PILIHAN MAKANAN ASLI PANTAI TIMUR DI KAFE FATIMAH FOOD, BUSANA MENARA MARA

January 04, 2019 REEF OMAR 0 Comments

MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP DI KL

Acapkali saya nyatakan bahawa Malaysia sememangnya meriah dengan pelbagai bentuk juadah. Malah setiap negeri dalam Malaysia mempunyai makanan signature masing-masing yang pastinya memikat selera penggemar makanan. Sebagai contoh, jika ke negeri cik Siti Wan Kembang, tidak lengkap persinggahan anda jika tidak mencuba beberapa menu wajib seperti Nasi Kerabu, Tahi Itik, Akok, Nasi Tumpang dan banyak lagi. Singgah pula ke Terengganu untuk merasai kelazatan Nasi Dagang dan Laksam.

Jika anda kepingan dan rindukan masakan asli dari negeri Pantai Timur, anda boleh singgah dan mencuba seleksi menu yang ditawarkan oleh Kafe Fatimah Food yang berada di aras 4 Busana @ Menara Mara, Jalan Tunku Abdul Rahman.

MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP DI KL

MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP DI KL

MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP DI KL

Kenapa anda wajib bertandang ke kafe Fatimah Food ini? Ini kerana kafe ini menyediakan seleksi menu resepi asli dari negeri di Pantai Timur. Pendek kata, anda tidak perlu bersusah payah terbang atau memandu berjam-jam ke daerah sana demi mendapatkan seleksi menu Pantai Timur walhal anda boleh menikmatinya di kafe Fatimah Food ini.

MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP DI KL






Sudah beroperasi lebih tiga tahun, kafe Fatimah Food ini diusahakan oleh Datuk Ab Ghani Salleh, seorang usahawan berjaya bersama-sama isterinya. Saya sempat berkunjung dan merasai sendiri beberapa menu yang disajikan di kafe Fatimah Food. Antara menu yang terdapat disini adalah Nasi Kerabu dan Nasi Dagang yang menjadi signature dish di kafe ini, Laksam dan Nasi Lemak. Selain itu, kafe Fatimah Food juga turut menyediakan pelbagai lauk pauk untuk makanan tengahari serta variasi snek seperti kerepek dan biskut.











Tidak dinafikan bahawa air tangan isteri Datuk Ab Ghani Salleh sememangnya menjadi. Setiap menu yang saya cuba sememangnya memiliki keaslian rasa. Laksam yang cukup pekat santan dan manis pedasnya, Nasi Kerabu yang cukup rasa dan cukup lauk pauknya, Nasi Lemak yang pastinya cukup lemak dan pedas sambalnya. Berbaloi datang ke kafe Fatimah Food untuk menjamu selera. Tidak lengkap makanan tanpa minuman bukan? Saya sarankan anda mencuba minuman Honey Lemon disini kerana terasa kesegaran dan asli buah lemonnya.

MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP DI KL
NASI LEMAK

MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP DI KL
NASI DAGANG

MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP DI KL
LAKSAM

MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP DI KL
NASI KERABU

MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP DI KL
BUBUR PULUT HITAM

MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP DI KL
AIR HONEY LEMON





Mendekati Datuk Ab Ghani Salleh seperti sudah mengenali bertahun. Ramah dan tidak lokek dengan senyuman. Sempat saya bertanya siapakah tuan empunya badan disebalik nama kafe Fatimah Food ini. Kata beliau, nama Fatimah diambil daripada nama ibu mertua beliau yang juga merupakan seorang peniagawati berjaya di negeri Kelantan.

MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP DI KL
DATUK AB GHANI SALLEH


Minat yang mendalam dalam bidang bisnes dan fesyen serta hobi melancong memberi cetusan idea buat Datuk Ab Ghani Salleh untuk turut membuka butik sendiri yang diberi nama First Time Around. Butik ini yang berada bersebelahan dengan kafe Fatimah Food ini menawarkan pelbagai pakaian serta aksesori fesyen pada harga mampu milik. Idea menubuhkan butik dan kafe ini timbul daripada inspirasi Hard Rock Café. Anda boleh melayari laman Instagram rasmi butik ini di www.instagram.com/firsttimearoundofficial .

DARI KIRI: AYU DAMIT, DATUK AB GNAI SALLEH, SYAFIQ IKHWAN DAN REYHANA






Jadi, apa ditunggu lagi! Nikmati variasi menu terbaik dari Pantai Timur di kafe Fatimah Food yang berada di aras 4 Busana @ Menara Mara. Kafe ini beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang. Anda juga boleh membuat pesanan secara atas talian menerusi perkhidmatan Honestbee dan FoodPanda.

MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP DI KL

LOKASI KAFE FATIMAH FOOD 

ARAS 4, BUSANA @MENARA MARA 
KOMPLEKS MENARA MARA, 
232, JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN, 
50100 KUALA LUMPUR.

-

TELEFON:

019-3764222


LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #FATIMAHFOOD #KAFEFATIMAHFOOD

0 comments:

Powered by Blogger.