APA YANG MENARIK DI RESTORAN KONSEP 70-AN THE BOWLING CLUB KL

January 03, 2019 REEF OMAR 0 Comments

food, foodie, MAKANAN, tempat makan sedap di kl, THE BOWLING CLUB KL,

Satu lagi tempat makan menarik di ibukota yang suka saya kongsikan bersama anda. Boleh saya katakan ia menjadi my new favourite eatery in town. Keunikan hiasan dalam dan pastinya seleksi makanan menjadikan saya jatuh cinta dengan restoran The Bowling Club yang terletak di Intermark Mall, Jalan Tun Razak. Nama pun dah unik! Tapi jangan salah faham pula kerana ia bukanlah kelab bowling ataupun restoran yang menyediakan permainan tersebut. Nama The Bowling Club diambil sebagai inspirasi kepada konsep restoran ini yang menawarkan pengalaman makan di bar sukan yang lebih kasual.







Apa yang mengujakan saya adalah ketua chef yang mengendalikan restoran ini adalah Chef Logan, chef yang sama menguruskan restoran BAIT BANGSAR dan WURST KL. Beliau YANG sememangnya pakar dalam food pairing tidak pernah mengecewakan saya.

Tidak sukar mencari restoran The Bowling Club ini kerana lokasinya yang terletak di aras G, Intermark Mall jelas tersergam indah. Saat melangkah masuk ke dalam restoran ini menyuntik suasana berbeza. Dekorasi dan penggunaan warna pastel memberi aura tahun 70-an dan terus terimbau kenangan ketika menonton filem Back To The Future. Restoran ini turut menempatkan bar disatu sudut untuk anda chill bersama teman-teman sambil menonton siaran sukan di paparan TV. Jika anda inginkan udara luar, terdapat outdoor seating area yang cukup luas dengan beberapa kerusi rotan disediakan.













Antara menu yang saya sempat cuba sewaktu kunjungan ke The Bowling Club ini adalah Deluxe Truffle French Fries, Wagyu Beef Fried Rice, Paella Valencia, Pizza Telur Mata, Sizzling S’more dan The Bowling Club’s Chicken Dinner.



DELUXE TRUFFLE FRENCH FRIES



Kentang goreng ini bukan sekadar kentang goreng biasa. Ia ditabur dengan grated aged keju Parmesan dan minyak Truffle. Ini adalah favourite saya!



WAGYU BEEF FRIED RICE



Jika anda tekak yang sentiasa menginginkan nasi sebagai makanan harian, anda boleh mencuba menu ini. Ia mengggunakan nasi beras Jepun dihidangkan bersama 150gm daging lembu yang dipotong dadu, telur, cendawan shitake, scallion dan kacang Edamame.



PAELLA VALENCIA



Paella ini adalah makanan tradisi yang cukup terkenal di Sepanyol. Nasi yang dimasak bersama beberapa hidupan laut segar serta roasted chicken medallions, cuttlefish gravy dan kekacang. Yummy!


PIZZA TELUR MATA



Bosan dengan pizza? Anda boleh cuba menu Pizza Telur Mata ini kerana ia menggabungkan citarasa timur dan barat. Satu kombinasi unik dan enak dengan bahan ramuan lain seperti tamato coulis, herba, minyak zaitun, buffalo mozzarella mix. Cara makan pizza ini juga unik dimana sewaktu pizza masih panas, sapu rata telur mata kerbau dan keju di permukaan pizza sebelum menjamahnya!



THE BOWLING CLUB’S CHICKEN DINNER



Jika anda datang dalam kumpulan kecil seperti 4 hingga 6 orang, saya cadangkan anda memesan menu ini. Menu ini hadir dengan Cornfed Chicken yang dipanggang (2 kilo ++), sosej Boerewors hasil air tangan Chef Logan (500g), kentang bakar dengan kepingan daging itik, sos giblet (jantung dan hati ayam), sayuran segar dan sos kranberi.

 

SIZZLING S’MORE



Tidak lengkap santapan anda tanpa pencuci mulut. Jadi menu Sizzling S’more (sebutaan Some More) adalah pilihan terbaik. Anda boleh rasai nikmat marshmallow yang dibakar dan disapu bersama Nutella cair, biskut kacang dan kek hot chocolate. Rasanya? Heaven!







Jika anda mencari tempat hangout bersama teman-teman, restoran The Bowling Club sesuai sebagai pilihan. Anda bukan sahaja terpersona dengan kualiti rasa masakan disini malah anda akan teruja dengan landskap kedai yang cukup retro dan nostalgik. Anda juga dialukan untuk mengadakan sebarang jamuan atau acara tertutup disini.

food, foodie, MAKANAN, tempat makan sedap di kl, THE BOWLING CLUB KL,


LOKASI THE BOWLING CLUB
*PORK-FREE RESTAURANT* 

LOT G-19, G FLOOR,
INTERMARK MALL,
348, JALAN TUN RAZAK, 
KAMPUNG DATUK KERAMAT, 
50400 KUALA LUMPUR

-

TELEFON: 
03-2181 1268


WAKTU OPERASI: 
ISNIN - AHAD (11AM HINGGA LEWAT MALAM) 

-

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THEBOWLINGCLUBKL

0 comments:

Powered by Blogger.