaan penduduk di kawasan ini yang mahu menyeberangi jalan menuju ke kawasan LRT Bangsar ini.

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR





Hotel Alila Bangsar ini sebenarnya berkongsi bangunan dengan residen The Establishment. Hotel Alila Bangsar mempunyai 143 buah bilik bermula dari aras 35 hingga 40. Percaya atau tidak, lobi hotel Alila berada di aras 41. Saat pintu lif dibuka, saya tergamam seketika melihat ruang lobi hotel ini. Suprising different! Simple yet exclusive. Dengan beberapa pokok menghiasi perkarangan lobi menjadikan hotel ini tampak segar dan tenang. Urusan daftar masuk cukup lancar. Selesai urusan, kami diiring oleh salah seorang pekerja disini terus ke kamar yang ditempah iaitu jenis Studio Room yang menghadap bandar Brickfields.

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR





Menariknya di hotel Alila Bangsar ini adalah di setiap aras ruang menunggu lif disediakan ruang lepak santai berserta dengan kaunter khas yang menyediakan snek dan minuman panas. Semua ini disediakan secara PERCUMA buat pengunjung.

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

Saat pintu kamar dibuka, saya cukup teruja melihat hiasan dalaman dan dekorasi ruang yang ditonjolkan. Simple tapi terasa aura kemewahan. Bilik yang berkeluasan 38m persegi ini mempunyai sebuah katil bersaiz king serta ruang tamu kecil di sudut tingkap. Menarik! Malah saya juga suka akan kamar mandi nya yang tampak elegen. Menariknya, pihak Alila Bangsar menggunakan rangkaian produk mandian yang diperbuat daripada bahan organik. Harumannya terasa seperti berada di spa.

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR
VIEW FROM MY ROOM!





Tidak lengkap staycation saya tanpa mencuba sarapan pagi di hotel ini. Mereka menyediakan sarapan pagi berkonsepkan semi bufet di restoran Entier French Dining. Restoran semi fine dining ini yang berada di sama aras dengan lobi hotel cukup unik kerana ia diketuai oleh Chef Masashi Horiuchi dari Jepun yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di beberapa restoran Perancis di Eropah termasuk 5 tahun sebagai sous chef di Michelin-starred L'Atelier de Joël Robuchon in London. Seperti biasa, saya akan memilih menu Asia terutamanya makanan Malaysia sebagai menu sarapan pagi kerana saya ingin merasai kualiti rasa yang ditampilkan oleh pihak hotel. Layari http://www.entierfrenchdining.com .

ENTIER FINE DINING BANGSAR, HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

ENTIER FINE DINING BANGSAR, HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

ENTIER FINE DINING BANGSAR, HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

ENTIER FINE DINING BANGSAR, HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

ENTIER FINE DINING BANGSAR, HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

ENTIER FINE DINING BANGSAR, HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR





HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

Antara kemudahan lain yang terdapat di hotel Alila Bangsar ini adalah kolam renang berkonsepkan tropikal di aras 40. Anda akan terasa seperti berada di Bali saat berada diruang kolam renang ini. Trust me! Di satu sudut terdapat sebuah bar untuk anda menikmati minuman sambil lepak santai bersama teman-teman. Pihak hotel Alila Bangsar juga mempunyai ruang roof top yang dipanggil The Lido Bar di aras 42, 43 dan paling atas. Anda bisa menikmati panorama malam Kuala Lumpur sambil menjamu selera.

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR





Selain itu anda boleh menikmati kemudahan asas lain seperti akses Wi-Fi, gimnasium, 24-hour in-room dining, perkhidmatan dobi, airport transfers, sewa kereta GoCar, perkhidmatan teksi dan shuttle service to KL Sentral, Mid Valley City and Bangsar Village.

Rebiu? Pastinya positif dari saya. Dari awal melangkah masuk sehingga ke urusan daftar keluar semuanya penuh pesona. Ruang kamar yang luas dan selesa, pilihan menu di restoran Entier yang enak, perkhidmatan pelanggan oleh warga kerja di sini yang bertaraf 5 bintang dan paling penting, saya terasa layanan kelas pertama ketika menginap disini. Semuanya indah! Jika anda punya waktu dan kesempatan untuk liburan, menginap saja di Alila Bangsar kerana anda tidak akan menyesal!

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR
STAFF ALILA BANGSAR YANG SANGAT FRIENDLY!

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR
THANK YOU PUAN AAISHAH BOHARI, FOR SUCH A GREAT HOSPITALITY!

Ini bukan rebiu berbayar kerana edisi Hotel Hunting yang saya lakukan adalah untuk berkongsi pengalaman sendiri menginap di hotel-hotel yang saya rasakan menarik.

HOTEL REVIEW ALILA BANGSAR

LOKASI ALILA BANGSAR KUALA LUMPUR 

NO. 58, JALAN ANG SENG, 
50470 KUALA LUMPUR, MALAYSIA 





TELEFON: 03-22683888 




LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ALILABANGSAR #DISCOVERALILABANGSAR


0 comments:

Powered by Blogger.