THE WESTIN DESARU COAST RESORT SEMARAK TAHUN BARU CINA 2026 DENGAN LANGKAH BAHARU PENUH TUAH DAN KEANGGUNAN

THE WESTIN DESARU COAST RESORT SEMARAK TAHUN BARU CINA

The Westin Desaru Coast Resort Semarak Tahun Baru Cina 2026 Dengan Langkah Baharu Penuh Tuah Dan Keanggunan | Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih bermakna apabila The Westin Desaru Coast Resort mengalu-alukan kedatangan Tahun Kuda dengan pelbagai tawaran istimewa merangkumi hidangan perayaan, penginapan menyegarkan serta pengalaman relaksasi di tepi pantai.

Sempena Tahun Baru Cina 2026, The Westin Desaru Coast Resort mengajak tetamu menyambut perayaan penuh gaya dan keanggunan seiring simbolik Tahun Kuda yang melambangkan kekuatan, kecergasan dan kemajuan.

Berlatarbelakangkan pesisir pantai Desaru Coast yang mendamaikan, resort ini mempersembahkan sambutan yang menggabungkan tradisi perayaan dengan sentuhan kesejahteraan dan keselesaan moden.

Sambutan tahun ini diraikan dalam suasana santai di tepi laut, menampilkan pengalaman menjamu selera bersama keluarga dan rakan, penginapan yang menyegarkan serta detik kebersamaan yang bermakna. Kehadiran Dewa Kekayaan dan persembahan kebudayaan tradisional turut memeriahkan suasana, membawa simbol harapan, rezeki dan tuah untuk tahun yang baharu.

Bufet Tahun Baharu Cina di Seasonal Tastes

Semangat pertemuan semula diraikan menerusi Bufet Makan Malam Lunar Reunion di Seasonal Tastes yang dikendalikan oleh Cef Eksekutif Jaffery Othman bersama pasukan kulinarinya. Bufet ini sesuai untuk majlis keluarga, jamuan korporat dan pertemuan perayaan, menampilkan gabungan hidangan Kantonis dan antarabangsa.

Antara tarikan utama termasuk Ultimate Seafood Poon Choi, Desaru Chili Crab, Ikan Kerapu Kukus Gaya Hong Kong, Salmon Piccata serta Lamb Moussaka. Sajian ini dilengkapkan dengan pilihan makanan laut segar, stesen ukiran secara langsung, hidangan serantau dan pencuci mulut perayaan. Setiap menu disediakan dengan mengekalkan elemen simbolik keberkatan serta citarasa moden.

Bufet Makan Malam Lunar Reunion

  • 16 hingga 18 Februari 2026
  • 6.30 petang hingga 10.30 malam
  • RM 288 bersih seorang dewasa
  • RM 144 bersih seorang kanak-kanak (6 hingga 12 tahun)

Untuk tempahan meja, boleh hubungi terus melalui Whatsapp di +6019-7550283 atau e-mel fb.westindesaru@westin.com.

Pakej Katering Mudah dan Fleksibel

Bagi yang ingin menganjurkan sambutan dengan rakan sepejabat, The Westin Desaru Coast Resort turut menawarkan pakej katering Tahun Baharu Cina yang disesuaikan mengikut keperluan. Pertanyaan berkaitan katering boleh diunjur melalui sales.desaru@westin.com.

Percutian Tahun Baharu Cina di Tepi Pantai

Sambutan perayaan boleh diteruskan dengan penginapan yang menenangkan di resort ini. Tetamu boleh menikmati bilik yang luas, dilengkapi Katil Heavenly Bed Signature Westin serta balkoni peribadi menghadap Laut China Selatan, menjadikannya ruang ideal untuk berehat dan menghabiskan masa berkualiti bersama insan tersayang.

Pakej Reunion Revelry Dinner

Merangkumi sarapan harian serta tempahan Bufet Makan Malam Lunar Reunion untuk dua orang di Seasonal Tastes.

  • Tempoh tempahan: Sekarang hingga 18 Februari 2026
  • Tempoh penginapan: 16 hingga 18 Februari 2026

Tempahan bilik boleh dibuat melalui westindesaru.com menggunakan kod promosi ES7 atau hubungi +607-8383333.

Rawatan Spa Sempena Tahun Kuda

Bagi mereka yang inginkan pengalaman relaksasi, Heavenly Spa by Westin™ menawarkan Ritual Penyegaran Tenaga Kuda, rawatan selama 70 minit yang menggabungkan ritual kaki dan urutan belakang serta kaki. Rawatan ini diinspirasikan daripada tenaga dinamik kuda, bertujuan memulihkan keseimbangan tubuh dan minda.

Rawatan ini ditawarkan dari 1 hingga 28 Februari 2026 dengan harga RM 488 bersih seorang.

Tempahan spa boleh dibuat melalui +607-8383832 atau WhatsApp +6019-7550283.


#WESTINDESARU #DESARUCOAST #MARRIOTTBONVOY

0 Comments