PRODUK DIM SUM SEJUK BEKU HALAL TERBARU DARIPADA AYAMAS KITCHEN



Bukan mudah untuk menyediakan menu dim sum. Proses penyediaan memerlukan kemahiran serta kesabaran tinggi untuk mendapatkan bentuk dan rasa dim sum yang baik. Saya harus akui bahawa walaupun dim sum merupakan makanan popular masyarakat Cina, tapi ia menjadi kegemaran ramai bangsa lain diseluruh pelusuk dunia. Namun isu status halal yang menjadi batasan khususnya umat Islam untuk menikmati menu dim sum ini.

Kini anda tidak perlu khuatir! QSR Trading Sdn Bhd menerusi jenama Ayamas Kitchen telah maju setapak dengan menghasilkan seleksi produk dim sum sejuk beku yang halal. Terdapat 10 jenis dim sum keluaran Ayamas Kitchen yang boleh anda cuba iaitu Hakao Udang, Dim Sum Ayam & Udang, Dumpling Udang, Nasi Pulut Ayam Daun Teratai, Pek Kombo Dim Sum, Dim Sum Kari Ayam, Kek Lobak Bersama Udang Kering, Pau Ayam Barbeku, Tauhu Gulung Ayam & Ikan dan Dim Sum Udang.






Kejayaan penghasilan produk Dim Sum Halal oleh Ayamas Kitchen ini mengukir satu lagi sejarah dalam industri pembuatan makanan halal kerana akhirnya produk dim sum boleh dinikmati oleh setiap lapisan bangsa tanpa was-was. Jadi selepas ini tidak perlu lah bersusah payah untuk menghasilkan dim sum secara konvensional kerana kualiti rasa dim sum halal keluaran Ayamas Kitchen setanding dengan dim sum yang dibuat di rumah. Malah ia memudahkan bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk menikmati dim sum halal yang biasanya hanya terdapat di hotel bertaraf 5 bintang dan restoran.










Kelebihan produk dim sum halal Ayamas Kitchen ini adalah ia diperbuat daripada bahan-bahan segar dan dibungkus menggunakan peralatan berteknologi tinggi bagi menjaga kualiti dan memastikan ianya 100% selamat untuk dimakan. Sebagai tambahan, produk dim sum halal Ayamas Kitchen ini telah disahkan halal oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), salah satu badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Cara penyediaan produk dim sum halal Ayamas Kitchen juga cukup mudah bergantung kepada jenis dim sum tersebut. Anda boleh kukus, goreng, rebus ataupun panaskan menerusi ketuhar gelombang mikro.

Buat masa ini, hanya 5 jenis dim sum halal daripada Ayamas Kitchen yang baru dipasarkan di semua cawangan Kedai Ayamas dan pasaraya besar Giant di seluruh negara. Antara 5 jenis dim sum tersebut adalah Ayamas Kitchen Hakao Udang (160g) pada harga RM 13.39 sepaket, Ayamas Kitchen Dim Sum Ayam & Udang (160g) pada harga RM 10.59 sepaket, Ayamas Kitchen Ayamas Kitchen Dumpling Udang (144g) pada harga RM 11.29 sepaket, Ayamas Kitchen Nasi Pulut Ayam Daun Teratai (270g) pada harga RM 11.99 sepaket dan Ayamas Kitchen Pek Kombo Dim Sum (160g) pada harga RM 12.79 sepaket.







LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AYAMASKITCHEN #AYAMASKITCHENDIMSUM

0 Comments