UNCLE ALI THE FISHMONGER ANJUR FRESH SEAFOOD 101 WITH DATUK CHEF WAN

CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER

Makanan laut merupakan antara pilihan menu yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Malah menurut Pertubuhan Hati Kebangsaan Australia, kita disarankan untuk mengambil menu ikan dan makanan laut lain 2 atau 3 kali seminggu. Anda tahu bahawa setiap pengambilan ikan sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko penyakit hati dan strok kerana ikan mengandungi kandungan protein, selenium, zink, iodin, Vitamin A dan D termasuk Omega-3 yang bagus untuk pembentukan otak.

Pemilihan hidupan laut segar merupakan satu saranan kepada anda kerana ia menjamin kualiti dan zat terkandung dalam nya. Saya percaya ramai suri rumah di luar sana suka membeli produk makanan laut dalam kuantiti yang banyak dan menyimpan dalam peti sejuk beku dan akan melakukan proses pencarian (thawing) sebelum memasak. Anda tahu bahawa proses ini boleh menyebabkan proses kontaminasi bakteria dan mengurangkan nutrisi serta kelembapan pada isi hidupan laut tersebut.

Jika anda mempunyai isu mendapatkan makanan berasaskan hidupan laut segar, Uncle Ali The Fishmonger boleh membantu anda. Kedai yang terletak di Bukit Jelutong ini merupakan pusat pembelian hidupan laut dan dalam masa yang sama ia mengendalikan restoran. Encik Ali yang merupakan pemilik premis ini sememangnya minat kepada aktiviti memancing sejak kecil lagi. Dek kerana minat yang mendalam ini membuatkan beliau membuka sebuah kedai yang memfokuskan kepada hidupan laut. Menariknya, pihak Uncle Ali akan mengambil hidupan laut segar terus daripada jeti nelayan. Malah mereka akan memeriksa dan mengambil hanya yang segar bagi menjamin kualiti. Bagi memastikan kesegaran dan mengekalkan rasa asli setiap hidupan laut yang dibeli, pihak Uncle Ali menggunakan air laut digunakan dalam proses pembersihan dan pembekuan.

CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER






Selain itu, pihak Uncle Ali The Fishmonger akan memberi tunjuk ajar kepada setiap pelanggan tidak kira samada untuk menimbang, membuang tulang, membersih serta membungkus secara vakum hidupan laut segar yang dibeli.

Saya berkesempatan menghadiri satu acara khas dimana pihak Uncle Ali The Fishmonger telah menjemput chef terkemuka Prof Dr Dato' Chef Wan untuk berkongsi dua resepi yang menggunakan hidupan laut segar. Acara yang dipanggil FRESH SEAFOOD 101 WITH DATO’ CHEF WAN ini menyediakan demonstrasi masakan Gulai Udang Nenas Nyonya dan Ikan Bakar Portugis. Semua sedia maklum bahawa Prof Dr Dato’ Chef Wan sememangnya pakar dalam masakan tradisi. Malah kehebatan beliau dalam bidang ini menjadikan beliau terkenal di serata pelusuk dunia. Walaupun jadual beliau sangat padat namun masih sanggup meluang masa ke acara ini untuk berkongsi resepi dan tips masakan kepada hadirin. Celoteh beliau sememangnya mencuit hati. Tidak terasa masa berlalu melihat demonstrasi masakan daripada beliau. Turut kelihatan beberapa selebriti tanah air antaranya Hannah Tan, Rizal Jaafar dan Adeline Tsen memeriahkan majlis yang cukup santai ini. Majlis turut diserikan dengan demonstrasi cara pembersihan dan pemotong ikan segar yang betul oleh Chef Atan, wakil Uncle Ali The Fishmonger.

CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER
DATU CHEF WAN BERSAMA ENCIK ALI, PEMILIK UNCLE ALI THE FISHMONGER

CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER
BAHAN BAHAN UNTUK MEMASAK

CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER
SEMPAT DATUK MENYAKAT PEMBANTU BELIAU

CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER
PROSES UNTUK MEMBUAT BAHAN REMPAH

CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER
SEMPAT LAGI POSE MAUT!

CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER





CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER

CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER

CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER

CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER

CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER

CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER

CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER

CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER

CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER

CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER
  
CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER, HANNAH TAN
ME AND HANNAH TAN

CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER

CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER
GULAI UDANG NENAS NYONYA

CHEF WAN, UNCLE ALI THE FISHMONGER
IKAN BAKAR PORTUGIS

Anda inginkan kedua-dua resepi ini? Saya akan kongsikan di entri akan datang ya.

Ternyata penyediaan masakan berasaskan hidupan laut tidak semudah yang disangka. Ia memerlukan asas kulinari bagi memastikan masakan anda segar dan menyelerakan. Jika anda tiada masa untuk masak, jangan khuatir! Uncle Ali The Fishmonger menyediakan seleksi menu yang pastinya akan membuat anda terliur. Anda boleh mencuba beberapa menu kegemaran ramai seperti Butter Prawns, Salted Egg Squid, Chili Mud Crabs with Mantao serta Fish & Chips.
















Uncle Ali the Fishmonger juga menyediakan servis bagi anda yang ingin mengadakan sebarang majlis keraian di premis ini. Terdapat ruang di tingkat atas yang luas dan selesa untuk majlis anda. Bagi anda yang malas untuk makan disini, Uncle Ali turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah bergantung kepada jarak lokasi anda. Sebarang info lanjut boleh lah menghubungi talian 017-9227878 atau 03-55908086.

LOKASI UNCLE ALI THE FISHMONGER
NO.21, TRIVO JELUTONG,
BUKIT JELUTONG,
SEKSYEN U8, DE,
JALAN BAZAR P U8/P,
40150 SHAH ALAM, 
SELANGOR.

WAKTU OPERASI
11 PAGI – 10 MALAM (TUTUP ISNIN)

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #UNCLEALITHEFISHMONGER #FOODIE

0 Comments