RESTORAN RASA WAU SUNWAY GIZA SAJI MASAKAN ASLI DARI PANTAI TIMUR

January 02, 2019 REEF OMAR 1 Comments

MAKANAN, MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP, RESTORAN RASA WAU, MAKANAN PANTAI TIMUR BEST DI KL,

Malaysia sememangnya bertuah kerana kepelbagaian budaya dan etnik di negara ini memberi variasi kepada pilihan kulinari. Malah, setiap negeri mempunyai masakan signature masing-masing yang pastinya menjadi antara tarikan utama untuk orang ramai melancong dan merasai sendiri keaslian rasa menu tempatan. Antara menu lokal yang menjadi kegemaran ramai adalah hidangan negeri Pantai Timur. Namakan saja menu seperti Nasi Kerabu, Ikan Patin Masak Tempoyak, Laksam, Nasi Dagang semua ini adalah antara hidangan popular yang sentiasa meniti dibibir masyarakat. 

Kepada warga Lembah Klang, kini anda tidak perlu kembara jauh semata-mata untuk merasai keaslian rasa masakan dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan kerana restoran Rasa Wau menyediakan seleksi hidangan Pantai Timur yang asli dan enak.

MAKANAN, MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP, RESTORAN RASA WAU, MAKANAN PANTAI TIMUR BEST DI KL,





Sebagai info, restoran Rasa Wau ini diusahakan sejak Disember 2017 oleh sepasang suami isteri, Encik Mohd. Razifnizam dan Puan Shezlinda Othman atau mesra dengan panggilan Kak Linda. Berbekalkan minat yang mendalam dalam masakan Pantai Timur mendorong Kak Linda untuk mengusahakan bisnes makanan memandangkan beliau dan suami berasal dari negeri Pahang Darul Makmur. Pada awalnya beliau sekadar ingin menjalankan bisnes makanan secara kecil-kecilan sahaja namun tidak menduga yang suami Kak Linda membuat kejutan dengan menghadiahkan beliau sebuah kedai untuk menjalankan perniagaan yang diidamkan.

Saat saya melangkah masuk ke ruang restoran Rasa Wau, saya terkesima dengan hiasan dalamannya. Permainan warna ceria dan penggunaan tingkap kayu lama serta hiasan lampu daripada rotan memberi mood moden dan klasik. Pastinya hiasan tingkap berwarna-warni menjadi kegemaran saya untuk sesi foto!

MAKANAN, MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP, RESTORAN RASA WAU, MAKANAN PANTAI TIMUR BEST DI KL,

MAKANAN, MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP, RESTORAN RASA WAU, MAKANAN PANTAI TIMUR BEST DI KL,

MAKANAN, MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP, RESTORAN RASA WAU, MAKANAN PANTAI TIMUR BEST DI KL,

MAKANAN, MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP, RESTORAN RASA WAU, MAKANAN PANTAI TIMUR BEST DI KL,

MAKANAN, MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP, RESTORAN RASA WAU, MAKANAN PANTAI TIMUR BEST DI KL,






Antara menu yang sempat saya cuba sewaktu bertandang ke restoran Rasa Wau adalah Ikan Patin Masak Tempoyak, Golden Patin, Sup Belut, Ayam Pandan, Kerutub Daging, Lemak Cili Padi Daging Bakar, Daging Goreng Kunyit, Puding Raja dan minuman Asam Boi Cili.

MAKANAN, MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP, RESTORAN RASA WAU, MAKANAN PANTAI TIMUR BEST DI KL,
GOLDEN PATIN

MAKANAN, MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP, RESTORAN RASA WAU, MAKANAN PANTAI TIMUR BEST DI KL,
GOLDEN PATIN DISUMBAT DENGAN REMPAH CILI

MAKANAN, MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP, RESTORAN RASA WAU, MAKANAN PANTAI TIMUR BEST DI KL,
DAGING MASAK KUNYIT

MAKANAN, MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP, RESTORAN RASA WAU, MAKANAN PANTAI TIMUR BEST DI KL,
AYAM PANDAN

MAKANAN, MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP, RESTORAN RASA WAU, MAKANAN PANTAI TIMUR BEST DI KL,
KERUTUB DAGING





Secara peribadi, saya cukup cerewet apabila menikmati masakan Ikan Patin Masak Tempoyak kerana tidak banyak restoran dan kedai makan yang pandai memasak Ikan Patin dengan betul. Namun, menu ikan Patin Masak Tempoyak di restoran Rasa Wau tidak menghampakan saya, Ikan Patin tidak berbau hanyir, kuah tempoyaknya cukup rasa dan pekat. Saya diberitahu bahawa ikan patin yang digunakan di restoran Rasa Wau ini adalah patin sungai dan diambil terus dari Temerloh.

