RESEPI GULAI UDANG NENAS NYONYA OLEH DATO' CHEF WAN

RESEPI

Seperti yang dijanjikan, saya akan berkongsi resepi khas yang diambil daripada chef tersohor dunia, Prof Dr Dato' Chef Wan semasa acara FRESH SEAFOOD 101 WITH DATUK CHEF WAN yang telah berlangsung di restoran dan pasar hidupan laut, UNCLE ALI THE FISHMONGER. Untuk pengetahuan semua, resepi ini telah mendapat sambutan positif daripada tetamu yang hadir pada acara tersebut. Jika anda kurang gemar dengan udang, boleh sahaja gantikan dengan ayam.

Jadi saya kongsikan kepada anda resepi ini. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN:
Minyak masak 85 ml (2 ½ fl oz/ 1/3 cawan)
Santan 800 ml (27 fl oz)
Gula Melaka 4 sudu besar, diparut
Nenas 1/2 buah , dipotong dadu
Udang segar 500 g ( 1 lb 1 ½ oz)
Daun Basil Thai, anggaran 40 helai
Perahan limau , anggaran satu biji
Gula dan Garam secukup rasa
Daun kunyit, 2 helai (dikoyak)
Daun limau purut, 8 helai

BAHAN REMPAH (DIKISAR)
Cili merah, 8 biji
Kunyit hidup, setengah inci
Buah keras, 4 biji
Bawang putih, 2 ulas
Bawang merah, 8 ulas
Serbuk ketumbar, 4 sudu teh
Belacan, 1 sudu teh
Serbuk jintan, 2 sudu teh
Lengkuas, 2cm
Serai, 5 tangkai


CARA PENYEDIAAN:
  • Kisarkan kesemua bahan rempah sehingga halus.
  • Panaskan minyak.
  • Tumiskan bahan rempah yang telah dikisar dengan kepanasan kecil sehingga pecah minyak.
  • Masukkan santan, gula melaka dan nenas yang dipotong dadu. Masak dalam masa 5 minit.
  • Kemudian masukkan udang, daun basil, perahan jus limau. Gula dan garam secukup rasa.
  • Masak dalam masa 5 minit lagi.
  • Siap untuk dihidang bersama nasi panas.





RESEPI


RESEPI, UNCLE ALI THE FISHMONGER

RESEPI, UNCLE ALI THE FISHMONGER




TIPS: 
Jangan tumis hangit bahan rempah kerana ia akan merosakkan kualiti rasa masakan. Selain itu, Jangan masak udang terlalu lama bagi mengekalkan kemanisan isi udang tersebut. Pastikan udang yang digunakan adalah segar. Jika anda menghadapi masalah memilih udang yang segar, dapatkan produk hidupan laut di Uncle Ali The Fishmonger yang terletak di Bukit Jelutong kerana produk disini diambil terus dari jeti nelayan. Malah pihak Uncle Ali akan membantu anda teknik pemilihan hidupan laut segar dengan betul.

RESEPI, UNCLE ALI THE FISHMONGER





LOKASI UNCLE ALI THE FISHMONGER
NO.21, TRIVO JELUTONG,
BUKIT JELUTONG,
SEKSYEN U8, DE,
JALAN BAZAR P U8/P,
40150 SHAH ALAM,
SELANGOR.

WAKTU OPERASI
11 PAGI – 10 MALAM (TUTUP ISNIN)

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #UNCLEALITHEFISHMONGER #FOODIE

0 Comments