Berada di tepi Laut China Selatan, The Westin Desaru Coast Resort menawarkan ruang yang selesa untuk berkumpul, menjamu selera dan mencipta kenangan bermakna bersama keluarga, rakan-rakan serta rakan sekerja. Daripada hidangan bufet petang yang menyelerakan, pilihan hadiah perayaan, penginapan yang menenangkan hingga rawatan spa yang menyegarkan, Pesona Bayu Rasa Desaru direka sebagai sebuah pengalaman perayaan yang ringkas, dekat di hati dan penuh kesyukuran.
Pesona Bayu Buffet Dinner di Seasonal Tastes
Pelbagai pilihan pencuci mulut tradisional turut disajikan bagi melengkapkan pengalaman menjamu selera dalam suasana santai menghadap pesisir pantai Desaru.
Tawaran Tempahan Awal (Early Bird)
- 15 Januari – 17 Februari 2026
- RM 158 bersih seorang dewasa
- RM 79 bersih seorang kanak-kanak (6 hingga 12 tahun)
Harga Biasa
- RM 188 bersih seorang dewasa
- RM 94 bersih seorang kanak-kanak (6 hingga 12 tahun)
Bayu Lebaran Buffet Dinner
Sempena sambutan Aidilfitri, Bayu Lebaran Buffet Dinner ditawarkan pada 21 hingga 22 Mac 2026, dari 6.30 petang hingga 10.30 malam di Seasonal Tastes. Bufet istimewa ini menampilkan menu perayaan yang disediakan khas untuk meraikan detik pertemuan semula dan kemeriahan Aidilfitri bersama keluarga dan sahabat handai.- RM 228 bersih seorang dewasa
- RM 114 bersih seorang kanak-kanak (6 hingga 12 tahun)
Rasa Tradisi Buat Famili, Pilihan Hadiah Perayaan
- Kerepek Malaysia bermula dari RM 20 bersih
- Beg Batik JARO bermula dari RM 38 bersih
Pakej Penginapan Perayaan
Bagi melengkapkan suasana perayaan di tepi pantai, The Westin Desaru Coast Resort menawarkan dua pakej penginapan istimewa yang menggabungkan keselesaan, juadah perayaan, dan masa berkualiti bersama insan tersayang.Memori Bersama di Desaru
Bagi mereka yang ingin menikmati suasana perayaan tanpa tergesa-gesa, pakej Memori Bersama di Desaru menawarkan penginapan yang selesa di tepi pantai. Pakej ini merangkumi sarapan awal harian/ bufet sahur untuk serta Pesona Bayu Buffet Dinner untuk dua orang di Seasonal Tastes.- Tempoh Tempahan: Sekarang hingga 20 Mac 2026
- Tempoh Penginapan: 19 Februari hingga 20 Mac 2026
- Kod Promosi: ES2
Harmoni Lebaran di Desaru
Raikan Aidilfitri dalam suasana berbeza menerusi pakej Harmoni Lebaran di Desaru. Pakej ini merangkumi sarapan pagi serta Bayu Lebaran Buffet Dinner untuk dua orang, sesuai untuk percutian singkat bersama keluarga selepas musim perayaan.- Tempoh Tempahan: Sekarang hingga 20 Mac 2026
- Tempoh Penginapan: 20 hingga 22 Mac 2026
- Kod Promosi: E400
Pakej Katering Mudah dan Fleksibel
The Westin Desaru Coast Resort turut menawarkan pilihan katering dan acara keramaian untuk majlis peribadi dan korporat sepanjang musim perayaan. Dengan perkhidmatan mesra dan suasana yang selesa, setiap pertemuan dapat diraikan dengan lancar dan penuh makna.Untuk tempahan dan maklumat lanjut mengenai katering, emel secara langsung ke sales.desaru@westin.com atau hubungi +607-8383333.
#WESTINDESARU #DESARUCOAST #MARRIOTTBONVOY


0 Comments