MAKANAN, MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP, RESTORAN RASA WAU, MAKANAN PANTAI TIMUR BEST DI KL,
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Barangkali ramai dikalangan anda yang kurang menggemari Sup Ikan Belut. Malah menyenbut nama ikan ini juga membuat anda terasa geli. Namun hidangan Sup Belut adalah antara menu popular di Pantai Timur. Saya sendiri pada awalnya terasa kembang tekak mendengarnya. Namun apabila mencuba, enak pula rasanya. Menu Lemak Masak Cili Padi Daging Bakar juga harus dicuba di disini. Lemak santan dan pedas cili padinya cukup rasa. Takut-takut nanti siap bertambah nasi panas di pinggan.

MAKANAN, MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP, RESTORAN RASA WAU, MAKANAN PANTAI TIMUR BEST DI KL, SUP BELUT
SUP BELUT

MAKANAN, MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP, RESTORAN RASA WAU, MAKANAN PANTAI TIMUR BEST DI KL,
MASAK CILI PADI DAGING BAKAR

Tidak lengkap sajian anda tanpa menikmati hidangan pencuci mulut. Apa kata anda cuba Puding Raja yang sememangnya hidangan terkenal dari negeri Pahang. Pertama kali saya mencuba Puding Raja di restoran Rasa Wau terus jatuh cinta. Tidak terlalu manis dan rich in flavour!

MAKANAN, MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP, RESTORAN RASA WAU, MAKANAN PANTAI TIMUR BEST DI KL,
PUDING RAJA

MAKANAN, MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP, RESTORAN RASA WAU, MAKANAN PANTAI TIMUR BEST DI KL,
CURAHKAN KRIM SEBAGAI PELENGKAP RASA PUDING RAJA

Salah satu signature drink yang wajib dicuba di restiran Rasa Wau adalah air Asam Boi Cili. Hasil idea kreatif pihak kak Linda berjaya menghasilkan air Asam Boi bersama cili merah yang sedap. Sesuatu yang luar biasa.

MAKANAN, MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP, RESTORAN RASA WAU, MAKANAN PANTAI TIMUR BEST DI KL,
AIR ASAM BOI CILI





Restoran Rasa Wau ini bukan sahaja menyediakan menu dari negeri Pantai Timur sahaja, malah anda juga boleh menikmati pelbagai menu lain seperti Nasi Lemak dan masakan Barat. Senang kata, semua pengunjung yang hadir ke sini boleh menikmati juadah mengikut selera masing-masing.

Jika anda mencari-cari masakan negeri Pantai Timur yang asli dan sedap, silalah berkunjung ke Restoran Rasa Wau yang terletak di Sunway Giza, Kota Damansara. Saya jamin anda akan berpuas hati dengan kualiti rasa yang ditawarkan oleh restoran Rasa Wau ini.

MAKANAN, MAKANAN PANTAI TIMUR SEDAP, RESTORAN RASA WAU, MAKANAN PANTAI TIMUR BEST DI KL,

LOKASI RESTORAN RASA WAU 
BLOK C-11-G, SUNWAY GIZA, 
JALAN PJU 5/14 KOTA DAMANSARA 
47810 PETALING JAYA 
SELANGOR, MALAYSIA 

-

WAKTU OPERASI 

ISNIN - JUMAAT: 
10 PAGI – 10 MALAM 

SABTU, AHAD, CUTI UMUM: 
9 PAGI – 10 MALAM

-  

TELEFON: 010-231 2704 

-

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #RASAWAU


1 comment:

Powered by Blogger.