BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB

BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB




Buah-Buahan Segar Dan Murah Di MBG Selayang Fruits Hub |
Siapa penggemar buah-buahan, angkat tangan! Semua tahu akan khasiat pemakanan buah-buahan kepada tubuh badan manusia. Amalan pemakanan buah-buahan amat digalakkan kerana ia memberi sumber nutrisi yang baik kepada manusia. Di kala dunia sedang bergelut dengan wabak Covid-19, orang ramai sudah mula mengambil berat tentang penjagaan kesihatan tubuh badan terutamanya pengambilan makanan berkhasiat. Antara pilihan makanan sihat sudah pasti buah-buahan segar kerana ia bukan sahaja memberi sumber vitamin dan mineral terbaik, malah buahan-buahan juga kaya dengan kandungan serat dan antioksidan.

Buah-buahan segar mahal? Siapa kata mahal? Kalau anda mencari buah-buahan murah dan segar, singgah sahaja di MBG Selayang Fruits Hub. Syarikat peneraju peruncitan buah-buahan ini cukup terkenal khususnya di pusat membeli-belah sekitar Lembah Klang. Saya sendiri sering membeli buah-buahan disini kerana yakin dengan kesegaran dan pada masa sama harganya cukup berpatutan.



BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB

BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB



SEJARAH MBG FRUIT SHOP

BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB
ENCIK ADNAN LEE PENGARAH URUSAN MBG FRUITS SDN. BHD.




Sebagai antara peneraju syarikat peruncitan buah-buahan terbesar di Malaysia, pasti ramai yang ingin tahu bagaimana MBG Fruit Shop berjaya dalam industri ini. Kesempatan bersama Encik Adnan Lee Chong Fatt, Pengarah Urusan MBG Fruits Sdn. Bhd. yang juga merupakan generasi ketiga dalam keluarga beliau yang terlibat dalam perniagaan buah-buahan ini memberi peluang kepada saya untuk mengimbau kisah kejayaan MBG Fruit Shop ini. Bermula dengan hanya membuka gerai pertama di Jalan Petaling pada 1975, kemudian pembukaan kedai buah-buahan di Bukit Bintang pada 1985, seterusnya pada 1994 kedai kecil pertama dibuka di Pasar Bukit Bintang, kemudiannya pada tahun 2004 menjadi sejarah dengan pembukaan rasmi cawangan MBG Fruits di Avenue K. Kini, MBG Fruit Shop mempunyai lebih 30 cawangan MBG Fruit Shop dengan lebih 300 pekerja serta memberi khidmat kepada lebih 4 juta pelanggan setiap tahun.



BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB

BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB



Bagi anda yang tertanya-tanya, apakah maksud MBG? MBG membawa maksud “Money Back Guarantee” dan ini menjadi kunci kejayaan utama kerana janji pulangan wang jika pelanggan tidak berpuas hati menjadi tunjang kepada kepercayaan pelanggan terhadap MBG Fruit Shop.



KELEBIHAN MEMBELI BUAH-BUAHAN DI MBG SELAYANG FRUITS HUB

BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB



Kenapa anda wajib beli buah-buahan di MBG Selayang Fruits Hub ini?
  • Pusat sehenti (One-Stop Centre) untuk buah-buahan segar dimana terdapat pelbagai jenis buah-buahan import dan tempatan. Kesegaran buah-buahan disini adalah dijamin kerana stok diambil terus dari peladang dan buah-buahan import menggunakan storan dingin.
  • Harga lebih murah dengan diskaun antara 20% - 50% berbanding pembelian di kedai biasa.
  • Ada buah-buahan yang tidak didapati di kedai buah-buahan terdapat di MBH Selayang Fruits Hub seperti buah fiq segar, Strawberi dari Korea, Buah Naga Kuning dari Ecuador.
  • Sesuai buat anda yang mahu beli buah-buahan secara pukal untuk tujuan perniagaan.
  • Konsep MBG Selayang Fruits Hub seperti IKEA untuk buah-buahan! Anda juga boleh menjadi personal shopper kepada pelanggan yang mahu mendapatkan buah-buahan segar pada harga murah.


BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB

BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB

BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB




INFORMASI MENGENAI MBG SELAYANG FRUITS HUB

Tidak sukar untuk mencari lokasi MBG Selayang Fruit Hub ini. Bangunan yang luas dan besar di tepi jalan raya utama memudahkan pencarian tempat ini. MBG Selayang Fruits Hub berkeluasan 32 ribu kaki persegi dan terbahagi kepada 4 zon iaitu:

  • Bahagian peruncitan (Retail Section)
  • Bahagian Buah-buahan dingin (Chilled Fruits Section)
  • Bahagian Gudang (Warehouse Area)
  • Bahagian Jualan Secara Pukal (Wholesale/Bulk Buy)



BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB

BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB

BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB

BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB

BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB

BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB

BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB



JANA PENDAPATAN DENGAN MBG SELAYANG FRUITS HUB

BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB



Ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dimana ada yang kehilangan punca pendapatan. Atas sebab itu, pihak MBG Selayang Fruits Hub mengalu-alukan orang ramai untuk menjana pendapatan dengan berniaga buah-buahan. Anda boleh membeli secara pukal disini dan jana keuntungan sekitar 35% dari harga jualan. Kalau anda tiada modal perniagaan, jangan risau! Pihak MBG Fruits Sdn. Bhd akan bantu anda dengan memberi buah-buahan dahulu dan kemudian anda boleh membayar kembali nilai buah-buahan yang anda ambil setelah selesai jualan.



BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB

BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB

BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB

BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB



Secara peribadi, saya sarankan kepada anda yang sukakan buah-buahan untuk beli terus di MBG Selayang Fruits Hub kerana anda bukan sahaja mendapat buah-buahan segar tetapi harga yang ditawarkan disini jauh lebih murah berbanding kedai lain. Malah jika anda yang berniaga berasaskan buah-buahan, ini adalah lokasi terbaik mendapatkan stok buah-buahan segar pada harga murah. Jadi apa tunggu lagi! Dapatkan buah-buahan segar dan murah di MBG Selayang Fruits Hub sekarang. Bagi anda yang ingin menjana pendapatan, rebut peluang dengan menjadi penjual buah-buahan dengan MBG Selayang Fruits Hub.


Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi 016- 2798 603 (Azmer) / 016- 6824 603 (Azizeh) atau layari https://www.mbg.com.my untuk maklumat lanjut.

IKUTI MBG FRUITS SHOP DI FACEBOOK | INSTAGRAM



BUAH-BUAHAN SEGAR DAN MURAH DI MBG SELAYANG FRUITS HUB


LOKASI MBG SELAYANG FRUITS HUB
LOT 639, JALAN BATU HAMPAR,
OFF JALAN IPOH, BATU 7,
68100 SELAYANG, KUALA LUMPUR.


WAKTU OPERASI:
ISNIN - SABTU: 6 PAGI HINGGA 6 PETANG
AHAD: 7 PAGI – 1 TENGAHARI







#MBGSELAYANG #MBGSELAYANGFRUITSHUB

0 Comments