RESTORAN GAJAA AT 8 BANGSAR SAJI HIDANGAN ASLI KERALA


Anda penggemar masakan India? Satu lagi restoran yang menyediakan seleksi hidangan asli dari India dibuka di Bangsar iaitu Gajaa At 8. Apa yang menariknya mengenai restoran Gajaa At 8 ini adalah ia mengetengahkan sajian daripada negeri Kerala yang berada di bahagian barat daya negara India. Restoran Gajaa At 8 memberi kelainan dengan menampilkan variasi hidangan persis menu santapan diraja buat pengunjung. 

Pasti ramai tertanya-tanya apakah maksud disebalik nama Gajaa At 8 ini. Gajaa merupakan bahasa Sanskrit yang membawa maksud gajah manakala angka 8 merujuk kepada bilangan perkara positif yang dimiliki oleh sang gajah ini. Jadi dengan tercetusnya idea atas nama ini memberi gambaran jelas akan misi dan visi restoran Gajaa At 8 dalam menyediakan perkhidmatan dan kualiti rasa terbaik buat pelanggan.






Saat melangkah masuk kedalam restoran ini yang terletak di Lorong Maarof Bangsar ini cukup mengujakan saya. Hiasan dalaman dan susun atur perabot pada setiap ruang cukup kemas dan nampak mewah. Siling di ruang pintu utama dihiasi dengan periuk belanga pelbagai warna dan corak. Selain itu, penggunaan warna merah dan kuning memberi aura bangsawan tatkala berada disini. Ruang kedai ini terbahagi kepada beberapa lanskap berbeza dimana selain ruang makan utama, anda juga boleh memilih ruangan bersila dan juga private space untuk anda yang ingin menikmati hidangan dalam bentuk bufet dan kumpulan kecil. 












Bukan itu sahaja! Restoran ini juga turut mempunyai sudut bar yang dipanggil Whiskeypedia dengan dekorasi seperti sebuah trak makanan khusus untuk anda yang ingin lepak santai bersama teman-teman. Pilihan spot untuk ruang Instagram anda barangkali!









Saya sempat mencuba beberapa menu disini antaranya HIMACHAL’S GLORY, cucur yang diperbuat daripada ikan yang dicelup bersama tepung dan campuran rempah dan sayuran, APPAM, Nasi Briyani Ayam dan Kambing serta beberapa menu lain. My favourite pastinya Nasi Briyani yang dihidang bersama periuk belanga kecil. Nasinya tidak over spices dan isi ayam dan kambing nya cukup lembut. 


















Secara peribadi, jika anda sukakan masakan asli dari India, restoran Gajaa At 8 boleh dimasukkan dalam senarai anda. Walaupun harga yang ditawarkan bukan dalam kategori mesra poket, tapi ia cukup berbaloi dengan kualiti rasa dan pengalaman menjamu selera disini yang boleh diibaratkan seperti santapan di dalam istana. Saya diberitahu bahawa barisan tukang masak disini dibawakan khas dari Kerala. Jadi anda tidak perlu terbang jauh ke India semata-mata untuk menikmati masakan disana kerana Gajaa At 8 bisa memenuhi kehendak dan selera anda.


GAJAA AT 8 ROYAL INDIAN CUISINE
*pork free restaurant*
NO. 8, LORONG MAAROF, 
BANGSAR, 
59000 KUALA LUMPUR.


WAKTU OPERASI: 

11.30 PAGI – 11.30 MALAM 
(SELASA – AHAD) 

ISNIN CUTI 

-


TELEFON: 
03-22017369 

-

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #GAJAA8


0 Comments